Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
berita2

berita2

Ratings: (0)|Views: 4|Likes:
Published by Aannajah Najah

More info:

Published by: Aannajah Najah on Jun 29, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/20/2013

pdf

text

original

 
Khamis September 22, 2011
Hantu Bonceng: JAKIM Sahkan Dialog Tidak PersendaNabi Muhammad
KUALA LUMPUR:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filemHantu Bonceng tidak mempersendakan Nabi Muhammad.Pengesahan itu dibuat setelah pegawai jabatan berkenaan menonton filem itu, kata Pengerusi Lembaga PenapisFilem (LFP) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap.Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan rayayang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiapkali muncul wajah wanita yang maut itu."Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isumempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas," katanya dalam kenyataan disini hari ini."LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembagasentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteramanawam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan."Dalam isu ini elemen keagamaan telah diberi perhatian cermat dan teliti oleh lembaga," katanya.Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Malaysia dan pelbagai pihak dalam media massa serta blog mendakwa bahawaLPF cuai membuat tapisan sehingga filem itu diluluskan untuk tayangan di pawagam.
- BERNAMA
ARKIB : 13/10/2011
Bob Lokman jika mahu jadi 'baik' biarlah baik betul-betul...
SYED ABDULLAH OSMAN JAMALULLAIL Ampangan,Seremban
BOB Lokman (gambar) perlu muhasabah diri jangan terlalu ghairah untuk 'bercerita' tentang Islam kerana selalunyabila seseorang itu baru hendak kenal Islam mereka ini bersemangat berkobar-kobar menuduh orang itu dan ini tidakIslamiklah, masuk nerakalah malahan menghukum orang yang bukan sebulu dengannya itu bukan lagi Islam.Dari seorang artis hiburan yang agak terkenal juga kini berubah haluan hendak menjadi seorang pendakwah pulatetapi beliau mesti tahu garis panduan sebagai seorang yang bergelar ustaz dilarang sama sekali suka terlepascakap apatah lagi untuk mengumpat dan memburuk-burukkan seseorang individu itu.
 
Pendakwah yang ingin mendekati Allah dan mahu kepada Islam syaratnya bukanlah mesti memakai pakaian lebaidan berjubah kerana itu adalah pakaian tradisi masyarakat Arab yang sama juga dipakai oleh Abu Jahal dan orangkafir Quraish semasa zaman Rasulullah SAW. Begitu juga pakaian bangsa Arab beragama Kristian di Lebanonataupun di Mesir ketika ini kerana itu adalah pakaian tradisi Arab mengikut adat resam negara masing-masing. Amat terkilan dan kecewa suatu ketika dahulu saudara Bob Lokman mencaci keturunan Syed di satu ceramahsemasa pilihan raya kecil DUN di Pahang. Sepatutnya beliau jangan sentuh keturunan atau sesuatu kaum itu denganberniat untuk memalukan seluruh keturunan yang tidak ada kena mengena dengan ceramahnya itu.Kalau hendak marah pun biarlah kepada individu itu sahaja mengapa perlu heret sama hak keturunan orang lain.Bob Lokman kalau hendak jadi 'baik' biarlah baik betul-betul. Jaga mulut dan jaga tingkah laku agar orang hormatkepada kita serta tahu yang mana boleh dan tidak boleh kita lakukan terhadap sesama insan dan ikutlah garispanduan agama yang betul dan bukannya mengikut hawa nafsu walaupun tujuan saudara itu baik tetapi caranyabanyak yang tidak kena.
ARKIB : 29/11/2009
Antara Husam dan Nik Abduh
PERKEMBANGAN politik Pas terutama di Kelantan makin panas sehingga menyebabkan cengkaman politik MenteriBesar, Nik Aziz Nik Mat goyah.Kes siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap menantu beliau, Ketua PegawaiEksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir. Mohd. Ariff Fahmi Abdul Rahman atas tuduhan rasuah, membawaepisod baru apabila beliau diarahkan melepaskan jawatan. Dalam sebuah laman blog, Mohd. Ariff Fahmi danisterinya yang juga anak Nik Aziz, dikecam teruk.Belum pun reda isu tersebut dan isu penajaan haji kepada Nik Aziz oleh sebuah syarikat yang dikatakan mempunyaikontrak di Kelantan, tercetus pula pergeseran antara Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Husam Musa dan anak kepadaNik Aziz, Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.Husam dalam satu laporan media menyatakan beliau ‘diserang’ menerusi kritikan anak Nik Aziz. ‘‘Jika dijawab(serangan itu) nampak pula macam saya bergaduh dengan keluarga Tok Guru. Jadi saya bersabar,” katanya.Beberapa hari sebelum kenyataan itu, berdasarkan sumber dalaman Pas Kelantan, Husam dilaporkan mahumelepaskan jawatan tetapi beliau menafikan laporan tersebut.Nik Abduh pula menyuarakan simpati terhadap bapanya yang menjadi mangsa permainan politik yang sengajadirancang, yang sesetengah pemerhati mengaitkannya dengan proksi pemimpin tertentu.
 
Menurut Nik Abduh, berita peletakan jawatan seorang pemimpin Pas yang dianggap kesayangan bapanya telahkedengaran lebih awal. Walaupun tidak menyebut nama, ia jelas merujuk kepada Husam. Apa maknanya? Yangpasti, pergeseran itu menambah kekusutan Nik Aziz terutama sejak isu cadangannya memanggil muktamar agungluar biasa bagi membersihkan parti itu daripada beberapa kerat pemimpin pro Presiden Pas, Hadi Awang ditolak. Iadigantikan dengan seminar yang akhirnya mengundang kritikan balas perwakilan.Siapakah yang Nik Aziz mahu memihak sama ada Husam, yang merupakan ayam tambatan politiknya atau anakbeliau sendiri yang juga mempunyai karisma? Pendirian kedua-duanya berhubung sama ada wajarkah Nik Azizberundur atau terus kekal, juga berbeza. Husam mencadangkan agar Nik Aziz mempertahankan kerusi DUN danturut bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya akan datang bagi membolehkannya menjadi Perdana Menteri. Nik Abduh pula lantang mengingatkan agar tiada mana-mana pihak cuba menghalang bapanya daripada berundur suatuhari nanti. Awang nampak ada kebijaksanaan dan keberanian Nik Abduh dalam komen dan tindak-tanduknya. Sebelum ini,beliau pernah membuat pendedahan bahawa bapanya telah menerima salah nasihat dan mendapat gambaran tidakbetul daripada golongan tertentu, yang dikaitkan oleh pemerhati dengan puak Erdogan. Awang melihat Nik Abduh bintang baru yang boleh menjadi sandaran Pas. Beliau tidak hipokrit. Lebih penting, beliautidak terikat dengan pengaruh luar, yang imej itu tebal kepada Husam.
ARKIB : 28/08/2011
Anwar dan sejarah
Bisik-Bisik Mingguan
SETIAP detik, pasti ada sahaja sejarah tercipta. Manusialah yang mengukir malah mencorakkan sejarah itu. Hitam,putih, baik mahupun buruk, kitalah yang menentukan.Baru-baru ini, di tanah air kita, sejarah tercipta lagi. Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim memilih memberi kenyataantanpa bersumpah dari kandang tertuduh dalam kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. SaifulBukhari Azlan.Dengan berbuat demikian, Anwar mengelakkan daripada soal balas oleh pasukan pendakwaan. Prosiding soal balasitulah sebenarnya inti dalam perundangan pembelaan tertuduh.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->