You are on page 1of 3

KAEDAH AL-HAMZ / HAMZAH Penulisan Hamzah di dalam Rasm Uthmani terbahagi kepada dua bahagian 1. Hamzah Wasal 2.

Hamzah Qatho Hamzah Wasal Cara mengenal hamzah wasal di dalam Mashaf Rasm Uthmani ialah diletak di atas huruf alif kepada sod yang kecil.Hamzah wasal kekal bunyinya (sebutannya) ketika dimula dengannya dan dia gugur (hilang) ketika disambung dengan kalimah sebelumnya.Hamzah ini berada di awal kalimah sahaja. Contohnya . Hamzah Qatho Cara mengenal hamzah Qatho di dalam mashaf Rasm Uthmani ialah ditulis atau diletak di atas alif, wau dan ya huruf hamzah yang kecil.Hamzah qatho kekal sebutannya sama ada ketika dimula dengannya juga ketika disambung dengan kalimah sebelumnya.Hamzah qatho berada pada awal tengah dan akhir kalimah. Contohnya Pembahagian Hamzah Wasal 1. Hamzah wasal ditulis dengan alif dan di atas alif diletak tanda hamzah wasal ( ) iaitu kepala huruf sod sebagai gambaran kepada hamzah wasal. Contohnya 2. Hamzah wasal dibuang atau dihazaf gambarannya pada lima keadaan: a) Hamzah wasal pada faul kalimah yang terletak di antara huruf wau ataupun fa dengan hamzah. Contohnya; Asal ditukar kepada b) Hamzah wasal terletak pada Fiil Amar sebelumnya juga terdapat huruf wau dan fa. Asal ditukar kepada c) Hamzah wasal terletak pada Lam At-Takrif sebelumnya terdapat huruf Lam Ibtida atau Lam huruf Jarr.Contohnya Asal ditukar kepada d) Hamzah wasal yang terletak pada Fiil sebelumnya terdapat hamzah istifham.Contohnya Asal ditukar kepada e) Hamzah wasal yang terletak pada lafaz Isim Majrur dengan ba yang disandarkan kepada Lafzl Jalallah.Contohnya Asal ditukar kepada

Pembahagian Hamzah Qatho 1. Hamzah yang ditulis mengikut harakat ( baris ) dan surah ( gambaran ) sebelumnya.Contohnya 2. Hamzah bersendirian sebelumnya terdapat huruf yang sakinah. Contohnya

3. Hamzah yang bertanda sukun terletak pada pertengahan kalimah atau akhir kalimah terdapat di dalam beberapa keadaan. a) Hamzah selepas Fathah ( baris di atas ) ditulis dengan hamzah dan alif. Contohnya b) Hamzah selepas Kasrah ( dibaris bawah ) ditulis dengan hamzah dan ya. Contohnya

6. KAEDAH MA FIH QIRA ATAANI Sekiranya terdapat sesuatu kalimah yang mengandungi dua atau beberapa wajah qiraat, kalimah itu ditulis dengan salah satu dari wajah-wajah qiraat tersebut.Kaedah penulisan kalimah-kalimah tersebut boleh dibahagikan kepada tiga bahagian: 1. Bertepatan tulisannya dengan dua wajah qiraat. Terdapat beberapa kalimah yang ditulis dengan hadhaf huruf Alif, bacaannya bertepatan dengan dua wajah qiraat sama ada dengan Alif panjang atau tanpa Alif yakni pendek.Contohnya: a) Kalimah ) ) boleh dibaca dengan panjang atau pendek pada huruf fa b) Kalimah ) ) boleh dibaca panjang atau pendek pada huruf Mim dan kalimah seumpamanya.

2. Ditulis mengikut salah satu dari dua wajah qiraat. Apabila terdapat dua wajah qiraat pada sesuatu kalimah, ianya ditulis dengan menggunakan salah satu wajah yang lebih masyhur.Contohnya: a) Kalimah ) ) ditulis dengan huruf sad walaupun terdapat qiraat yang membaca dengan huruf sin dan huruf zay yang diisymamkan.Ini kerana bacaan sad lebih masyhur dan banyak digunakan dalam qiraat-qiraat mutawatirah jika dibandingkan dengan bacaan lain. 3. Berlaku penambahan disebabkan wajah qiraat yang berbeza. Terdapat beberapa perbezaan qiraat yang melibatkan penambahan sesuatu huruf atau kalimah.Ini menyebabkan kaedah tulisan yang digunakan bagi qiraat tersebut tidak sesuai bagi qiraat yang lain.Dengan itu, ianya ditulis pada sebahagian mashaf dengan satu kaedah dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain.Contohnya ditulis sedemikian pada sebahagian mashaf, dan mashaf lain pula ada penambahan kalimah menjadi .

Al-Quran pada permulaan penurunannya yang diturunkan kepada nabi Muhammad tidak sebagaimana yang kita tatapi hari ini berkulit, berbaris, bertitik dan sebagainya.Masa dan waktu terus berjalan, semakin hari semakin ramai dikalangan sahabat yang menghafaz al-Quran meninggal gugur syahid.Islam semakin rancak tersebar di serata dunia menyebabkan berlakunya percampuran bahasa hasil daripada perkahwinan bangsa arab dengan bukan arab menyebabkan berlakunya kecelaruan dalam membaca dan memahami al-Quran.Demi kemaslahatan umat generasi yang akan datang, satu inisiatif telah diambil untuk kemaslahatan umat generasi akan datang dengan

memperkenalkan dhabtul Quran. Al-Dabt pada bahasa bermaksud menjaga sesuatu manakala pada istilah ianya bermaksud satu disiplin ilmu yang membincangkan simbol-simbol yang diciptakan oleh ulama untuk membantu dan mengawasi bacaan dan menjaga ketulinan kalimah-kalimah al-Quran.

You might also like