You are on page 1of 3

Syair Siti Sianah i) Tiga sifat buruk perempuan yang cuba diingatkan oleh penyair ialah ketawa hingga

mengilai-ngilai, asyik bersolek dan berdandan, suka menunjuk-nunjuk barangan kemas yang dimiliki dan suka berjudi sehingga bergadai. Tiga tindakan yang akan saya ambil sekiranya rakan perempuan di sekolah berperangai buruk ialah menasihati nya agar meninggalkan perangai uruknya, memberitahu ibu bapanya supaya mereka dapat membimbingnya dan mendoakannya agar diberikan petunjuk.

ii)

Di Perpustakaan i) ii) Maksud Gedung peradaban insane ialah pusat ketamadunan manusia. Tiga pendapat saya ialah generasi masa kini lebih gemar membaca menerusi internet, bahan bacaan mudah diperolehi di pasaran, perpustakaan hanya terdapat di lokasi tertentu sahaja dan suasana di perpustakaan seolah-olah mengongkong mereka. Dua nilai yang terdapat dalam sajak ini ialah kepentingan perpustakaan untuk kehidupan manusia, iaitu Gedung peradaban insan, ketinggian ilmu pengetahuan yang perlu mereka terokai, seperti yang dinyatakan pada baris Maju ke runag buku, Terlalu kerdil aku di sini.

iii)

Mengintai Ruang Insaf i) ii) Maksud kerap kakiku tersadung selirat akar, tubuhku tercalar duri pidana ialah tersilap langkah dan terlibat dalam jenayah. Tiga tindakan yang membuatkan seseorang itu insaf akan perbuatannya ialah banyak bermuhasabah diri, mendengar ceramah agama, mendengar nasihat daripada orang lain, dan menganalisis kesan daripada perbuatan diri dan orang lain. Satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap kedua ialah kita hendaklah berhati-hati dalam kehidupan kerana banyak cabaran yang perlu kita hadapi, dan pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga pantun ini ialah sesiapa yang berbuat salah hendaklah insaf dan bertaubat.

iii)

Harga Remaja i) ii) Maksud piala remajamu ialah mertabat usia muda Empat cabaran yang dihadapi oleh remaja zaman sekarang ialah cabaran untuk menperoleh ilmu pengetahuan, cabaran untuk meningkatkan kemahiran dalam sesuatu bidang, cabaran dalam percintaan, dan cabaran kehidupan yang penuh dengan pancaroba. Tiga persoalan yang terdapat dalam sajak ini ialah remaja mesti menjaga maruah diri, remaja mesti berusaha memenuhi usia remaja dengan perkara yang berfaedah dan keberanian remaja dalam menempuh cabaran hidup.

iii)

Mahsuri i) ii) Dua pendapat orang tentang diri Mahsuri ialah Mahsuri tidak pernah hidup dan merupakan khayalan seorang seniman dan Mahsuri benar-benar hidup tetapi kisah tentang dirinya telah dibesar-besarkan oleh pencerita. Empat faktor yang menyebabkan Langkawi menjadi maju pada masa sekarang ialah kisah Mahsuri menjadi daya tarikan pelancong ke Langkawi, Langkawi telah dibangunkan oleh kerajaan sebagai pulau pelancongan,

iii)

Langkawi telah dijadikan pulau bebas cukai dan sokongan kerajaan melalui projek pembangunan dan pelaburan. Tiga contoh unsur personifikasi ialah Selendangmu mengibar di pantai menyambut tetamu pulau, setiamu menjadi lagu, nyanyian ombak pagi.

You might also like