You are on page 1of 24

PENGENALAN

Nutrien adalah bahan kimia yang terkandung di dalam semua bahan makanan yang berfungsi untuk memelihara kesihatan. Terdapat lima nutrien utama dalam makanan iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral. Air dan selulosa bukanlah nutrien tetapi ia sangat perlu dalam sistem pemakanan manusia. Pengambilan nutrien dalam kadar dan kuantiti tertentu dinamakan diet. Nutrien perlu diambil dalam keadaan diet seimbang. Nutrien terhasil dari gabungan elemen karbon, oksigen, hidrogen, nitrogen dan sulfur. Nutrien dicerna dan diproses melalui tindak balas kimia dipanggil metabolisma. Metabolisme bertindak dalam dua cara iaitu;

1. Penguraian molekul-molekul besar hasil pencernaan seperti glukosa,gliserol,asid lemak dan asid amino kepada unit-unit yang halus iaitu atom. Tindak balas ini dinamakan katabolisme dan menghasilkan tenaga. Tindak balas ini juga berlaku dalam hati oleh enzim-enzim yang terdapat di dalamnya.

2. Pembinaan unit dari dalam sel daripada molekul molekul ringkas kepada struktur yang lebih kompleks seperti glikogen, trigiserid(lemak) dan protien. Tindak balas ini dinamakan anabolisme dan menggunakan tenaga.

Setiap nutrien mempunyai komposisi, sumber, fungsi serta kesan kelebihan pengambilan dan kekurangan pengambilan nutrien. Kumpulan nutrien mengikut fungsi dalam tubuh boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu nutrien untuk tenaga contohnya lemak, karbohidrat dan protein, nutrien untuk tumbesaran contohnya protein dan garam mineral dan nutrien untuk mengawal proses tubuh contohnya vitamin, garam mineral dan protein. Sesetengah nutrien boleh melakukan lebih daripada satu fungsi dalam tubuh.

1) PROTEIN

Protein mengandungi unsur karbon (C), hidrogen (H), oksigen (0) dan nitrogen (N). Fungsi utama protein adalah untuk membina sel tubuh untuk tumbesaran. la juga membekalkan tenaga dan haba jika kekurangan karbohidrat dan lemak dalam badan. Unit asas bagi protein ialah asid amino. Terdapat 20 jenis asid amino penting yang diperlukan untuk mensintesis protein. Protien haiwan mengandungi mengandungi asid amino penting yang tidak boleh dibina dalam tubuh badan manusia misalnya protien haiwan yang boleh didapati di dalam daging tanpa lemak, ikan, telur, susu dan keju. Manakala protien kelas tumbuhan pula mengandungi asid amino penting yang boleh dibina dalam badan misalnya protien sayur-sayuran yang boleh didapati di dalam kacang, minyak kelapa sawit, biji-bijian padi, gandum dan barli.

ASID AMINO

Protien mengandungi 22 jenis asid amino dalam plbagai jumlah dan kombinasi. Kesemuanya terdapat 8 jenis asid amino yang diperlukan oleh orang dewasa untuk tujuan tumbesaran dan untuk memperbaiki tisu. Kanak-kanak pula memerlukan 10 jenis asid amino untuk tujuan pembesaran. Antara jenis asid amino yang diperlukan oleh orang dewasa ialah: 1. Leusina 3. Lisin 5. Fenilalanina 7. Triptofan 2. Isoleusina 4. Metionina 6. Treonina 8. Vanila

Antara jenis asid amino yang diperlukan oleh kanak-kanak pula ialah:

1. Hestidina

2. Arginina

2) FUNGSI UTAMA PROTEIN

1. Membina sel-sel baru

2. Memperbaiki tisu-tisu yang rosak

FUNGSI UTAMA PROTEIN

3. Membina enzim dan hormon

4. Menghasilkan tenaga apabila kekurangan karbohidrat dan lemak.

5. Mengelakkan dihinggapi penyakit kwasyiorkor.

3) SUMBER MAKANAN ( PROTEIN )

DAGING DAGING

IKAN

IKAN

4) KESAN PENGAMBILAN PROTEIN SECARA BERLEBIHAN Asid amino yang berlebihan dipecahkan kepada nitrogen dan karbon. Unsur karbon yang berlebihan ditukar kepada lemak dan menjadi tisu adipos di bawah kulit. Nitrogen yang berlebihan akan ditukar kepada urea dan dikeluarkan melalui air kencing. Jika terlalu berlebihan akan menjadi asid uric dan berkumpul di sendi tubuh.

5) KESAN KEKURANGAN PENGAMBILAN PROTEIN Pengambilan protien yang kurang di dalam diet seharian boleh menimbulkan beberapa masalah kepada tubuh badan antaranya ialah: Menyebabkan penyakit marasmus dan edema Merosakkan seluruh sel badan dan mengurangkan daya tahan terhadap penyakit. Tumbesaran kanak-kanak menjadi terbantut. Menyebabkan terencat akal ( mental retardation ) serta kecacatan otak yang berkekalan. Menyebabkan tekanan darah rendah, pengaliran darah yang tidak sempurna dan biasanya mengidap anemia. Luka lambat sembuh, pandangan menjadi kabur dan berlakunya penyakit sembelit.

1) KARBOHIDRAT

Karbohidrat mengandungi unsur karbon (C), hidrogen (H) dan oksigen (0). la merupakan pembekal sumber tenaga dan haba untuk semua aktiviti tubuh. Unit asas bagi karbohidrat ialah glukosa. Semua karbohidrat mengandungi gula. Karbohidrat boleh dikelaskan kepada monosakarida, disakarida dan polisakarida.

Pengkelasan Karbohidrat

1. Monosakarida

2.Disakarida

3.Polisakarida

KARBOHIDRAT JENIS GULA RINGKAS -Glukosa MONOSAKARIDA

SUMBER -Sayur-sayuran dan buahbuahan terutamanya anggur -Buah-buahan masak, madu -Terbentuk apabila gula susu dicernakan

-Fruktosa -Galaktosa DISAKARIDA -maltosa -Sukrosa -Laktosa

Bijirin yang sedang bercambah -Tebu , gula bit -Susu mamalia

-Kanji GULA KOMPLEKS POLISAKARIDA - Dekstrin -Pektin -Selulosa -Glikogen

-Bijirin, buah-buahan dan sayuran Terbentuk apabila kanji dipanaskan -Buahan hampir masak -Serabut buah-buahan -Kanji haiwan.Terdapat dalam hati dan otot haiwan.

2) FUNGSI UTAMA KARBOHIDRAT

Fungsi Karbohidrat
Karbohidrat memainkan peranan yang amat penting kepada sistem tumbesaran tubuh badan. Antara fungsinya ialah:

1. Membekalkan haba dan tenaga untuk pelbagai aktiviti tubuh badan. 2. Bijirin dan roti membekalkan zat protien kepada tubuh badan. 3. Selulosa merangsang saluran pencernaan (pelawas) badan. 4. Disimpan di dalam badan. Sumber yang berlebihan akan disimpan di dalam hati sebagai glikogen dan akan digunakan semula. 5. Makanan mengandungi karbohidrat member tambahan selera kepada hidangan sedia ada. 6. Karbohidrat diperlukan di dalam proses metabolisme lemak dan protien.

3) SUMBER MAKANAN ( KARBOHIDRAT )


Secara umumnya sumber makanan yang mengandungi karbohidrat adalah : Bijirin atau hasil bijirin seperti beras, gandum, jagung, terigu Sayur-sayuran akar dan kekacang seperti ubi kentang, ubi kayu dan keladi. Buah-buahan seperti pisang, epal dan lain-lain. Gula dan makanan yang manis seperti kek, jem dan coklat

NASI

KEK

10

KESAN

Bertambah berat badan

Bertukar kepada lemak dan disimpan di bawah kulit

ditukar kepada glikogen dan disimpan di dalam hati

Kesan Keletihan, kelaparan dan kesejukan. Mudah dijangkiti penyakit

Turun berat badan

11

1 ) LEMAK
Lemak mengandungi unsur karbon (C), hidrogen(H) dan oksigen(0). Walau bagaimana pun, kandungan oksigen di dalam lemak adalah amat sedikit. Lemak merupakan sumber makanan tenaga dan ia membekalkan tenaga yang lebih berbanding karbohidrat. Oleh kerana lemak tidak larut di dalam air, ia mesti dihancurkan oleh proses pencernaan sebelum diserap untuk kegunaan di dalam tubuh badan. Unit asas bagi lemak adalah asid lemak dan gliserol. Lemak boleh terdapat dalam bentuk asid lemak tepu dan asid lemak tidak tepu. Klasifikasi lemak dapat dilihat menunjukkan komposisi, sumber, fungsi, kesan kelebihan dan kekurangan pengambilan lemak. Elakkan pengambilan lemak berlebihan.

2) FUNGSI UTAMA LEMAK


Memberi tenaga dan haba Melindungi organ dalaman tubuh Mengawal suhu tubuh Pelarut bagi vitamin larut lemak Mengurangkan penggunaan protein bagi penghasilan tenaga Memberi daya tahan lapar kerana lambat dicernakan.

12

3) SUMBER LEMAK
Lemak dihasilkan daripada 2 sumber utama iaitu: SUMBER LEMAK Lemak Haiwan Lemak Tumbuhan

-Lemak susu seperti krim, keju dan mentega. Lemak daging seperti lemak beku (suet). Kuning telur. Ikan berlemak seperti ikan terubuk, ikan patin, jelawat dan sebagainya.

-Minyak kekacang. Minyak sayur-sayuran. Minyak kelapa. Minyak kelapa sawit dan sebagainya

SUMBER LEMAK HAIWAN

SUMBER LEMAK TUMBUHAN

KUNING TELUR

MINYAK SAYURAN

13

4) KESAN PENGAMBILAN LEMAK SECARA BERLEBIHAN


Pengambilan lemak berlebihan boleh menambah berat badan sehingga menjadi obesiti. Penyakit jantung dan darah tinggi akibat pemendapan kolestrol dalam salur darah.

5) KESAN KEKURANGAN PENGAMBILAN LEMAK


Berat badan berkurangan Kekurangan yang maksimum menyebabkan pertumbuhan terganggu dan kulit kering Cepat rasa lapar Kesejukan akibat kurang penebat. Selaput mata menjadi kering akibat kekurangan vitamin A yang terdapat di dalam lemak. Jika berlaku kekurangan Vitamin A yang terdapat di dalam lemak menjadi kritikal, seseorang itu akan menghidap xerophthalmia (bahagian tepi mata yang berkudis dan berair). Kulit menjadi keras dan kasar terutamanya pada bahagian tangan, dada, belakang dan bahagian paha. Penyakit ekzema (bintik-bintik berair di kulit disertai rasa gatal dan bernanah) yang sering berlaku kepada kanak-kanak.

14

15

1) VITAMIN

Vitamin mula dijumpai dalam tahun awal kurun ke dua puluh. Ianya tidak mempunyai nilai tenaga tetapi kebanyakan vitamin tidak boleh disintesis oleh tubuh. Keperluan vitamin adalah dalam jumlah yang sangat kecil tetapi mempunyai implikasi atau kesan yang sangat ketara. Vitamin terbahagi kepada dua kumpulan iaitu vitamin larut lemak dan vitamin larut air.

a) Vitamin larut air.

Adalah Vitamin B Kompleks dan Vitamin C. Tidak boleh disimpan di dalam badan. Perlu dibekalkan setiap hari

b) Vitamin larut lemak.

Adalah Vitamin A, Vitamin D, Vitamin E dan Vitamin K. Boleh disimpan di dalam badan dan tidak perlu dibekalkan setiap hari.

16

Fungsi, Sumber Dan Kesan Pengambilan berlebihan dan Kekurangan Beberapa Jenis Vitamin

VITAMIN

SUMBER

FUNGSI

Kesan Kekurangan pengambilan

Kesan pengambilan berlebihan Kerosakan pada hati. Loya Perut tidak selesa Denyutan jantung tidak selesa Pengumpuln toksik Dikumuhkan Cirit birit dan bengkak perut

Yis, telur, hati, susu, bijirin yang tidak digiling, sayuran hijau.

i)Menjaga fungsi respirasi sel. ii)Memelihara sistem saraf.

i)Beri-beri ii)Pelagra. iii)Gangguan sistem saraf

Larut Air C Buah-buahan sitrus, jambu batu, betik,tomato, sayuran hijau.

i)Memelihara kesihatan kulit. ii)Membantu penyerapan besi. iii)Membantu dalam penyembuhan luka.

i)Kulit kurang sihat. ii)Mudah dijangkiti selesema. iii)Skurvi (gusi berdarah). Luka lambat sembuh Dinding saluran darah lemah dan pecah

17

VITAMIN

SUMBER

FUNGSI -Memelihara penglihatan yang baik -Memelihara kesihatan kulit.

Kesan Kekurangan

Kesan Berlebihan

Lobak merah, lada, limau, hati, betik, tomato, telur, sayursayuran

-Rabun malam. -Xeroftalmia (mata kering) -Kulit kering dan bersisik. -Pertumbuhan terjejas.

-Keguguran rambut -Sakit tulang -kerosakan pada hati -loya -Cirit-birit

Larut lemak

hijau.

Susu, telur, mentega,minyak

hati, -Membantu penyerapan

-Rikets. -Kerosakan gigi.

-Toksik -Muntah-muntah -Cirit-birit -Keletihan -Dahaga -Pertumbuhan terbantut di kalangan kanak-kanak.

ikan kod. Vitamin ini dihasilkan oleh kalsium dan fosforus. badan apabila didedahkan kepada - Membina tulang dan gigi cahaya matahari. yang kuat.

Bijirin yang tidak digiling,minyak E tumbuhan,telur,mentega, hijau. sayuran -Memelihara kesihatan sistem pembiakan -Belum terdapat kesan yang ketara -Jarang berlaku dan tiada toksik

Sayur-sayuran hijau, kubis, tomato,

-Membantu dalam

-Darah lambat membeku di luka

-Toksik

bayam. Vitamin ini dibentukkan oleh pembekuan darah. bakteria diusus besar.
18

SAYUR-SAYURAN BUAH-BUAHAN
MINYAK

TELUR
19

2) GARAM MINERAL
Tubuh badan manusia mengandungi 7% garam mineral. Garam mineral ialah bahan tak organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk mengekalkan kesihatan badan. Unsur-unsur mineral yang penting kepada kita termasuklah kalsium, fosforus, besi, iodin, natrium dan fluorin. Unsur-unsur garam mineral ini diperolehi daripada haiwan dan tumbuhan yang dimakan.

Fungsi, sumber dan kesan kekurangan pelbagai garam mineral.

Garam Mineral Kalsium

Sumber

Fungsi -Membina tulang dan

Kesan Kekurangan -Rikets. -Osteoporosis. -Kerosakan gigi. -Darah lambat

Kesan kelebihan

Susu, keju, telur, ikan bilis, sayursayuran hijau.

gigi yang kuat. -Memelihara kesihatan system saraf dan otot. -Membantu pembekuan darah

-Batu karang

dalam beku di luka -Kekejangan otot

Fosforus

Susu, keju, telur, sayursayuran hijau.

-Membina tulang dan gigi yang kuat. -Menjaga proses respirasi sel.

-Rikets. -Kerosakan gigi.

-Penyakit kalsium terbentuk tulang dalam pinggang diluar khasnya buah

Besi

Hati, telur, sayur- -Membina sayuran dalam sel

hemoglobin

-Keletihan -Anemia

-cirit- birit -kejang perut

\
20

Garam Mineral

Sumber

Fungsi

Kesan Kekurangan

Kesan kelebihan

Iodin

Makanan laut seperti udang, ketam, ikan rumpai laut dan susu.

-Membina hormon tiroksina Yang mengawal pertumbuhan

Goiter.

-sakit kepala -sesak nafas

Natrium

Garam biasa.

-Memelihara kesihatan system saraf dan otot. -Menentukan tekanan osmosis darah.

-Kekejangan otot.

-Dikumuhkan

Air Jumlah air yang diperlukan oleh tubuh badan setiap hari berubah mengikut keadaan persekitaran dan kegiatan seseorang individu itu. Individu yang aktif dan tinggal di kawasan yang beriklim panas memerlukan lebih banyak jumlah air untuk memperseimbangkan jumlah air yang hilang dari tubuh badan melalui perpeluhan, pernafasan, air kencing dan najis. Purata pengambilan air bagi setiap individu yang aktif adalah 1-2 liter air setiap hari. 70% daripada berat badan manusia adalah berat air.

21

Sumber Air

1. Air dibekalkan kepada tubuh badan adalah dalam bentuk cecair yang diminum. 2. Semua makanan mengandungi air. Terdapat makanan yang mengandungi 90% air seperti buahbuahan dan sayuran.

Fungsi Air.

1. Bertindak sebagai pelarut. 2. Membantu system pencernaan. 3. Sebagai pengangkut bahan makanan yang telah dicernakan dari usus ke bahagian lain dalam badan. 4.Merupakan bahan yang menetapkan suhu badan dengan mengeluarkan lebihan haba melalui peluh.

Kesan Kekurangan Air.

1. Berat badan menurun. 2. Cepat letih dan lesu. 3. Kulit menjadi lebam 4. Proses pencernaan terganggu dan mengakibatkan sembelit.

22

RUMUSAN

Pemakanan sihat adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian kita, dan pada masa yang sama, ia mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan. Ia meliputi untuk kita membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.

Makanan yang berlainan membekalkan kombinasi tenaga (kalori) dan nutrien (seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan gentian) yang berbeza. Memakan pelbagai jenis makanan adalah cara yang terbaik untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien anda untuk membesar, berkembang, bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan belajar.

Terdapat lima jenis nutrien utama iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral. Selain nutrien, air dan pelawas juga memainkan peranan penting terhadap tubuh

manusia. Nutrien atau zat-zat yang didapati daripada makanan mempengaruhi fungsi otak dan juga kecerdasan otak seseorang. Dalam erti kata lain, otak kita membangun dan boleh berfungsi dengan menggunakan sumber-sumber protein, asid amino, lemak, karbohidrat,vitamin dan garam galian yang diperolehi daripada makanan yang dimakan. Kelebihan dan kekurangan pengambilan sesuatu nutrein boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami penyakit. Oleh itu manusia perlu mengambil diet yang seimbang untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum.

23

BIBLIOGRAFI

Mohd Hanim rajikin dan rakan-rakan. 2000. Makanan dan kesihatan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuala Lumpur.

Mohd Hanim rajikin dan rakan-rakan. 2000. Pemakanan bermulanya Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

kesihatan.

Kuala

Nawalyah Abdul Ghani, Zamaliah Mohd Marjan (2007). Modul Diet Seimbang. Selangor. : Universiti Putra Malaysia.

Phuah Kooi Ean. 2003. Pemakanan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prof.Dr.Ansary Ahmad , Prof.Dr.Mansor Fadzil, prof.Dr.John Arul Philip (2007), HBLS1203 Perniagaan, Keusahawanan dan Teknologi Lumpur : Open University Malaysia Rumah Tangga, Kuala

Wong Siew Foong dan rakan-rakan. 2002. Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4. Kuala Lumpur . Zeti Enterprise

Laman Web www.ring.com/health/food/food.htm www.moh.gov.my/fqc/index.htm www.myhealth.gov.my www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/ www.nutriweb.org.my http://www.nutrition.moh.gov.my/pdf/Panduan%20Pemakanan/DIET_SEIMBANG_EDIS I2_2007.PDF

24

You might also like