You are on page 1of 6

FOLIO KERJAYA

NAMA : NUR HAMIZAH BINTI AZMAN KELAS : 501 NO MAKTAB : 09630 TAHUN : 2010

BIDANG PILIHAN : INVESTIGATIF

Setelah dua kali mengambil ujian Self Directed Search (SDS), keputusan yang saya peroleh menunjukkan bahawa saya minat dan sesuai untuk memilih kerjaya dalam bidang investigatif. Bidang investigative melibatkan aktiviti-aktiviti berkaitan kejuruteraan, matematik, sains dan berkaitan dengan perubatan. Bidang ini memerlukan individu yang bersifat ingin tahu, cekal, logic, rasional dan menggemari fakta. Antara contoh kerjaya yang boleh dikaitkan dengan bidang investigative ini ialah doctor, jurutera, ahli forensic, polis dan ahli farmasi.

KERJAYA PILIHAN : AHLI FARMASI

Kerjaya sebagai ahli farmasi merupakan kerjaya pilihan saya. Kerjaya ini juga merupakan cita-cita saya. Selain itu, saya turut meminati pelajaran kimia yang berkait rapat dengan kerjaya sebagai seorang ahli farmasi. Kerjaya ini termasuk dalam salah satu kerjaya dalam bidang investigative. Kerjaya ini memerlukan seseorang yang bersifat ingin tahu, rasional, dan tekun. Memandangkan negara kita juga masih kekurangan ahli-ahli farmasi sama ada dalam sector kerajaan ataupun swasta. Oleh itu, siswazah sains farmasi tidak menghadapi masalah dalam mendapatkan pekerjaan memandangkan keperluan dan kepentingan yang mendesak. Antara peluang pekerjaan yang terbuka kepada siswazah sains farmasi ialah sebagai ahli farmasi, pegawai pendaftaran dan pemeriksaan ubat-ubatan di jabatan-jabatan kerajaan, pegawai penyelidik di institusi penyelidikan perubatan dan penyakit.

Mereka juga boleh bekerja sebagai pengurus bahagian pengeluaran, kawalan mutu dan pemasaran di firma-firma perusahaan farmasi, perunding dalam aspek ubatan-ubatan di samping bekerja sendiri. Kerjaya di bidang ini mampu menawarkan pendapatan yang lumayan sekitar RM1,500 hingga RM2,000 terutama di sektor swasta, di samping ganjaran lain yang menarik.

KELAYAKAN DIPERLUKAN

Untuk menceburi bidang ini, seseorang itu harus memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Farmasi dari universiti tempatan atau luar negara. Selepas memperolehi ijazah, mereka perlu mendaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pegawai farmasi. Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini. Antaranya : Cara pertama: Pelajar perlu mendapat kelulusan yang baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) aliran sains dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu, Kimia, Biologi, Fizik, Matematik Tambahan dan Matematik. Kelulusan ini membolehkan pelajar mengikuti pengajian di peringkat matrikulasi atau asasi sains selama satu setengah tahun. Selepas tamat pengajian di peringkat ini, pelajar akan ditawarkan mengikuti pengajian farmasi di peringkat ijazah pertama untuk tempoh empat tahun. Cara kedua: Pelajar akan terus ditawarkan ke peringkat ijazah sarjana muda. Pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya prinsipal dalam mata pelajaran Biologi, Kimia dan Matematik di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengannya. Pemegang Diploma Farmasi daripada Kementerian Kesihatan, Diploma Sains atau diploma lain yang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan boleh memohon untuk mengikuti program ini. Cara ketiga: Terdapat universiti seperti UKM mengambil calon melalui saluran kedua. Caloncalon yang memohon melalui cara ini perlu mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu serta lulus mata pelajaran Biologi, Kimia dan Matematik di peringkat SPM. Calon juga perlu mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima tahun di bidang berkaitan. Misalnya sebagai pembantu farmasi atau jurujual ubat di syarikat farmaseutikal. Cara keempat: Di bawah Rancangan Persediaan Khas Ke Jepun yang dikendalikan oleh Universiti Malaya (UM), calon perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ SPM Vokasional (SPMV) dengan mendapat kepujian sekurang-kurangnya empat mata pelajaran terdiri daripada mata pelajaran Sains, Matematik dan teknikal.

PUSAT PENGAJIAN YANG MENAWARKAN BIDANG FARMASI

1. Universiti Kebangsaan Malaysia 2. Universiti Malaya 3. Universiti Sains Malaysia

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
Pelajar hendaklah lulus SPM atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan STPM atau setaraf sekurang-kurangnya gred E dalam kertas am dan dua subjek lain, atau gred E dan R dalam dua subjek lain (lulus dalam Biologi dan Kimia pada peringkat STPM).

JABATAN ATAU SYARIKAT YANG MEMERLUKAN AHLI FARMASI

Terdapat beberapa sektor di mana ahli-ahli farmasi diperlukan : Jabatan Kerajaan - di Malaysia, terdapat dua tempat utama di mana tenaga ahli farmasi diperlukan. Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) adalah tempat di mana ubat-ubat didaftarkan. Ubat-ubat yang hendak daftarkan hendaklah menjalankan beberapa ujian di BPFK. BPFK juga memeriksa kilang-kilang untuk menentukan pembuatan ubat-ubat dilakukan mengikut standard yang telah ditetapkan (Good Manufacturing Practice, GMP). Bidang penguatkuasa farmasi pula bertanggung-jawab memeriksa dan menentukan farmasi-farmasi, klinik-klinik dan kedai-kedai lain menjual ubat menurut undang-undang yang telah ditetapkan. Contohnya, ubat-ubatan herba yang mengandungi ubat-ubatan terkawal seperti steroid adalah di bawah pengawasan Unit Penguatkusa Farmasi (UPF) ini. Selain itu, UPF juga bertindak menurut akta-akta lain yang telah ditentukan. Hospital. Di hospital pemberian ubat kepada pesakit adalah di bawah kawal selia ahli farmasi. Ahli-ahli farmasi mengawasi hospital assistants (HA) dalam pemberian ubatubatan. Peruncitan. Farmasi-farmasi yang dibuka menjual ubat-ubat kawalan dan ubat-ubat biasa (over-the counter, OTC) seperti Panadol dan sebagainya. Industri. Dalam sektor ini ahli farmasi bertanggung-jawab dalam pengeluaran ubat, import dan eksport dan juga research and development (R&D). Walaubagaimanapun, R&D di Malaysia tidaklah begitu ketara. Kebanyakannya dilakukan oleh negara-negara kaya. Itulah sebabnya, negara-negara tersebut boleh mengeluarkan ubat-ubatan baru dan ubat-ubatan yang semakin canggih.

You might also like