Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
0Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Iman Dan Harakah

Iman Dan Harakah

Ratings: (0)|Views: 1 |Likes:

More info:

Published by: Ubaidillah Harith Shahrin on Jun 28, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/28/2012

pdf

text

original

 
1
IMAN DAN HARAKAH
Ringkasan daripada
iman dan harakah –Hisyam Soqr
(Terjemahan Ustaz Mohd AsriHashim)Di antara perkara badihi (iaitu kewujudan dan penerimaan terhadapnya tidak memerlukan kepada sebarang dalil) dalam aqidah Islam ialah Allah SWT telahmengakhirkan semua syariat dengan turunnya syariat Islam. Dengan itu, menjadiperkara badihi juga bahawa syariat Islam ialah syariat yang akan kekal sehingga harikiamat. Ia terpelihara disebabkan pemeliharaan yang dilakukan Allah. Pemeliharaantersebut berlaku dengan pemeliharaan Al-Quran. Itulah kitab mukjizat yang tidak mempunyai sebarang kebatilan. Pemeliharaan juga berlaku dengan terpeliharanyasunnah Rasulullah yang merupakan penjelas dan penerang. Begitu juga denganasas-asas yang menjadi tunggak kepada kebanyakan hukum syarak.
“Ketahuilah, sesungguhnya aku diberikan al-Kitab (al-Quran) dan seumpamanya”Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah
Pemeliharaan tidak hanya mencukupi dengan terpeliharanya perkara tersebut. Iatidak mencukupi sehinggalah ia dihayati oleh rijal dan sehingga ia berperanan didalam realiti kehidupan manusia. Sebab itu pemeliharaannya merangkumipemeliharaan terhadap contoh-contoh yang menghidupkan nas-nas syariat.Selepas itu, manusia akan hidup berdasarkannya.
 Sabda Rasulullah SAW: “akan sentiasa ada segolongan daripada umat ini yangmelaksanakan arahan Allah. Orang yang tidak bersama mereka tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepada mereka sehinggalah Allah mendatangkankeputusan-Nya sedangkan mereka berada di dalam keadaan demikian.”Riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Ibnu Majah
Selagi al-Kitab dan as-Sunnah terpelihara sehingga hari kiamat dan selagi contohyang bercirikan alim, ‘amil dan daie terpelihara sehingga hari kiamat, maka tidak hairanlah jika nas-nas tersebut amat berhajat kepada golongan yang disebutkanoleh hadis di atas dalam setiap perkara yang memerlukan kepada beriltizamkepada agama dan berdakwah kepadanya.Di antara nas-nas yang menarik dan mengandungi banyak unsur pengajaran ialah‘Hadis Sihir, Ghulam dan Rahib’. Ia bolehlah dianggap sebagai kisah dakwah atausebagai hikayat Iman yang telah berlaku sekian lama.
Haddab bin Khalid menceritakan kepada kami daripada Hammad bin Salamahdaripada Sabit bin Abdur Rahman bin Abu Laila daripada Suhaib bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Di zaman sebelum kamu ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir. Apabila ahli sihir tersebut telah tua, dia berkata kepada raja; “Usiaku telah lanjut,berilah kepadaku seorang ghulam (budak/ remaja) untuk aku ajarkan kepadanyailmu sihir.” Maka diberikan kepadanya seorang ghulam untuk diajarkan ilmu sihir kepadanya. Di perjalanannya menuju kepada ahli sihir terdapat seorang rahib.Maka ghulam bertemu dengannya, mendengar pengajarannya dan tertarik dengannya. Setiap kali ghulam mendatangi ahli sihir, dia akan melalui rahib danbertemu dengannya. Apabila dia mendatangi ahli sihir, dia akan dipukul. Lalu diamengadu perkara tersebut kepada rahib. Rahib menjawab; “ Apabila kamu takut kepada ahli sihir, maka katakanlah; Keluargaku menyebabkan aku pulang lewat. Apabila kamu takut kepada keluargamu, maka jawablah; Ahli sihir menyebabkanaku pulang lewat.” Keadaan tersebut berterusan sehinggalah pada suatu hari diabertembung dengan seekor binatang besar yang menghalang perjalanan orang ramai. Ketika itu, ghulam tersebut berkata; “Pada hari ini, aku akan mengetahuiadakah ahli sihir yang lebih afdal ataupun rahib yang lebih afdal.” Maka dia
 
1
mengambil seketul batu lalu berdoa; “Ya Allah, sekiranya urusan rahib lebih Kamu sukai daripada urusan ahli sihir, maka bunuhlah binatang ini sehingga orang ramaidapat lalu-lalang.” Dia pun melontarnya, maka binatang tersebut mati dan orang ramai dapat lalu lalang.Lalu dia menceritakan peristiwa tersebut kepada rahib. Maka rahib berkata,“Wahai anakku, kamu pada hari ini adalah lebih afdal daripadaku. Sesungguhnyaaku melihat bahawa urusanmu telah sampai kepada satu peringkat. Kamu akandiuji. Sekiranya kamu diuji, janganlah kamu menceritakan tentang aku.” Ghulamtersebut mempunyai kebolehan untuk mengubati penyakit buta sejak lahir, sopak dan dia juga mengubati berbagai lagi penyakit. Seorang pembesar diraja yang sentiasa bersama raja telah mendengar kisahkebolehan ghulam. Beliau adalah seorang buta. Lalu beliau mendatanginya denganmembawa hadiah yang banyak. Beliau berkata; “Semua yang aku kumpulkan iniadalah untuk kamu sekiranya kamu dapat menyembuhkan aku.” Ghulammenjawab; “Aku tidak boleh menyembuhkan seseorang pun. Yang menyembuhkanhanyalah Allah. Apabila kamu beriman kepada-Nya, aku akan berdoa kepada-Nya, maka Dia akan menyembuhkan kamu.” Lalu beliau beriman, maka Allahmenyembuhkan penyakitnya. Kemudian beliau mendatangi majlis raja. Beliaududuk di sisi raja sebagaimana sebelumnya. Raja berkata kepadanya; “wahai Fulan, siapakah yang telah mengembalikan penglihatanmu?” Beliau menjawab;“Tuhanku.” Raja bertanya lagi; “Apakah kamu mempunyai tuhan selainku.” Beliaumenjawab; “Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.” Beliau terus menerus diseksa sehinggalah beliau menceritakan tentang ghulam. Maka ghulam pun dibawamenghadap. Raja berkata kepadanya; “Wahai anakku, sesungguhnya sihir kamutelah sampai peringkat dapat menyembuhkan penyakit buta, sopak dan berbagailagi yang kamu lakukan.” Ghulam menjawab; “Aku tidak boleh menyembuhkan sesiapa pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah.” Maka dia pun diseksa. Dia terusmenerus diseksa sehinggalah dia menceritakan tentang rahib. Maka rahib dipanggillalu dikatakan kepadanya; “Tinggalkan agamamu.” Rahib enggan berbuat demikianlalu dibawa gergaji dan diletakkan di tengah-tengah kepalanya sehinggalahtubuhnya terbelah dua.Kemudian dibawa pembesar diraja dan dikatakan kepadanya; “Tinggalkanagamamu.” Dia enggan lalu diletakkan gergaji di tengah-tengah kepalanya sehinggalah tubuhnya terbelah dua. Selepas itu ghulam dibawa dan dikatakankepadanya; “Tinggalkan agamamu.” Dia enggan lalu dia diserahkan kepada sekumpulan tentera raja. Raja berkata; “pergilah kamu semua membawanya kebukit sekian-sekian. Dakilah ia. Apabila kamu sampai ke kemuncaknya, jika diameninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakan dia), jika tidak, makacampakkanlah dia. Mereka pergi membawanya dan mendaki bukit tersebut.Ghulam pun berdoa; “Ya Allah, selamatkanlah aku dengan apa cara yang Kamu sukai.” Lalu bukit bergoncang dan mereka semua jatuh. Ghulam pun pulang untuk menemui raja. Raja berkata kepadanya; “apakah yang telah dilakukan oleh kawan-kawan kamu?” ghulam pun menjawab; “Allah telah menyelamatkan aku daripadamereka.” Lalu dia dihantar kepada sekumpulan tentera yang lain. Raja berkata;“pergilah kamu semua membawanya ke sampan. Bawalah dia ke tengah lautan, jika dia meninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakan dia), jikatidak,campakkan dia ke laut. Maka mereka pergi membawa ghulam lalu diaberdoa; ; “Ya Allah, selamatkanlah aku dengan apa cara yang Kamu sukai.” Maka sampan pun terbalik dan mereka semua tenggelam. Ghulam pun pulang untuk menemui raja. Raja berkata kepadanya; “apakah yang dilakukan oleh kawan-kawan kamu?” dia menjawab; “Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka.”Kemudian dia berkata kepada raja; “Sesungguhnya kamu tidak bolehmembunuh aku sehingga kamu melakukan apa yang aku suruh.” Raja berkata;“Apakah dia?” ghulam menjawab; “Kamu kumpulkan orang ramai di suatu kawasan
 
1
lapang dan kamu salibkan aku pada sebatang pokok. Kemudian kamu ambil anak  panahku daripada bekasnya, dan letakkan pada busarnya. Selepas itu sebutlah“Dengan Nama Allah, Tuhan ghulam,” dan panahlah aku. Sekiranya kamumelakukan sedemikian, kamu boleh membunuhku.” Maka raja pun mengumpulkanorang ramai di suatu kawasan lapang, menyalibnya pada sebatang pokok,kemudian mengambil anak panah kepunyaan ghulam daripada bekasnya danmeletakkan pada busarnya. Selepas itu raja berkata; “Dengan Nama Allah, Tuhanghulam,” sambil melepaskan anak panah menuju sasarannya. Anak panah tersebut kena pada bahagian di antara mata dan telinga ghulam lalu dia meletakkantangannya pada tempat panahan dan meninggal. Orang ramai pun berkata; “Kamiberiman dengan Tuhan ghulam. Kami beriman dengan Tuhan ghulam. Kami berimandengan Tuhan ghulam.” Maka raja pun datang dan dikatakan kepadanya; “Apakahtuanku tidak melihat apa yang tuanku takuti. Sesungguhnya, Demi Allah! Ia telahmenimpa tuanku. Orang ramai telah semuanya beriman.” Lalu raja memerintahkan supaya digali parit dan dinyalakan api. Raja berkata; “Sesiapa yang tidak kembalikepada agama asalnya, maka humbankan dia ke dalamnya.” Mereka punmelaksanakan perintahnya sehingga datang giliran seorang perempuan denganmembawa bayinya. Dia berhenti kerana takut untuk terjun ke dalam api. Lalubayinya berkata; “Wahai ibu, bersabarlah, sesungguhnya ibu berada di ataskebenaran.” Sahih Imam Muslim.Firman Allah;“Telah dibinasakan orang-orang yang membuat parit. (Parit) api yang dipenuhibahan bakaran. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya. Dan merekamenyaksikan apa yang mereka lakukan terhadap orang-orang yang beriman. Danmereka tidak menyiksa orang-orang mukmin melainkan kerana mereka berimankepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha terpuji.”(Al-Burujj : 4-8)
HURAIAN HADIS
“Di zaman sebelum kamu ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir.”
1) Nabi SAW tidak menyebut masa, tempat dan nama peribadi yang terlibatdalam kisah ini. Ini supaya yang tinggal hanyalah pengertian (ma’ani) hadisdan hadis kekal dalam keumumannya; tidak dikaitkan dengan masa dantempat. Dan supaya pengalaman dakwah yang dapat dicungkilkan daripadakisah dapat dimanfaatkan oleh semua masyarakat sehingga berlakunyakiamat.2) Nabi SAW telah menghubungkan pengalaman ini dengan realiti dakwah dan jamaah di zaman baginda melalui sabdanya
 
“sebelum kamu”
 
. Ini seolah-olahRasulullah SAW bersabda kepada para sahabat dan muslimin selepas mereka;“ini adalah kisah saudara kamu di sisi Allah di zaman dulu. Inilah pengalamanmereka menghadapi kebatilan. Belajar dan ambillah pengajaran yangterdapat di dalamnya.”3) Nabi SAW menjelaskan dalam hadis di atas bahawa sistem pemerintahandalam masyarakat tersebut adalah sistem yang rosak. Ini disebabkan ia dibinadi atas hawa nafsu dan kezaliman. Di sana terdapat raja yang menegakkankerajaannya di atas asas sihir, tukang nujum dan paksaan. Kerajaan yangtertegak di atas asas-asas tersebut tidak akan berjaya selama-lamanya di duniadan di akhirat.Sesungguhnya semua sistem pemerintahan yang tidak dibina berdasarkan syariatlangit dan hukum Allah, maka ia semestinya akan terbina berdasarkan hawa nafsu

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->