Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
0Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
BORANG PERJANJIAN

BORANG PERJANJIAN

Ratings: (0)|Views: 2 |Likes:
Published by SYakir Amin

More info:

Published by: SYakir Amin on Jun 27, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/27/2012

pdf

text

original

 
1
PERJANJIAN PROGRAM ASASI IPTA
PERJANJIAN ini dibuat pada ………………haribulan …………………….. tahun ……………ANTARA............................................................................................. No. K/P …………………………......................
(Nama Pelajar Huruf Besar seperti di Kad Pengenalan) (No.
K/P
 
Pelajar)
yang beralamat di……………………………………………………………………………………………..
(Alamat Tetap Pelajar)……………………………………………………………………….................
dan yang dilahirkan pada ...…………………………
(Tarikh Lahir Pelajar)
(kemudian daripada ini dipanggil 'PELAJAR') sebagai pihak yang pertama DENGAN KERAJAANMALAYSIA (kemudian daripada ini disebut sebagai 'KERAJAAN') sebagai pihak yang kedua, DAN……………………..…………...………………………. No. K/P ….…………....………… yang beralamat
(Nama Penjamin Huruf Besar seperti di Kad Pengenalan) (No. K/P Penjamin)
di ……………………………………………………………………………………………………………...
(Alamat Tetap Penjamin) 
……………………………………….. (kemudian daripada ini dipanggil 'PENJAMIN') sebagai pihak yangketiga.BAHAWASANYA KERAJAAN bersetuju untuk membayar kepada PELAJAR amaun yang dinyatakandalam perenggan 2(a) Perjanjian ini semasa dan selagi PELAJAR mengikuti Program Asasi………………………………………………………………………………….…(kemudian daripada ini
(Nama program)
dipanggil 'PROGRAM') di ………………………………………………………………………..(kemudian
(Nama Institusi Pengajian)
daripada ini dipanggil 'INSTITUSI PENGAJIAN') dan PELAJAR dengan ini telah bersetuju mengikutiPROGRAM ini sehingga tamat.DAN BAHAWASANYA PENJAMIN ini telah bersetuju menjamin pelaksanaan kewajipan-kewajipan dantanggungjawab PELAJAR di bawah Perjanjian ini.MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut:-1.
 
PELAJAR dengan kelulusan dan persetujuan PENJAMIN dengan ini bersetuju akan memulai dandengan sesungguhnya meneruskan PROGRAM dan menduduki semua ujian dan peperiksaan yangdisyaratkan dalam PROGRAMnya di INSTITUSI PENGAJIAN seperti yang dinyatakan di dalamSurat Tawaran yang disebutkan di Fasal 10 Perjanjian ini dan bahawa dia hendaklahmenyempumakan PROGRAM tersebut dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan dalam Surat Tawarandan tertakluk kepada terma-terma di dalam Perjanjian ini.2. Sebagai balasan bagi hal-hal yang tersebut di atas, maka KERAJAAN dengan ini bersetuju-(a)
 
akan membayar belanja meliputi yuran pengajian dan yuran penginapan/asrama sebanyak RM 1420.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Empat Ratus Dua Puluh) setahun, kecuali yuranpeperiksaan dan pembayaran lain yang perlu dibayar oleh PELAJAR. Bayaran yuranpengajian serta bayaran penginapan/asrama akan diuruskan melalui INSTITUSIPENGAJIAN berkenaan yang akan membuat pemotongan yang sewajarnya mengikutperaturan INSTITUSI PENGAJIAN.
 
(b)
 
akan membayar jumlah elaun wang saku sebanyak RM 1250.00 (Ringgit Malaysia: SatuRibu Dua Ratus Lima Puluh sahaja) sesemester atau sejumlah yang ditetapkan dari semasake semasa oleh KERAJAAN bagi PELAJAR yang layak. (Sekiranya PELAJAR ini gagalmenamatkan PROGRAM dalam tempoh yang ditetapkan di atas apa-apa sebab sekalipun,
KPT(Bs)Mtr.Pind.1/2009
 
2
maka pelanjutan atau tambahan masa berkursus dan pembayaran elaun adalah bergantungkepada budi bicara dan kelulusan KERAJAAN);(c)
 
akan membayar atau membayar balik atau dengan jalan lain menanggung belanja,sebagaimana yang ditetapkan oleh KERAJAAN atau oleh wakilnya, akan tambang kapalterbang kelas ekonomi, sekali sahaja pada awal dan akhir PROGRAM iaitu dari lapanganterbang terdekat dengan INSTITUSI PENGAJIAN ke lapangan terbang terdekat dengantempat tinggal dan sebaliknya, bagi PELAJAR dari Semenanjung yang mengikutiPROGRAM di Sabah dan Sarawak, atau dari Sabah atau Sarawak yang mengikutiPROGRAM di Semenanjung.3. (a) Dengan ini dipersetujui dan diakui bahawa jika sekiranya pada bila-bila masa dalam masaPerjanjian ini masih berkuat kuasa, PENJAMIN itu mati atau tidak lagi bermastautin diMalaysia ataupun berada di luar Malaysia selama lebih daripada dua belas bulan kalendarberturut-turut ataupun menjadi bangkrap atau menerima suatu perintah pentadbiran pemakangaji, maka bagi tiap-tiap hal yang demikian itu, PELAJAR ini hendaklah mendapatkanseorang mengikut mana yang berkenaan untuk menggantikan PENJAMIN itu, dan tiadaseorang jua boleh menggantikan PENJAMIN itu melainkan orang itu boleh diterima olehKERAJAAN dan dia bersetuju menjadi seorang PENJAMIN mengikut syarat-syaratPerjanjian ini.(b) Jika sekiranya tiadalah seorang jua seperti yang tersebut di atas didapati dapat menggantikanPENJAMIN yang tersebut dalam perenggan kecil (a) maka KERAJAAN boleh menurutpilihan, pada bila-bila masa, menamatkan Perjanjian ini dan dengan itu PELAJAR tidaklahlagi mempunyai tuntutan-tuntutan apa-apa ke atas apa-apa faedah di bawah Perjanjian ini.4. Adalah selanjutnya dipersetujui dan diakui bahawa semasa dalam tempoh PROGRAMnya,PELAJAR:(a) hendaklah tertakluk dan menunjukkan dan mencapai kejayaan yang memuaskan dalamPROGRAMnya;
(b)
hendaklah mematuhi apa-apa peraturan dan tatatertib yang berkuatkuasa dari semasa kesemasa yang dikeluarkan oleh KERAJAAN danJatau INSTITUSI PENGAJIAN berkenaan,dalam mana-mana kegiatan INSTITUSI PENGAJIAN tersebut yang ia dikehendakimenghadirinya atau di tempat lain di bawah arahan INSTITUSI PENGAJIAN yangPROGRAM itu mungkin dijalankan;(c) hendaklah berpakaian kemas sesuai dengan panduan peraturan tatatertib yang ditetapkan dantidak memakai pakaian yang menjolok mata atau sebarang yang menutup muka semasamenghadiri syarahan, kuliah, tutorial, latihan amali, gerak kerja kokurikulum dansebagainya;(d) tidak boleh melakukan perbuatan salah laku dalam apa jua pun yang pada pendapatKERAJAAN mungkin menjatuhkan nama baiknya atau nama baik INSTITUSIPENGAJIAN;(e) tidak boleh menduduki peperiksaan selain peperiksaan yang bersabit dengan PROGRAMnyaatau peperiksaan lain yang dipersetujui secara bertulis oleh KERAJAAN;(f) tidak boleh menerima apa-apa pekerjaan atau menjalankan sebarang pekerjaan sama adayang berpendapatan atau tidak, kecuali dengan terlebih dahulu mendapat persetujuanKERAJAAN secara bertulis.(g) hendaklah menjelaskan lain-lain yuran (selain yuran pengajian dan yuran penginapan denganamaun yang telah dipersetujui dalam Perjanjian ini) sekiranya disyaratkan oleh INSTITUSIPENGAJIAN.(h)
 
Hendaklah menghadiri syarahan, kuliah, tutorial, latihan amali, gerak kerja kokurikulum dansemua aktiviti rasmi.
 
3
(i) Tidak boleh mengikuti sebarang tawaran pengajian atau kursus lain tanpa persetujuan bertulisdaripada KERAJAAN.(j) Tidak boleh menerima sebarang bentuk biasiswa atau pinjaman pelajaran selain daripada yangdisediakan di dalam Perjanjian ini.5.
 
Seterusnya adalah dipersetujui dan diakui bahawa pada bila-bila masa dalam tempoh Perjanjian iniberkuat kuasa, iaitu dalam tempoh PROGRAMnya di bawah Fasal l Perjanjian ini PELAJAR TlDAKBOLEH:(a) mengambil apa jua bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana - manatempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan KERAJAAN,Malaysia atau sesuatu INSTITUSI PENGAJIAN;(b) menyediakan atau mengedarkan dengan apa-apa cara atau mengambil apa jua bahagian dalammenyediakan atau mengedarkan sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-manatempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan Malaysia,KERAJAAN atau sesuatu INSTITUSI PENGAJIAN;(c) menyedia, mencetak, membahagi-bahagi atau mengedar atau mengambil bahagian denganapa-apa cara dalam menyedia, mencetak, membahagi-bahagi atau mengedarka apa-apa dokumenatau lain-lain bahan yang pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan kepentinganMalaysia atau KERAJAAN atau sesuatu INSTITUSI PENGAJIAN;(d) membuat apa-apa kenyataan di sesuatu perhimpunan apa-apa kumpulan orang di mana-manatempat yang pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atauKERAJAAN atau sesuatu INSTITUSI PENGAJIAN.(e) mengambil bahagian dalam kegiatan yang difikirkan oleh KERAJAAN tidak selaras dengankepentingan PELAJAR atau kepentingan KERAJAAN, dan apabila PELAJAR diberitahu olehKERAJAAN bahawa apa-apa kegiatan yang diceburi oleh PELAJAR tidak selaras dengankepentingan PELAJAR atau kepentingan KERAJAAN, maka PELAJAR hendaklah berhentidengan serta-merta daripada mengambil bahagian selanjutnya;
(f)
memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang tanpaterlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada KERAJAAN dan KERAJAAN,mengikut budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu; dan(g) menjadi ahli atau mengambil bahagian dalam kegiatan pertubuhan, badan atau kumpulan yangtujuan atau kegitan itu pada pendapat KERAJAAN boleh ditafsirkan sebagai bercorak politik tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada KERAJAAN, dan KERAJAANmengikut budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu.6. (a) Jika PELAJAR melakukan pelanggaran terhadap mana-mana had atau syarat dalam Fasal4dan 5 Perjanjian ini, KERAJAAN boleh mengikut budi bicara mutlaknya, menamatkanPerjanjian ini dan dengan itu, tanpa menyentuh hak-hak KERAJAAN di bawah Perjanjian ini,PELAJAR tidaklah lagi mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa faedah di bawahPerjanjian ini.(b) Penamatan perjanjian ini menurut perenggan (a) ini adalah muktamad.7. Seterusnya dipersetujui dan diakui bahawa jika PELAJAR,(a) meninggalkan PROGRAM sebelum sempumanya PROGRAM atau menukar PROGRAM initanpa persetujuan KERAJAAN secara bertulis; atau(b) menyebabkan Perjanjian ini ditamatkan mengikut Fasal 3 Perjanjian ini; atau

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->