Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PERDANA MENTERI KEENAM

PERDANA MENTERI KEENAM

Ratings: (0)|Views: 40 |Likes:
Published by Legasi Duanity

More info:

Published by: Legasi Duanity on Jun 27, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/27/2012

pdf

text

original

 
PERDANA MENTERI PERTAMA
NAMA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-HajTARIKH LAHIR: 8 Februari 1903GELARAN: Bapa KemerdekaanTEMPOH BERKHIDMAT: 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970JASA Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh dilupakan apabila beliau berjayamembawa kemerdekaan kepada negara tanpa sebarang pertumpahan darah. Beliau menjadipemimpin Umno Malaya Pertama. Tunku menyarankan tilawah al-Quran dijadikan acara utamanegara dan Pertandingan Musabaqah al-Quran peringkat antarabangsa pertama berlangsung pada9 Mac 1961. Tunku juga membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956), Dasar Kebudayaandan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/67) yang menandakan beliau mementingkan pendidikananak bangsanya.Nama Tunku terus dikenang sebagai pemimpin berwibawa apabila berjaya membentuk Malaysia pada 16 September 1963 yang awalnya merangkumi Persekutuan Tanah Melayu,Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura. Ada pengkritik sejarah mengatakan tindakanTunku menyingkir Singapura daripada Malaysia selepas penyertaan Parti Tindakan Rakyat(PAP) pada pilihan raya umum 1964 sehingga menimbulkan ketegangan kaum Melayu dan Cina,adalah satu kesilapan besar kerana ia menyebabkan Singapura nekad berpisah dari Malaysia pada1965. Tunku juga terkenal sebagai pemimpin yang mementingkan perpaduan, malah sanggupberkorban apa saja demi kesejahteraan rakyat. Namun, usahanya tidak berjaya apabila rusuhankaum tercetus pada 13 Mei 1969. Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di HospitalBesar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Star.
 
PERDANA MENTERI KEDUA
NAMA: Tun Abdul Razak Datuk HusseinTARIKH LAHIR: 11 Mac 1922GELARAN: Bapa PembangunanTEMPOH BERKHIDMAT: 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976TUN ABDUL RAZAK mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 22 September1970 ketika negara dilanda kemiskinan dan menghadapi masalah perpaduan kaum. Menyedariketegangan kaum berpunca daripada masalah kemiskinan orang Melayu dan perpaduan kaumyang rapuh, beliau melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rukun Negara. Falsafahpembangunan DEB yang dilancarkan pada 1970 menekankan keseimbangan antarapembangunan sosial dan perkembangan ekonomi. Abdul Razak juga mewujudkan pelanpembangunan sistematik melalui Rancangan Pembangunan Malaysia selama lima tahun;bermula Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua sebagai pemangkin DEB.Beliau mencetuskan idea penubuhan Barisan Nasional selepas menyaksikan tragediberdarah 13 Mei 1969 dengan mengembangkan Parti Perikatan yang memerintah ketika itukepada Umno, MCA dan MIC. Seperti Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak serius terhadappendidikan anak Melayu dengan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara pada 1972 yang turutmemberi laluan dengan kuota 10 peratus kepada pelajar kaum lain. Abdul Razak meninggaldunia pada 14 Januari 1976 di London ketika masih memegang jawatan Perdana Menteri keranapenyakit leukemia dan digantikan oleh Tun Hussein Onn.
 
PERDANA MENTERI KETIGA
NAMA: Tun Hussein OnnTARIKH LAHIR: 1922GELARAN: Bapa PerpaduanTEMPOH BERKHIDMAT: 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981TUN HUSSEIN mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketiga pada jam 9.30 pagi5 Januari 1976, sehari selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia, dengan agenda utamanya:Meneruskan pembangunan negara. Walaupun tempoh beliau menjadi Perdana Menteri agak pendek, tetapi Hussein dikenali sebagai pemimpin konsisten dan tidak banyak menimbulkankontroversi. Beliau dikenang kerana jasanya menegakkan keadilan dan kejayaannya menarik kedatangan pelabur luar yang menjadi penggerak kepada perkembangan ekonomi negara.Hussein meletak jawatan pada 16 Julai 1981 atas sebab kesihatan dan tugasnya diambilalih Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat sumpah pada hari sama. Beliaumeninggal dunia pada 29 Mei 1990 ketika berusia 68 tahun di San Francisco, Amerika Syarikat,kerana serangan sakit jantung.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->