You are on page 1of 32

Teori Kepimpinan Lama Satu Tinjauan

Teori tingkahlaku, gaya dan kontijensi jarang mengetengahkan idea bahawa pengikut boleh diberi peranan melaksanakan kepimpinan bersama.

Lazimnya, dipercayai pengikut hanya memerlukan galakan setakat untuk menyudahkan tugas atau pencapaian

matlamat tertentu, tetapi tidak untuk melonjakkan tahap potensi dan keinginan kecemerlangan pengikut.
1

Kepimpinan Transformasional

Proses perhubungan antara pemimpin dengan anggota dalam sesebuah organisasi yang bersama sama menaikkan tahap moral dan motivasi (Burns, 1978). Pemimpin berusaha meningkatkan potensi dan tahap pencapaian pengikut di paras yang lebih tinggi (Maslow self-actualization). 2

Kepimpinan Transformasional

Ini dilakukan dengan meningkatkan keupayaan pengikut melalui pengetahuan, Kemahiran Semangat dan nilai positif Etika kerja 3 Kerja berpasukan yang lebih berkesan

KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL Vs KEPIMPINAN TRANSAKSIONAL


Analisis kepimpinan telah mengenal pasti dua istilah kepimpinan iaitu 'transaksional' dan transformasional. Menurut Burns (1978)

Pemimpin transaksional
kepimpinan yang biasa diamalkan oleh pemimpin Teori pengukuhan sebagai asas fokus kepada keperluan asas dan ganjaran ekstrinsik

Menurut Avolio and Bass (1988)

Hubungan majikan dengan pekerja umpama kontrak pertukaran. Ganjaran diberi untuk kerja atau sokongan.

Ganjaran bersifat kontinjen. Ganjaran diberi selepas tercapai matlamat dan objektif. Kadar/ jenis ganjaran di ukur mengikut produktiviti. Ekspektasi produktiviti dijelaskan dari awal.
5

Menurut Avolio and Bass (1988) Ganjaran atau insentif boleh berbentuk seperti keselamatan kerja (job security), keadilan penilaian,cuti tambahan, biasiswa untuk anak

Pengurusan berdasarkan pengecualian (management-byexception) Pemimpin hanya akan campurtangan & membaiki cara kerja sekiranya matlamat tidak mencapai, atau berlaku penyelewengan Lazimnya teguran/intervensi ini bersifat negatif
6 kepimpinan ini bersifat lebih tradisional dan berhierarki

Pemimpin transformasional
Menurut Leithwood ( 1998 ) Tranformational Leadership is a form of consensual or facilitative power that is manifested through other people instead of over other people

Menurutnya, pemimpin yang mengamalkan Kepimpinan Transformasional mahu kakitangannya : menyatakan sikap dan keperluan untuk berubah mewujudkan visi baru dan memberi komitmen terhadap visi tersebut memberi tumpuan terhadap matlamat jangka panjang mengembangkan minat atau kecenderungan masing masing untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi menerima tanggungjawab lebih berat bagi kemajuan diri mereka sendiri

Pemimpin transformasional
Mengenal pasti keperluan pengikut dan cuba meningkatkan keperluan itu ke peringkat motivasi dan kematangan yang lebih tinggi dan pada masa yang sama cuba memenuhi keperluan potensi kakitangan.

Penglibatan keseluruhan seperti emosi, intelek dan moral antara pemimpin dan pengikut akan menggalakkan pengikut membentuk keupayaan melebihi kadar biasa. Bentuk kepimpinan ini mengikat pemimpin dan pengikut dalam satu proses perubahan yang kolaboratif yang akan pengaruhi keseluruhan prestasi organisasi dan sekali gus menghasilkan persekitaran yang produktif dan inovatif.

Keunikan Pemimpin Transformasional


Mencapai tahap keberkesanan/pencapaian yang cemerlang di luar jangkaan

Juga dikenali sebagai model kepimpinan added-value


Sama-sama membina dan berkongsi wawasan dengan pengikut Pemimpin dapat mengubah cara pengikut bertindak dan berfikir

Pemimpin mempunyai impak emosional yang positif terhadap pengikut


Pemimpin yang berkarismatik lebih mudah diterima dalam keadaan perubahan yang tidak menentu (uncertain)

Pemimpin Transaksional

Pemimpin Transformasional

Melakukan prosedur dan Menggunakan ganjaran

Membawa perubahan dalam budaya organisasi Pengikut : Tingkatkan motivasi untuk mencapai hasil yang ditentukan ( usaha lebih)

GAYA KEPIMPINAN

Pengikut : Dalam keadaan biasa dan menunjukkan usaha seperti yang diharapkan

Pengikut : Hasilkan prestasi seperti yang dijangkakan

Pengikut : Hasilkan prestasi melampaui jangkaan biasa

Pemimpin transaksi memandu atau mendorong pengikut mereka ke arah matlamat dengan menjelaskan peranan dan tugas.

Pemimpin transformasi pula memberikan perhatian kepada individu bagi menggerakkan secara intelek dan karisma.

Kepimpinan Transaksional - Transformasional Saling Mengukuh

Teori kepimpinan transaksional dan transformasional adalah saling menyokong. Kepimpinan transaksional akan memantapkan sistem kerja secara teratur, sementara kepimpinan transformasional pula akan meningkatkan inovasi, keupayaan,kecekapan, serta komitmen pekerja dengan lebih mendalam

Dimensi Amalan kepimpinan Transformasional

1. Menggalakkan pembentukan wawasan dan matlamat. 2. Membentuk satu struktur pembuatan keputusan secara kolaboratif. 3. Membentuk satu amalan profesion yang baik. 4. Menyediakan bantuan bercorak individu. 5. Menyediakan stimulasi intelek. 6. Menetapkan jangkaan yang tinggi terhadap prestasi.

Empat Tingkahlaku Transformasional (Bass dan Avolio,1993)

Stimulasi intelek (intellectual stimulation): pemimpin menggalakkan pengikut mendekati masalah dengan cara yang baru, menumpu kepada penaakulan dan penyelesaian masalah. Bertimbang rasa secara individu (individualized attention): Pemimpin menjadi mentor dan memberi bimbingan dan sokongan kepada pengikut, dan berkomunikasi secara dua hala.

Karisma (idealized influence):Pemimpin mempertingkat keyakinan diri, emosi, kepercayaan serta semangat dan pada masa yang sama mewujudkan perasaan optimistik di kalangan pengikut

Motivasi inspirasi (inspirational motivation): Pemimpin mengkomunikasikan wawasan, menggunakan simbol untuk memfokuskan usaha subordinat dan mengamalkan tingkah laku yang sesuai sebagai model kepada pengikut

Stimulasi Intelek (Intelectual Stimulation)

Menilai semula andaian-andaian yang kritikal. Mencari perspektif yang berbeza apabila menyelesaikan masalah. Membantu orang lain melihat masalah daripada sudut yang berbeza. Mencadangkan cara baru untuk menyempurnakan tugas. Menggalakkan pemikiran bukan tradisional untuk menangani masalah biasa. Menggalakkan pemikiran semula idea-idea lama.

Pertimbangan Individu (Individualized Attention)

Meluangkan masa untuk membimbing pengikut. Melayan kakitangan sebagai individu bukan sebagai ahli sesuatu kumpulan sahaja. Memberi pertimbangan bahawa individu mempunyai keperluan, keupayaan dan aspirasi yang berbeza. Membantu kakitangan untuk membina kekuatan. Menjadi pendengar yang aktif. Membantu kemajuan diri.

Karisma (Idealized Influence)

Menurut Bass (1984) Karisma mengikat dan mengurung anjakan kuat emosi pengikut-pengikut, melampaui aras kendiri yang biasa, kasih sayang, kekaguman dan kepercayaan. Ahli Sosiologi berbangsa Jerman, Max Weber (1924/1947) Weber melihat Pemimpin Karismatik ini sebagai individu yang mempunyai sifat kendiri yang amat tinggi dan dianugerahkan dengan kualiti-kualiti peribadi yang akan menjadi contoh kepada orang lain.

Sifat sifat pemimpin Tranformasional


Menunjukkan rasa bangga terhadap orang lain. Bertindak melampaui kepentingan peribadi. Bertingkah laku untuk mendapatkan penghormatan daripada orang lain. Mempamerkan kuasa dan keyakinan diri.

Membuat pengorbanan peribadi. Meyakinkan orang lain bahawa semua halangan boleh diatasi. Membicarakan nilai dan kepercayaan yang utama. Mengkhususkan kepentingan untuk mempunyai wawasan yang kukuh. Mempertimbangkan kesan moral / etika sesuatu tindakan. Suka menerokai peluang-peluang baru. Bercakap mengenai kepentingan untuk mempercayai orang lain.

Motivasi Berinspirasi (Inspirational Motivation)


Bercakap secara optimis tentang masa depan.

Bercakap dengan penuh semangat mengenai apa yang perlu disempurnakan. Membentuk wawasan masa depan yang lebih baik. Meyakinkan kakitangan bahawa matlamat organisasi memang boleh dicapai. Menyediakan imej organisasi yang menyeronokkan. Berpendirian teguh terhadap isu-isu yang kontroversi

Prinsip-prinsip Kepimpinan Transformasional

Kepimpinan transformasional merujuk kepada tujuh prinsip untuk menciptakan kepimpinan transformasional yang dapat dijana sebagaimana di bawah ini (Erik Rees : 2001) :

Siap Sedia

Mobiliti

1.Simplifikasi

Kepimpinan bermula dengan sebuah visi yang akan menjadi cermin dan hala tuju bersama. Kemampuan mengungkapkan visi secara jelas, praktis dan soalan Kemana kita akan melangkah? menjadi hal pertama yang penting untuk kita implementasikan.

2.Motivasi

Kemampuan untuk mendapatkan komitmen dari setiap orang yg terlibat terhadap visi. Pemimpin transformasional dapat mencipta suatu kekuatan di dalam organisasi, untuk mengoptimumkan, memberi motivasi kepada setiap pengikutnya.

Kemampuan pemimpin untuk memfasilitasi secara efektif pembelajaran yang terjadi di dalam organisasi secara kelompok ataupun individu.

Pemimpin menjadi fasilitator dalam segala aspek bagi mewujudkan suasana kerja yang difahami oleh pengikut.

3.Fasilitasi

4.Inovasi

Kemampuan pemimpin secara berani dan bertanggungjawab melakukan suatu perubahan apabila diperlukan. Mewujudkan perubahan yang membina dan seharusnya pula tidak takut akan perubahan tersebut. Pemimpin transformasional harus membina inovasi tanpa mewujudkan rasa takut dan tidak puashati di kalangan pengikut.

5.Mobiliti

Pengerahan semua sumber daya yang ada untuk melengkapi dan memperkuat setiap orang yang terlibat dalam organisasi dalam mencapai visi dan objektif. Pemimpin transformasional akan selalu mengupayakan pengikut yang penuh dengan tanggungjawab.

Kemampuan untuk sentiasa dan selalu sedia untuk belajar dari kesilapan dan menerima perubahan yang membina dan positif. 6. Siap Sedia

7. Tekad

Azam yang kuat untuk mencapai sesuatu keinginan dan objektif. Menyelesaikan sesuatu masalah dengan bersungguh sungguh.

Cabaran Kepimpinan Transformational Dalam Organisasi Sekolah


Idea perubahan kepimpinan sekolah daripada Kepimpinan Instructional kepada Kepimpinan Transformational (Leithwood, 1992,1994) telah diutarakan. Di antara cabaran-cabaran tersebut adalah: 1) Ketidakpastian agak yang ketara tentang cara dan hasil dalam bidang pendidikan (educational mean and end) 2) Perhatian bukan hanya diperlukan untuk melakukan perubahan teknologi di sekolah tetapi juga kepada merekabentuk semula organisasi sekolah yang akan menyokong perubahan-perubahan tersebut

3) Tumpuan harus diberikan kepada komponen pedagogi sekolah menengah yang lebih kompleks
4) Wujudnya keinginan untuk menjadikan bidang pendidikan sebagai bidang yang profesional.

Pengamalan 6 Strategi Pengetua Kepimpinan Transformational di sekolah


Pengetua- pengetua yang mengamalkan Kepimpinan

Transformational di sekolah, mempraktikkan enam strategi


untuk mempengaruhi budaya sekolah mereka : Memperkukuhkan budaya sekolah Penggunaan mekanisma birokratik Perkembangan staf

Komunikasi yang kerap dan secara terus


Perkongsian kuasa dan tanggung-jawab Penggunaan simbol dan pujian atau kata-kata penghargaan

Kepimpinan Transformasi boleh dilakukan di sekolah dengan cara berikut:


a. Menggalakkkan guru-guru berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah. b. Mengharapkan guru-guru memahami misi dan visi

sekolah yang hendak dicapai.


c. Mengharapkan guru-guru bekerja sebagai satu pasukan. d. Menghargai jasa dan peranan guru dalam bilik darjah

dan luar bilik darjah.


e. Pengetua selalu memberi kepercayaan kepada guru-guru untuk membantu kerja- kerja yang dianggap mencabar.

RUMUSAN KESEMUA TEORI KEPIMPINAN


Kepimpinan transformasional: Pemimpin meningkatkan keupayaan pengikut melalui inspirasi, intelek, keperluan individu, pengaruh idealist Kepimpinan situasi: Pemimpin mengaplikasikan gaya kepimpinan berdasarkan keadaan situasi, serta tahap kebolehan dan motivasi pengikut Personaliti kepimpinan: Pemimpin terpilih berdasarkan ciri-ciri tertentu Kepimpinan transaksional: Pemimpin berperanan menjelaskan matlamat, menyediakan sistem kerja, dan insentif

Kepimpinan tingkahlaku: Pemimpin bertingkahlaku secara demokratik, bertimbangrasa, mengutamakan struktur, atau mengutamakan produktiviti

Perbincangan tentang kepimpimpinan transformasional dapat dirumuskan melalui sepuluh kenyataan berikut: 1. Pemimpin mempunyai nilai dan etika yang tinggi. 2. Pemimpin menyatakan kecenderungan terhadap pengikut secara ikhlas. 3. Pemimpin mempunyai wawasan yang berinspirasi. 4. Sifat percaya mempercayai yang ikhlas wujud antara pemimpin dengan pengikut. 5. Pengikut berkongsi dan menghayati nilai dan wawasan pemimpin. 6. Pemimpin dan pengikut melaksanakan tugas melebihi kepentingan peribadi. 7. Membuat keputusan secara bersama menjadi amalan. 8. Berfikir dan bertindak secara kreatif dan inovasi menjadi keutamaan. 9. Pemimpin dan kakitangan sentiasa melakukan perkara yang betul. 10. Pemimpin menjadi mentor kepada pengikut.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like