You are on page 1of 1

RINGKASAN EKSEKUTIF Pertama sekali, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pihak JPNWP dan pihak JPA

kerana akhirnya nama saya tersenarai juga untuk mengikuti Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) Siri 2/2012. Kursus ini adalah kursus yang dinanti-nantikan oleh semua guru yang baru posting kerana kursus inilah yang akan mengiktiraf kelulusan pengesahan jawatan kami sebagai anggota Kakitangan Awam. Merujuk kepada tugasan individu yang wajib kami sediakan, tugasan ini perlu disediakan sebagai syarat untuk lulus pengesahan jawatan. Walaupun wajaran bagi tugasan ini hanyalah 20%, tetapi ia sangat membantu kepada kami guru-guru untuk lulus pengesahan jawatan. Selain itu, kenapa tugasan ini perlu disediakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua anggota Perkhidmatan Awam mengenai sejarah Negara, dasar utama kerajaan , rancangan dan program pembangunan Negara. Di samping itu juga, tugasan ini dapat memberi kefahaman mengenai kaedah pengurusan serta keperluan-keperluan asas dan khusus bagi sesuatu perkhidmatan dan agensi. Bukan itu sahaja, malah tugasan ini dapat memupuk nilai dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota Perkhidmatan Awam. Dalam tugasan individu ini, saya ditugaskan untuk memberi penerangan mengenai tanggungjawab pihak urusetia sebelum dan semasa menguruskan mesyuarat. Melalui tugasan ini, banyak ilmu pengetahuan yang saya perolehi yang mana boleh membantu saya sekiranya ingin menguruskan sesuatu mesyuarat. Berdasarkan Pekeliling Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 2 Tahun 1991, terdapat lapan tindakan Pra Mesyuarat dan satu tindakan semasa mesyuarat yang perlu dilakukan oleh pihak urusetia. Antara tanggungjawab pihak urusetia sebelum menguruskan mesyuarat (tindakan Pra Mesyuarat) adalah menentukan agenda, tarikh, masa, jemputan dan tempat. Selain itu, tanggungjawab pihak urusetia adalah membuat tempahan bilik, menentukan kertas kerja disediakan, menghantar jemputan, memastikan persediaan kemudahan bilik, menentukan

kehadiran, mengadakan perbincangan Pra Mesyuarat dan meberitahu ahli-ahli mesyuarat tentang etiket mesyuarat. Bagi tanggungjawab pihak urusetia semasa menguruskan mesyuarat pula adalah membuat catatan minit mesyuarat. Diharapkan melalui tugasan ini, saya berjaya mencapai objektif yang ditetapkan oleh KISSM.

You might also like