You are on page 1of 14

DI HASILKAN OLEH :

AINALITA ZAZNI BT ADNAN SK PADANG TEMBAK (1)

AIDA BT MAT JUSOH SK SENTUL UTAMA

Di dalam sebuah sungai, tinggal sekumpulan ikan yang hidup saling tolong menolong. Mereka hidup dengan aman damai.

Di dalam sungai itu terdapat gua batu yang kecil. Di dalamnya tinggal seekor ikan puyu bersama ibunya. Nama ikan puyu tersebut ialah Si Kolek.

Setiap hari Si Kolek akan keluar bermain bersama kawan kawannya. Ibu Si Kolek sering berpesan supaya tidak bermain terlalu jauh dari tempat tinggalnya.

Pada suatu hari kawan Si Kolek iaitu Si Buntal telah mengajak Si Kolek bermain di hujung sungai.Pada mulanya Si Kolek tidak bersetuju untuk mengikut Si Buntal. Namun Si Buntal telah berjaya memujuk Si Kolek mengikutnya.

Sedang mereka leka bermain, tiba tiba datang seekor ikan haruan yang sangat besar. Si Kolek dan si Buntal berasa sangat takut apabila ikan haruan tersebut membuka mulutnya dengan besar.

Si Kolek dan Si Buntal menjerit ketakutan . Mereka dengan pantasnya berenang pulang ke rumah setelah dikejar oleh ikan haruan tersebut.

Akhirnya Si Kolek dan Si Buntal berjaya bersembunyi di dalam gua batu kecil. Ikan haruan tersebut berlalu pergi setelah gagal untuk masuk ke dalam gua batu kecil itu.

Akhirnya Si Kolek dan Si Buntal pulang kerumah masing masing . Si Kolek terus menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya.

Ibu Si Kolek menasihatinya supaya tidak mengulangi perbuatannya itu dan sentiasa mematuhi nasihat ibunya. Si Kolek amat menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi.

Pengajaran cerita :
1. 2.

3.

4.

Mematuhi nasihat ibu bapa Jangan bermain di kawasan yang merbahaya. Jangan terpengaruh dengan ajakan kawan kawan. Sentiasa meminta izin daripada ibu bapa sebelum keluar rumah.

Lagu : Ikan Kekek


Ikan kekek mak iloi-iloi Ikan gelama mak ilai-ilai Mari adik mak ilo-iloi Rajin membaca mak ilai-ilai Ada satu si ikan parang Badannya panjang berbelang-belang Isi sikit banyak tulang Sedap dimakan kalau masak panggang

You might also like