Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
2Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Karangan

Karangan

Ratings: (0)|Views: 354|Likes:
Published by ainaa mardhiyah

More info:

Published by: ainaa mardhiyah on Jul 02, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

11/12/2012

pdf

text

original

 
 
SOALAN: “Anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya”.
 Jelaskan pendapat anda tentang ungkapan di atas.
Anak merupakan kurniaan Ilahi yang paling berharga. Kehadiran setiap anak dalam keluargalazimnya mewarnai kehidupan berumah tangga kerana
cahaya mata
merupakan harapan ibubapa yang utama. Walau bagaimanapun, ibu bapa harus sedar bahawa anak ibarat kain putih,ibu bapalah yang harus mencorakkannya. Ungkapan ini memainkan peranan yang pentingdalam menjalankan tanggungjawab keibubapaan. Oleh sebab itu, ibu bapa haruslah memikultanggungjawab untuk membina generasi baharu yang lebih berkualiti sebagai pemimpin masadepan negara kerana
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
 Ibu bapa mestilah menjaga anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang
bagai menatangminyak yang penuh
. Hal ini dikatakan penting kerana kasih sayang yang dicurahkan oleh ibubapa mampu menyedarkan anak-anak tentang betapa pentingnya institusi kekeluargaan demimembina masyarakat yang berkualiti. Mengikut kajian yang dijalankan, lebih 60 peratus anak muda yang terlibat dalam gejala sosial terdiri daripada golongan yang kehausan kasih sayangibu bapa. Oleh sebab itu, anak-anak harus disayangi dan dijaga dengan baik supaya merekamudah berasa bersalah dan akan berfikir demi ibu bapa sebelum melakukan perbuatan yangburuk yang mampu
menconteng arang di muka
ibu bapa.Selain itu, ibu bapa turut memainkan peranan penting untuk memberikan pendidikan kepadaanak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan yang berkualiti dapat menjaminmasa depan anak-anak. Pada kebiasaannya, ibu bapa mula menghantar anak-anak ke tadikasejak umur mereka tiga tahun lagi. Ibu bapa sedar bahawa
melentur buluh biarlah darirebungnya
. Dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki apabila masuk ke
menara gading
, anak-anak dapat menjaga ibu bapa dan menjamin masa depan mereka. Oleh itu, ibu bapa haruslahmementingkan pelajaran anak-anak mereka.Lain daripada itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting sebagai suri teladan kepadaanak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana
bapa borek anak rintik
. Ibu bapa haruslahmenunjukkan sikap yang bermoral di hadapan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa tidak wajar berbahasa kesat mahupun merokok di hadapan anak mereka. Secara tidak langsung,anak-anak akan terdidik untuk mendisiplinkan diri kerana datang daripada keluarga yang baik dan yang mementingkan disiplin kerana
kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadipulau
.Para ibu bapa juga harus sedar bahawa mereka perlu menjadi tempat anak-anak bergantunghidup. Oleh sebab itu, ibu bapa harus bekerja keras memberikan kehidupan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Sebagai contoh, segala keperluan dan kelengkapan belajarharuslah disediakan oleh ibu bapa. Dengan berbuat demikian, ibu bapa sudah pun memenuhikomitmen mereka sebagai pendorong dan penggalak anak-anak mereka untuk menimba ilmu.Saya yakin bahawa anak-anak akan berusaha untuk berjaya dalam bidang akademik dankokurikulum demi tidak menghampakan ibu bapa mereka sekali gus tidak menjadi
sepertikacang lupakan kulitnya
.Ilmu agama merupakan salah satu ajaran yang perlu disalurkan oleh ibu bapa ke dalamsanubari anak-anak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana pegangan agama yang kuatdalam diri seseorang anak akan memperteguh keimanan mereka untuk menghadapi dugaanhidup. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama dan moral
 
kepada anak-anak mereka supaya anak-anak tahu membezakan
yang mana batu, yang manapermata
. Secara tidak langsung, mereka tidak akan menjerumuskan diri dalam kancah jenayah kerana sedar bahawa
manusia punya asa, Tuhan punya kuasa
. Dengan ini,masalah sosial dan jenayah dalam masyarakat kita akan berkurangan kerana ibu bapa telahmenjadi pembimbing dan menunjukkan jalan hidup yang betul kepada anak-anak.Konklusinya, ibu bapa haruslah memerhatikan gerak-geri anak mereka sejak kecil lagi. Sayayakin bahawa tiada seorang pun ibu bapa yang mahu melihat anak mereka tergelincir daripadalandasan hidup yang betul. Oleh sebab itu, para ibu bapa haruslah digalakkan menyertaibengkel keibubapaan dan kursus yang berkaitan dengan tanggungjawab ibu bapa mencorak anak-anak menjadi modal insan yang mulia demi masa depan anak-anak mereka. Denganperkataan lain, segala tindakan ibu bapa terhadap anak mereka bakal memberikan impak yangbesar dalam kehidupan anak mereka. Demikianlah kebenaran ungkapan
anak ibarat kainputih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya
.
 
Para remaja sering menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan mereka.Sebagai remaja cadangkan strategi untuk menangani masalah remaja.
 Kehidupan zaman remaja merupakan suatu zaman yang penuh dugaan hidup yang mencabar.Kewujudan cabaran ini menyebabkan banyak remaja menganggap kehidupan mereka tidak begitu penting lalu memudahkan mereka terjebak dalam pelbagai kancah gejala sosial yangmampu menjejaskan imej dan maruah diri remaja itu sendiri. Situasi ini seolah-olah memberisatu persepsi umum bahawa kemelut yang melanda remaja itu tidak boleh diselesaikandengan begitu mudah. Namun, ada pelbagai strategi yang mampu dilaksanakan oleh pelbagaipihak untuk menangani pelbagai cabaran yang melanda kehidupan harian remaja itu.Antara strategi awal ialah remaja harus disedarkan bahawa kehidupan mereka itu mempunyaimatlamat atau tujuan yang tertentu. Kesedaran ini boleh ditimbulkan melalui pelbagai kempenkesedaran yang boleh dilakukan oleh pihak media massa menerusi filem atau iklan yang pastiditonton oleh jutaan remaja kita. Setiap remaja yang menyedari bahawa kehidupan merekamempunyai matlamat yang lebih besar selain daripada diri sendiri pasti akan mampu untuk menangani sebarang cabaran yang timbul dalam hidup mereka kerana sedar diri merekamampu melakukan perubahan dalam kehidupan orang lain dan negara ini. Maka, remaja harusterlebih dahulu disedarkan tentang kepentingan memiliki matlamat hidup yang lebih jelas dannyata.Manakala strategi kedua ialah pihak sekolah harus mampu memberikan perkhidmatankaunseling kepada mana-mana remaja yang bermasalah dengan efektif. Perkhidmatankaunseling ini hendaklah dilakukan dengan sistematik dan diseliakan oleh guru-guru yangberpengalaman serta memiliki kemahiran yang cukup dalam aspek memberi nasihat yangpositif kepada remaja kelak. Guru kaunseling bakal menjadi barisan awal untuk mengesanremaja yang bermasalah lalu segera membuat perubahan yang mampu membawa remajaterbabit ke pangkal jalan dengan segera. Sesungguhnya, khidmat kaunseling oleh pihak sekolah menjadi satu senjata pelindung yang paling praktikal dalam menangani cabaran hidupremaja kerana mereka menghabiskan masa yang lama di sekolah.Selain itu, remaja yang sedang menghadapi cabaran hidup mampu menanganinya dengankembali kepada ajaran keagamaan mereka. Semua ajaran agama di dunia ini cuba membawapenganutnya supaya menggunakan kaedah keagamaan untuk menjalani kehidupan di duniadengan lebih baik selain mampu menyelesaikan masalah kehidupan mereka dengan lebihpositif dan rasional. Benteng agama menjadi kriteria penting yang harus dimiliki dalam jiwaremaja terutama yang bermasalah kerana agama memberikan seseorang itu satu peganganatau kepercayaan bahawa diri mereka mampu mengharungi badai kehidupan yang sedangmelanda mereka itu. Jelaslah, semakin tebal kefahaman agama dalam diri remaja semakinbesarlah peluang remaja itu untuk mampu menangkis sebarang cabaran kehidupan yangtimbul dalam hidup mereka.Pada masa yang sama ahli masyarakat umum turut berperanan untuk menegur atau membanturemaja yang sedang menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka. Kalau kita lihat kini

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->