Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
11Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
83745459-Pj-Notes-MiRA

83745459-Pj-Notes-MiRA

Ratings: (0)|Views: 128 |Likes:
Published by Shahida Sabri

More info:

Published by: Shahida Sabri on Jun 29, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2013

pdf

text

original

 
1
Bab 1: Pengurusan dan pentadbiran PJ dan sukanPENGENALAN
Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidangyang berlainan sama sekali.
Pengelolaan pendidikan jasmani mengutamakan unsur pendidikan.
Aktiviti PJ merupakan subjek akademik disekolah-sekolah dan mempunyaikurikulum yang terancang dan teratur.
Aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek dari mengelola, menyertaipertandingan dan permainan serta mengelola dan melatih pasukan untukpertandingan yang lebih formal.
KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN
Menurut kamus dewan pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan danpengawalan, pengelolaan, penyelenggaraan.
Dengan kata lain pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh di definisikansebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran,perancangan, pengelolaan,pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet,kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengansukan dan PJ.
Fungsi pentadbiran dan pengelolaan PJ dan sukan ialah
(a)Merancang(b)Menyediakan bajet(c)Mengawal(d)Mengarah(e)Mengelola(f)Menyediakan jadual pertandingan(g)Membuat keputusan(h)MenilaiUntuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu:-(a) Persediaan profesional(b) Sikap profesional(c) Perkembangan profesional Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu, persatuan dan badan pentadbirandan pengelolaan PJ dan sukan. Kemajuan pentadbiran dan pengelolaan PJ dan sukan akanMemperolehi kecemerlangan dan kegemilangan.
Pengurusan PJ
Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untukmempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melaluipendekatan aktiviti fizikal.
Pendidikan jasmani (PJ) juga merupakan satu proses pembelajaran yangmenyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor,kognitif, afektif, sosial, dan emosi.
Melalui PJ pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiripengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya.
Secara ringkasnya Pendidikan jasmani adalah merupakan satu bentukpembelajaran yang holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagaiaspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer,1986)
Oleh yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaranyang menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaraninsani melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental,fizikal, sosial, pembentukan nilai dan emosi.
 
2
Pendidikan jasmani juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergasdan produktif melalui pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan
dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.
Pengelolaan dan pentadbiran PJ adalah bagaimana kita mentadbir danmenguruskan mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran inidapat dilaksanakan atau di ajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang diharapkan.
(a)
Kurikulum PJ di Malaysia
PJ merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia.
Mata pelajaran PJ diajar selama 11 tahun dalam sistem persekolahan diMalaysia.
Kurikulum pendidikan jasmani merangkumi aspek-aspek kemahiran sukan,rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan.
Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluanpertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yangseimbang dari segi JERI. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjangpembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan.
 Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif PJ.
Bagi membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran PJ, pelajarperlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalamanpendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia yangmengamalkan gaya hidup sihat.
Kurikulum PJ yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkanpengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahapoptimum.(b)
Objektif Kurikulum PJ
Objektif utama kurikulum PJ ialah:(i) Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuanmotor(ii) Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri(iii) Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian(iv) Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagaikegiatan fizikal(v) Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan(vi) Membuat keputusan bijak dalam kehidupan(Sukatan Pelajaran, PJ, 1999)
Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktivitiyang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagimembantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaankesihatan.
Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama PJ iaitu:“Pendidikan jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergasmelalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan” (PusatPerkembangan Kurikulum, 1999)(c)
Organisasi
Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikan jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kananakademik (Rajah 1.1)
 
3
Rajah 1.1:
Organisasi panitia PJ di sekolah
(d)
Bidang Kuasa Ketua Panitia PJ
(i) Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah(ii) Mempengerusi mesyuarat panitia PJ(iii) Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untuk digunakan(iv) M’gagih dan menyimpan sukatan pelajaran PJ(v) Menyediakan perancangan tahunan panitia(vi) Memantau pengajaran PJ(vii) Memeriksa buku latihan pelajar(viii) Merancang pembelian alatan untuk panitia(ix) Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia(x) Merancang latihan dalaman
1.2 PENGURUSAN PJ DAN SUKAN1.2.1 Falsafah dan Kepentingan Pengurusan PJ, dan Sukan
Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dariobjektif yang mampu memberikan kefahaman, pengertian dan suatu tafsiranterhadap sesuatu prinsip dan konsep.
Contohnya falsafah yang menepati kehendak pembelajaran akan berupayamembantu guru memahami semua tugasan secara menyeluruh bukannyasecara berasing-asing.
Ini bermakna melalui falsafah secara tidak langsung akan berupaya membantuguru supaya memahami peranannya serta bertindak merancang pengajaranyang bertumpu kepada objektif pengajaran yang telah ditetapkan.
Dengan kata lain juga falsafah juga boleh diibaratkan sebagai petunjuk arahdan mampu membantu guru menghasilkan rumusan serta mampu membentukmatlamat secara tersusun dan berterusan.
Falsafah dapat membantu guru memahami dan menghayati tanggungjawabpengajarannya dengan lebih menyeluruh. Ini dapat membantu menimbulkankesedaran kepada guru untuk menumpukan peranannya melalui perancanganyang berlandaskan kepada objektif pengajaran yang sepatutnya.
Falsafah pengurusan pendidikan jasmani ialah satu aktiviti mentadbir danmengelola dalam pendidikan jasmani bertujuan untuk menghasilkan insan yangseimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial. Aktiviti PJ adalahberdasarkan aktiviti fizikal yang mempunyai 3 domain iaitu afektif, kognitif danpsikomotor.
PJ merupakan aktiviti pendidikan yang dirancang dan terancang dengan kemas dansistematik.
Falsafah pengurusan sukan ialah mentadbir dan menguruskan sukan sebagaialat membawa kebaikan kepada manusia sejagat, menjalinkan persahabatan sertamemupuk semangat toleransi kerjasama persefahaman dan perpaduan. Dalammenceburi diri atau menjalankan aktiviti dalam sukan perlu berpegang kepada etikasukan.
1.2.2 Prinsip Pengurusan PJ
(a)Pendidikan jasmani akan dapat mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasanberasaskan kesihatan dan perlakuan motor berasaskan domain kognitif dan afektif.

Activity (11)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
Spy Green liked this
jenny_hui liked this
Jack Lau liked this
maryaaani liked this
Syan Lee liked this
Ah Wong liked this
Che Azizah Jab liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->