Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
9Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Persepsi Gaya Kepemimpinan Guru Besar Sekolah New (1)

Persepsi Gaya Kepemimpinan Guru Besar Sekolah New (1)

Ratings: (0)|Views: 258 |Likes:
Published by AHamid Hussian

More info:

Published by: AHamid Hussian on Jun 29, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/10/2014

pdf

text

original

 
PERSEPSI GAYA KEPEMIMPINAN GURU BESAR SEKOLAH RENDAHBERPRESTASI TINGGI (SBT) DI JOHOR BAHRUAbstrak.
Guru Besar perlu mengamalkan kepemimpinan yang berkualiti kerana proseskepemimpinan adalah penentu kepada kecemerlangan sekolah. Tujuan umum kajian inidilakukan adalah untuk menentukan kepemimpinan utama Guru Besar sekolah rendahberprestasi tinggi di Johor Bahru. Objektif khusus kajian adalah untuk melihat apakah gayakepimpinan utama bersandarkan model kepemimpinan Bolman dan Deal (1991) yang terdiri dariempat gaya kepemimpinan, iaitu kepemimpinan sumber manusia, simbolik, politik danstruktural. Di samping itu, kajian ini juga cuba menjelaskan sama ada gaya kepemimpinan GuruBesar Sekolah rendah berprestasi tinggi Johor Bahru mempunyai kesan terhadap komitmen guruterhadap sekolah. Kajian dilaksanakan di 3 jenis Sekolah Rendah berpestasi tinggi di JohorBahru iaitu SK Bandar Baru Uda (2), SK (P) Sultan Ibrahim dan SK Infant Jesus Convent .Sejumlah 120 daripada 195 orang guru dipilih melalui persempelan rawak bebas dan tiga orangGuru Besar yang terlibat. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif menggunakanSPSS versi 14. Hasil kajian menunjukkan kepimpinan sumber manusia adalah yang paling kerapdiamalkan sementara gaya kepimpinan simbolik yang paling jarang digunakan.. Kajian jugamendapati kepemimpinan Guru Besar turut memberi kesan kepada komitmen guru terhadapsekolah.
Kata kunci:
Guru Besar Sekolah Rendah berprestasi Tinggi; gaya kepemimpinan; modelkepemimpinan Bolman dan Deal (1991)
1.0 PENGENALAN
Kejayaan sesebuah sekolah adalah berkait rapat dengan gaya kepemimpinan (Shukor,
 
1995). Zaidatol Akmaliah (2001) menyatakan, salah satu masalah dalam pentadbiran
 
sekolahialah pemimpin sekolah kurang berjaya untuk mengambil kira faktor
 
ketidakpuasan guru-guru.Menurutnya lagi, kadang kala guru tidak berpuas hati
 
dengan peranan yang dipegang. Selain itu,para guru merasakan pemimpin sekolah kurang memberi penghargaan dan perhatian terhadapbakat serta potensi mereka.
 
Justeru itu, secara khusus dapatlah dikatakan bahawa pemimpin dan proseskepemimpinan merupakan teraju utama dalam menjadikan matlamat organisasi sebagai saturealiti bukan sahaja kepada sebuah organisasi, masyarakat malah kepada
 
sebuah negara (Yukl,2006). Dalam hal ini, McNulty
et al
. (2005) menyifatkan tugas Guru Besar di sekolah tidak terhad hanya kepada tanggungjawab pentadbiran malah beliau perlu menggerakkan segalabentuk sumber di bawah jagaannya terutamanya guru supaya berkhidmat dengan komited danefektif.
 
Dalam erti kata lain, kemantapan kepemimpinan sekolah dilihat sebagai kunci utamakepada penghasilan pendidikan yang berkualiti. Secara jelas, premis di atas menjelaskan bahawaguru besar/Guru Besar adalah individu yang diamanahkan untuk merealisasi aspirasi danpembangunan pendidikan negara (Abas Awang & Balasundran, 2002). Sekolah yang efektif adalah berakar umbi daripada kepemimpinan pengetua yang cemerlang dan berkesan.
 2.0 PERNYATAAN MASALAH
Kerajaan meletakkan harapan yang tinggi kepada sekolah dalam usaha melahirkan rakyatberkualiti, iaitu berilmu, bermoral dan berkemahiran tinggi. Ini selaras dengan kewujudanSekolah Berprestasi Tinggi (SBT) seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri didalam Majlis Perhimpunan Bersama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam sertaGovernment Linked Companies (GLC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)pada 27 Julai 2009 dengan mengatakan :
“ Selain itu, sebagai projek perintis seb
anyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenisharian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school, atau sekolah berpiagam dan sekolahberasrama penuh akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini kita akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum
 penamat 2012”
.(Ucapan Y.A. B. Perdana Menteri di dalam Majlis Perhimpunan Bersama AnggotaPentadbiran dan Penjawat Awam serta (GLC) di (PICC) pada 27 Julai 2009)
 
Untuk merealisasikan semua matlamat tersebut, Guru Besar disifatkan sebagai individuyang bertanggungjawab memimpin sekolah supaya berfungsi dengan lebih teratur dan berkesan.Dalam konteks ini, para sarjana pendidikan (Fullan 2001; Deal & Peterson 2000; Abdul Shukor2004) mendedahkan terdapat beberapa kelemahan dalam kepemimpinan Guru Besar yang bolehmengendalakan pengurusan sekolah untuk berfungsi dengan berkesan. Antara kelemahan utamaadalah amalan kepemimpinan Guru Besar yang sentiasa merujuk kepada model birokratik menyebabkan mereka kabur tentang peranan mereka sebagai pemimpin yang perlu menjanakomitmen guru di sekolah. Semasa memimpin sekolah, Guru Besar dituntut untuk mengamalkangaya kepemimpinan yang pelbagai kerana setiap model kepemimpinan didapati mempunyaikelemahannya tersendiri. Antara kelemahan yang nyata ialah tidak semua model mampudigunakan dalam semua konteks dan situasi (Ross, 2006). Oleh itu, Guru Besar perlu cekapmenyesuaikan gaya kepemimpinan mengikut situasi, jenis sekolah dan keperluan ketikamelaksanakan kepemimpinan. Guru Besar sekolah yang bijak didapati mampu mengamalkankepemimpinan yang sesuai berdasarkan situasi tanpa berpegang kepada satu stail kepemimpinansahaja (Dunford
et al
., 2000). Dalam konteks ini, Bolman
et al.
(1999), Abdul Shukor (2004),Abdul Rafie (2002) berpendapat bahawa amalan kepemimpinan yang pelbagai dan luwes lebihberupaya menjurus kepada keberkesanan kepemimpinan berbanding amalan satu gayakepemimpinan sahaja. Semasa memimpin sekolah, pengetua dituntut untuk mengamalkan gayakepemimpinan yang pelbagai kerana setiap model kepemimpinan didapati mempunyaikelemahannya tersendiri. Antara kelemahan yang nyata ialah tidak semua model mampudigunakan dalam semua konteks dan situasi (Ross, 2006). Oleh itu, pengetua perlu cekapmenyesuaikan gaya kepemimpinan mengikut situasi, jenis sekolah dan keperluan ketikamelaksanakan kepemimpinan. Pengetua sekolah yang bijak didapati mampu mengamalkankepemimpinan yang sesuai berdasarkan situasi tanpa berpegang kepada satu stail kepemimpinansahaja (Dunford
et al
., 2000). Guru Besar adalah penentu utama kepada penurunan tahapkomitmen guru di Britain. Jelaslah, bahawa wujud hubungan antara kepemimpinan Guru Besardengan komitmen guru terhadap sekolah. Kejayaan sesebuah sekolah banyak bergantung kepadakualiti kepemimpinan Guru Besar yang mementingkan modal insan seperti pencapaian yangoptimum, produktiviti tinggi, menggalakkan kreativiti dan inovasi, serta membina tenaga kerjayang komited (Oliff, 2006; Ross, 2006). Kajian oleh Yusuf (1981) yang mengkaji tahapkomitmen guru di Malaysia turut mendapati bahawa penurunan tahap komitmen guru amat

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Masnawi Said liked this
Masnawi Said liked this
Noraisyah Maya liked this
Cannedy Ijau liked this
Nur Shah Lynn liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->