Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sumbangan Teori Kecerdasan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Sumbangan Teori Kecerdasan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Ratings: (0)|Views: 25|Likes:
Published by Azie Salih

More info:

Published by: Azie Salih on Jun 30, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/19/2012

pdf

text

original

 
SUMBANGAN TEORI KECERDASAN DALAM PENGAJARAN DANPEMBELAJARANKhair hidayati binti mohd khair, fadilah binti abdul majid, khairunnisak bt yahya &munirah bt senik
Pengetahuan guru tentang teori kecerdasan membolehkan guru mengaplikasikannyadalam psikologi pendidikan dan seterusnya membolehkan guru merancang proses danstrategi pengajaran dan pembelajaran secara berkesan dan baik.hal yang demikian keranakecerdasan yang terdapat pada seorang pelajar boleh dijadikan sebagai petunjuk potensi yangterdapat pada seseorang pelajar tersebut. Contohnya, seorang pelajar yang kecerdasan verbal
 – 
linguistic yang menonjol biasanya mempunyai potensi yang tinggi dalam penulisankreatif,perbahasan dan bidang pengacaraan.Selain itu, seseorang guru boleh menjadikan teori kecerdasan pelbagai sebagaipanduan untuk mereka merancang teknik, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaranyang sesuai mengikut jenis kecerdasan, bakat dan potensi yang tardapat pada pelajar-pelajarnya. Kaedah ini membolehkan guru mempelbagaikan cara pangajarannya supayaproses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan itu tidak berfokus pada satu-satu jeniskecerdasan sahaja sehingga membosankan pelajar. Sebaliknya, guru boleh menjalankanpengajarannya berdasarkan Sembilan kecerdasan yang disarankan oleh Howard Gardner.Suasana pembelajaran yang sedemikian menjadikan pelajar lebih bermotivasi, bersemangatdan berketerampilan untuk pelajar.Keadaan seperti ini boleh mewujudkan suasana yangkolaboratif di antara guru dan pelajar di sekolah.Pengaplikasian pengetahuan teori kecerdasan pelbagai berupaya membangunkanbidang akademik dan kokurikulum pelajar. Hal ini kerana selain melihat pada kecerdasaninterlek yang ada pada seseorang pelajar, guru harus melihat kepada kecerdasan emosi yangada padanya. Maksudnya, seseorang pelajar yang dikatakan cergas atau bijak tidak lagi bolehdiukur dan dilihat melalui kecermerlangan dalam bidang akademik sahaja.Sebaliknya,kecerdasan emosi yang ada dalam dirinya semasa mengendali sesuatu perkara juga amatlahpenting.Dengan itu, kreativiti dan usaha guru dalam mempelbagaikan strategi pengajaran danpembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran yang berasaskan kecerdasan yang pelbagaiberupaya membangunkan bidang akademik. Di samping itu, pengetahuan guru terhadapkecerdasan yang terdapat pada pelajar membolehkan guru memperbanyakkan aktivitikokurikulum di dalam ataupun di luar kawasan sekolah bagi mengembangkan segala bakat
 
dan potensi pelajar yang terpendam. Jadi, secara tidak langsung bidang kokurikulum pelajar juga dapat dibangunkan.Bagi pelajar pula, apabila mereka dapat mengetahui kecenderungan kecerdasanpelbagai yang terdapat dalam diri mereka sendiri, ia dapat membantu merekamemperkembangkan bakat dan kebolehan mereka. Contohnya, seorang pelajar yangmempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi biasanya akan lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang banyak menggunakan anggota tubuh badan danketahanan fizikal seperti berlari dan berenang. Jadi, tidak mustahil mereka akan memjadiseorang atlit sukan yang unggul sekirannya mereka menggunakan kecenderungan kecerdasantersebut untuk melatih diri bersungguh-sungguh dan memperkembangkan bakat dankebolehan mereka.Selain itu, pengetahuan guru tentang kepelbagaian dan perbezaan kecerdasan yangterdapat pada pelajar-pelajarnya membolehkan guru mempelbagaikan cara penilaiannyaterhadap pelajar-pelajar. Hal ini bermakna semasa menilai seseorang pelajar, guru tidak hanya menilai pelajar berdasarkan kepandaiannya dalam pencapaian akademik yang biasanyalebih cenderung menuntut kecerdasan logik-matamatik dan bahasa. Sebaliknya, guru jugamenilai jenis kecerdasan pelajar yang lain seperti keupayaan pelajar melibatkan diri danberinteraksi dengan pelajar yang lain dalam suatu situasi dan sebagainya. Keadaan ini dapatmenggalakkan inovasi dan oenyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.Secara langsungtaupun tidak langsung,pendidikan yang menitikberatkan kecerdasanyang pelbagai pada pelajar juga menyokong dan membantu mewujudkan pembelajaranbersepadu yang menyeluruh selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan yangbermatlamatkan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, danintelek Teori kecerdasan pelbagai dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran danpembelajaran. Antara aplikasi yang boleh digunakan adalah sebagai petunjuk kepada potensimerid. Jika guru memahami jenis-jenis kecerdasan, mereka akan lebih mengetahui potensidan kemampuan sebenar pelajarnya. Kefahaman terhadap jenis kecerdasan ini akanmembantu guru mengatur rancangan pengajaran yang menjurus kepada kehendak kelompok pelajar yang terdiri daripada pelajar pandai atau lemah di dalam bilik darjah.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->