simple, kolektif dan serba kekurangan itu telah menghasilkan puisi-puisi yang begitu banyak dan berkualiti. Kajian-kajian yang lebih serius dan bersifat akademik terhadap warisan puisitradisional dikatakan hanya bermula pada abad ke-19. Ia dipelopori oleh golongan penulis dan pengkaji Melayu tradisional sebelum diambil alih oleh golongan para sarjana dan pegawai- pegawai Eropah. Kesedaran terhadap kepentingan warisan ini telah membawa kepada satudimensi baru dalam kajian warisan puisi. Ia dilakukan dengan lebih komprehensif danmendalam oleh golongan pengkaji yang terdidik dalam disiplin sastera dan akademik.Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi merupakan tokoh yang banyak memberisumbangan dalam bidang penulisan puisi tempatan. Beliau telah menghasilkan beberapa syair yang penting dan meninggalkan impak yang begitu besar dalam warisan puisi negara.Antaranya ialah ‘
Syair Singapura Terbakar’
( 1820 ), ‘
Syair Kampung Gelam
Terbakar
’( 1847 ) dan ‘
Kisah Pelayaran Abdullah’
( 1965 ). Penulisannya beliau banyak mengisahkanlawatannya ke serata tempat termasuklah Singapura, Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur.Dalam karyanya, Abdullah banyak membuat kritikan terhadap golongan bangsawan dan raja-raja Melayu yang dikatakan terlibat dalam aktiviti-aktiviti negatif seperti berjudi, berhutangdan ketagih candu. Perbuatan-perbuatan itu dianggap merugikan bangsa dan menjadikanorang Melayu lemah.Peranan Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad tidak kurang pentingnya dalam karyanyayang berjudul ‘
Gurindam Dua Belas’
(1846 ), beliau berjaya mencipta gurindam-gurindamyang baik dan juga membincangkan perbezaan antara gurindam dengan syair. Manakaladalam kitab ‘
Sasilah Melayu dan Bugis dan Sekalian Raja’
( 1956), Raja Ali Hajimenyelitkan syair dalam hampir setiap babak ceritanya dan menjadikannya lebih menarik.3
Add a Comment
md_rizuan885332left a comment
Raja Bagus Wizravdentsshileft a comment