Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Jelaskan sebab kejatuhan shogun tokugawa dan dinasti manchu

Jelaskan sebab kejatuhan shogun tokugawa dan dinasti manchu

Ratings: (0)|Views: 44 |Likes:
Published by Syahirul Hazim

More info:

Published by: Syahirul Hazim on Jun 26, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/10/2013

pdf

text

original

 
Jelaskan sebab-sebab yang membawa kepada kejatuhan Shogun Tokugawa pada1867 dan Dinasti Manchu pada 1911.
 PengenalanJepun ditadbir oleh Keshugunan Tokugawa sejak 1603 hingga 1867. Walaupun maharajadianggap sebagai ketua ketua negara Jepun, tetapi sejak abad ke-12 kedudukan maharajahanyalah pada nama sahaja tetapi tanpa sebarang kuasa. Namun begitu pelbagaikelemahan terhadap pentadbiran Shogun Tokugawa terutamanya pada abad ke-19 telahmembawa kepada kejatuhannya dan membawa kepada pemulihan kuasa maharaja diJepun. Di China pula sepanjang abad ke-19 dan awal abad ke-20, diperintah oleh DinastiManchu. Namun begitu kelemahan pentadbiran Manchu terutamanya Maharani Dowagerdan perkembangan nasionalisme di China telah membawa kepada kejatuhan DinastiManchu pada tahun 1911.A. SEBAB-SEBAB KEJATUHAN SHOGUN TAKOGAWAa. Politiki. Kelemahan pentadbiranPemerintahan Shogun Tokugawa berada pada tahap lemah terutamanya padapertengahan abad ke-18 . Kemajuan dan kemakmuran Jepun mulai merosot di bawahpemerintahan Shogun. Pentadbiran Shogun mengabaikan hal ehwal pemerintahanmanakala hubungannya dengan Daimyo juga longgar. Ini memberi peluang kepadaDaimyo-Daimyo yang kurang setia kepada Shogun supaya menentang Shogun sepertiDaimyo Tozama sering menentang Shogun.ii. Kedatangan kuasa-kuasa BaratKedatangan Amerika Syarikat melemahkan turut melemahkan kekuasaan Shogun. Dibawah desakan tentera Amerika, Shogun terpaksa menandatangani Perjanjian Kanagawapada tahun 1854. Ekoran itu, Jepun juga terpaksa menandatangani beberaa perjanjiandengan Britain, Belanda dan Perancis. Semua perjanjian ini mendedahkan kelemahanShogun sendiri. Kegiatan anti-Barat yang dijalankan oleh suku-suku Barat memburukkanlagi keadaan. Kuasa-kuasa Barat telah menghantar wakilnya, Sir Haryy Parkes berundingdengan Maharaja Jepun. Ini dengan jelasnya menunjukkan bahawa kuasa-kuasa Barattidak mengiktiraf pemerintahan Shogun sebagai kuasa yang sah. Pada tahun 1867, ShogunKeiki terpaksa menyerahkan kuasa kepada Maharaja Meiji.iii. Dasar tutup pintuShogun tidak membenarkan pedagang Jepun mengadakan hubungan perdagangandengan kuasa-kuasa asing. Kelas pedagang tidak berpuas hati dengan dasar Shoun ini.Mereka menentang Shogun. Golongan pedagang di Osaka bersikap anti-Shogun danmemihak kepada golongan Daimyo Tozama yang juga bersikap anti-Jepun.
 
 iv. Kelemahan sistem feudalPengamalan sistem sosial feudal di Jepun mengakibatkan pembaziran. Kelas Samuraiterpaksa berhutang dengan kelas pedagang kerana tiada sokongan ekonomi. Situasi inimenyebabkan mereka kecewa dengan pemerintahan Shogun. Kelas Daimyo pula tidakberpuas hati kerana tindak tanduk mereka diawasi dan mereka dipaksa menghantar uftitahunan kepada Shogun. Sistem Sankin Kotai pula memaksa mereka tinggal di Yedoselama empat hingga enam bulan dan mereka dipaksa meninggalkan keluarga merekasebagai orang tebusan.b. SosialPeranan golongan intelektualGolongan terpelajar telah menyoal kesahan kuasa Shogun. Mereka mengkaji sejarahJepun dan agama Shinto. Pengajian Shinto menyebabkan golongaan intelektualberpendapat bahawa Maharaja Jepun yang berketurunan dewi matahari patut diberi kuasamutlak. Mereka berpendapat bahawa kejayaan kuasa-kuasa Barat mencapai kemajuandisebabkan maharaja mereka diberi kedudukan dan kuasa yang sepenuhnya. Golonganpelajar dari Maktab Koge telah melahirkan idea pembaharuan. Pemerintahan Shogun yangbercorak feudal dan konservatif tidak dapat memenuhi hasrat mereka untuk menjadikanJepun sebgaia sebuah kuasa yang moden. Pengajian Shinto menimbulkan semangat inginmelihat Jepun meninggalkan dasar pemencilannya dan menuju ke zaman pemodenan.c. EkonomiKemorosotan ekonomiJepun mengalami kemelesetan ekonomi. Shogun Tokugawa tidak berupaya menyelesaikanmasalah ekonomi. Kekurangan makanan mula mengancam keamanan masyarakat. Jepundilanda masalah kemarau dan gempa bumi. Sistem Sankin Kotai menyebabkan golonganDaimyo terpaksa berbelanja tinggi. Mereka juga mengabaikan pentadbiran dan pertanianpadi di wilayah mereka. Ini secara tidak langsung menjejaskan ekonomi mereka. Demimenyelesaikan masalah ekonomi ini, Shogun mengambil langkah menurunkan nilai matawangnya. Ini menguntungkan golongan pedagang dan merugikan golongan daimyo dansamurai. Masalah ini memberi peluang kepada Daimyo untuk memberontak.B. SEBAB-SEBAB KEJATUHAN DINASTI MANCHUa. Politiki. Kelemahan pentadbiranKuasa pentadbiran kerajaan Manchu mula merosot sejak pertengahan abad ke-19 lagi.Kerajaan Manchu tidak cekap dan mengamalkan korupsi yang agak serius. Di samping itukerajaan Manchu tiada pemimpin yang cekap dan bijaksana untuk mempertahankan China
 
daripada pencerobohan Barat. Orang Cina menganggap kerajaan Manchu telah kehilanganmandat dari syurga untuk memerintah sehinga berlakunya beberapa pemberontakandalaman.ii. Kedatangan kuasa-kuasa BaratBritain mencerobohi kedaulatan China melalui Perang Inggeris-China 1 pada tahun 1839
 –
 1842. Kerajaan Manchu terpaksa menandatangani Perjanjian Nanking dengan British.Seterusnya, China terlibat dalam peperangan dengan kuasa Barat yang lain. China jugaterpaksa menandatangani Perjanjian Whampao dengan Perancis dan Perjanjian Wang-hsiadengan Amerika Syarikat. Kuasa-kuasa Barat berani menceroboh China denganmenubuhkan lingkungan pengaruh mereka dan mendesak diberi konsesi-konsesi tertentu.Kerajaan Manchu gagal mempertahankan China daripada pencerobohan Barat. Orang Cinatidak berpuas hati dengan Dinasti Manchu alu menganjurkan Revolusi China untukmenggulingkannya. China terpaksa menanggung kerugian kerana terpaksa membayargantirugi peperangan malah kehilangan maruah sebagai kerajaan Middle Kingdom.iii. Dasar tutup pintuKerajaan Manchu turut mengamalkan dasar tutup pintu. Mereka menyekat dan menghalangkegiatan perdagangan asing. Perdagangan asing hanya boleh dijalankan di pelahuhanCanton sahaja dan mesti melalui Co-Hong. British sangat memerlukan barangan dari Chinaseperti teh dan sutera. Britain kemudiannya memaksa China membuka pintunya kepadaperdagangan asing. Kekalahan China dalam Perang Candu I menyebabkan, KerajaanManchu terpaksa membuka Negara China kepada kuasa-kuasa Barat.iv. Kelemahan sistem feudalSusun lapis masyarakat China menyebabkan rancangan pembaharuan kurang berkesan.Kerajaan Machu juga kurang berminat dengan pembaharuan dan pemodenan.Pemerintahan Manchu mengamalkan dasar diskriminasi. Pegawai-pegawai istana danwilayah bertindak mementingkan diri sendiri. Kerajaan Manchu hanya menjaga kepentingankuasa dan kaum mereka sahaja.b. Sosiali. Peranan golongan intelektualPembaharuan yang dimulakan oleh Dinasti Manchu melahirkan golongan intelektual yangsangat radikal. Pelaja-pelajar China dihantar ke Amerika Syarikat dan Eropah.Golongan intelektual memainkan perana penting dalam merintis pembaharuan danmenghidupkan keinginan bagi perubahan politik di China. Contohnya, Liang Chi-Chao danKang Yu Wei. Dr. Sun Yat Sen seorang tokoh nasianalis China telah memainkan perananpenting dalam pembentukan dan perkembangan gerakan menentang kerajaan Manchu.Beliau telah mempengaruhi pelajar-pelajar Cina di luar negara supaya menyokong RevolusiChina. Beliau juga mendapat sokongan rakyat China yang tidak berpuas hati dengankerajaan China. Beliau telah merancang, mengatur dan mengetuai sepuluh pemberontakan

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->