2.
Memberitahu audien tentang sesuatu perkara baru seperti peristiwa atau hal-ehwal semasayang menarik hati;3.
Memberi keyakinan kepada pendengar tentang pendiriannya terhadap sesuatu perkara; dan4.
Mempengaruhi audien supaya memberi perhatian yang serius terhadap sesuatu isu yangpenting.
HUBUNGAN ANTARA PIDATO/SYARAHAN DENGAN PERBAHASAN
Pidato/syarahan dengan perbahasan merupakan wacana-wacana yang mempunyaihubungan erat dari segi mengubah sikap dan pendirian audien. Namun demikian, terdapatbeberapa perbezaan antara kedua-dua wacana, iaitu:1.
Perbahasan mempunyai matlamat kebenaran, iaitu kebenaran yang dihasilkan daripadafikiran yang ditaakul. Pidato/syarahan pula mempunyai matlamat penyerahan, iaitu audienterserah untuk menerima pendapat atau idea pemidato itu.2.
Wacana pidato/syarahan menampakkan kehalusan penggunaan bahasanya manakalaperbahasan mencerminkan kejituan dan ketegasan pemakaian bahasa. Pidato/syarahandilakukan secara lembut dan bersahaja tetapi di sebalik kelembutan itu tersemai mesejyang halus dan tajam maksudnya.3.
Wacana perbahasan mementingkan perincian, iaitu fakta dan bukti sedangkanpidato/syarahan berpada dengan penjelasan.4.
Pembahas bertujuan hanya setakat mempengaruhi atau mengubah pendirian audien tetapipemidato bertujuan lebih daripada itu, iaitu untuk mempengaruhi audien agar bertindakatau melakukan sesuatu terhadap perkara yang diperkatakannya.5.
Perbahasan dikaitkan dengan pertentangan atau konflik terhadap sesuatu kesangsian.Namun dalam pidato/syarahan, pemidato bertugas menghilangkan konflik dan kalau masihwujud kesangsian atau kekeliruan, maka dia akan cuba untuk sama menjelaskannya secaraikhlas.6.
Perbahasan berdasarkan lojik manakala pidato/syarahan kadangkala menggunakan emosiuntuk mempengaruhi audien.
BINAAN SESUATU TEKS PIDATO/SYARAHAN
Secara kasar, binaan sesuatu pidato/syarahan terdiri daripada bahagian-bahagian sepertiberikut:1.
Pembuka kata
Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak-pihak tertentu yangmengundang pemidato untuk menyampaikan pidato/syarahan yang berkenaan.2.
Menarik minat dan membina keyakinan pendengar