Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Arkib
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
BAB 01 : LANGKAH PERTAMA KEARAH MISI NASIONAL
I : PENDAHULUAN
 
1.01
Negara melangkah ke fasa baru pembangunan bagi merealisasikan aspirasi untukmenjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Fasa 15 tahun akan datang
 
berpandukan Misi Nasional, iaitu satu dasar dan rangka kerja pelaksanaan yangbertujuan meningkatkan prestasi dan impak daripada gabungan usaha pembangunannegara. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) merupakan rencana terperinci limatahun pertama Misi Nasional yang menggariskan dasar dan program utama ke arahmencapai teras dan objektif Misi tersebut dalam tempoh 2006-2010.
1.02
Pertumbuhan, daya saing dan kedinamikan ekonomi akan diteruskan bersamadengan usaha mewujudkan peluang yang saksama, keadilan sosial dan penglibatansemua pihak. Kualiti modal insan akan dipertingkatkan kerana ia merupakan penentuutama bagi mencapai matlamat dan tujuan RMKe-9. Kualiti hidup rakyat Malaysia akanterus dipertingkat. Jentera pelaksanaan negara akan diselaras dan diperkukuh. Usaha iniakan memastikan matlamat utama pembangunan, iaitu perpaduan negara dan integrasinasional terus diperteguh.
1.03
Berdasarkan Misi Nasional dan kesedaran betapa pentingnya usaha bersama dalammemastikan pencapaiannya, tema RMKe-9 adalah Bersama Ke Arah Cemerlang,Gemilang dan Terbilang. Setiap rakyat mempunyai peranan dalam pembangunan nusabangsa dengan sektor swasta sebagai peneraju pertumbuhan, sektor awam sebagaipemudah cara dan pengawal selia manakala masyarakat sivil dan pihak lain sebagairakan kongsi dalam pembangunan. Hasrat untuk mencapai status negara maju hanyadapat direalisasikan melalui komitmen dan sumbangan berterusan setiap rakyat.
1.04
Tempoh RMKe-9 dijangka penuh dengan cabaran dan memerlukan keazamanuntuk menjayakannya. Kejutan luar seperti kenaikan harga minyak yang tinggi,ketidakseimbangan ekonomi dunia, tercetusnya penyakit berjangkit dan bencana alamberskala besar memerlukan negara berwaspada dan berdaya tahan. Pada masa yangsama, perhatian segera dan tumpuan penuh perlu diberi untuk menghadapi cabarandalam negara termasuk memantapkan pengurusan fiskal; membangunkan sumberpertumbuhan, kekayaan dan pendapatan baru; memperkukuh pendidikan dan latihan;dan merapatkan jurang sosioekonomi. Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) telahmencapai kejayaan walaupun mengharungi pelbagai cabaran seperti yang ditunjukkan didalam Kotak1.1.
 
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more