Professional Documents
Culture Documents
Pendekatan humanistik Implikasi Teori-Teori Pembelajaran Terhadap Pengajaran-Pembelajaran Implikasi Teori-Teori Pembelajaran Terhadap Pengajaran-Pembelajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Pendekatan Humanistik
Pendekatan humanistik melihat pelajar sebagai insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang. Matlamat: Menyediakan asas kepada perkembangan personal supaya pembelajaran sepanjang hayat berbentuk arahan kendiri dapat berlaku (DeCarvalho, 1991). Situasi pembelajaran, hubungan dan penerimaan guru dan rakan-rakan merupakan faktor penting dalam menghadapi pembelajaran.
7/2/12
7/2/12
4 Perasaan adalah sama penting dengan fakta. 5 Pelajar belajar lebih baik dalam persekitaran yang tidak mengancam seperti selamat secara fizikal, emosional, psikologikal serta nyaman.
7/2/12
7/2/12
Menurut Rogers, seorang insan yang sempurna memiliki kualiti berikut: Berfikiran terbuka terhadap pengalaman dunia. Dapat membuat tanggapan yang betul tentang pengalamannya. Menerima hidup seadanya. Mengutamakan perkara yang ada pada hari ini, bukan semalam dan esok. Mempercayai pemikiran dan perasaan sendiri sebagai sesuatu yang tepat. Menghargai kebebasan diri dan bertanggungjawab ke atas tindakan sendiri. Kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial serta menyumbang khidmat kepada masyarakat mengikut kemahiran masing-masing.
7/2/12
Pembelajaran
7/2/12
Menurut Rogers, pembelajaran pengalaman: Mengambil kira keperluan dan kehendak pelajar. Melibatkan perkembangan personal, motivasi, daya usaha, penilaian kendiri dan mempunyai kesan jangka panjang. Merupakan belajar melalui proses membuat. Mengutamakan pelajar terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran: merancang, membuat, menganalisis, merumus dan membuat keputusan.
7/2/12
Dalam pembelajaran, Rogers memberikan penekanan kepada hubungan personal antara guru sebagai fasilitator dengan pelajar. Teori humanisme mengutamakan pembelajaran berpusatkan pelajar dan penerimaan tanpa syarat. Prinsip umum yang dikemukan oleh Rogers:
Kita tidak boleh mengajar seseorang secara langsung, tetapi kita hanya dapat membimbing pembelajarannya. Struktur dan organisasi diri seseorang menjadi lebih rigid jika dia merasakan dirinya terancam. Dia akan menjadi tenang jika tiada ancaman.
Oleh itu, pembelajaran berkesan akan terhasil jika pelajar berasa tenang dan bebas daripada ancaman serta perbezaan individu atau pengalaman pelajar diambil kira dalam menentukan tahap layanan yang sewajarnya .
7/2/12
7/2/12
Menurut Abraham Maslow (1943), keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, belajar perkara baru, memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Maslow membahagikan keperluan manusia kepada dua bahagian , iaitu keperluan kekurangan (deficiency needs) dan keperluan perkembangan (being / growth needs) Keperluan kekurangan perlu dipenuhi peringkat demi peringkat sebelum manusia berusaha untuk memenuhi keperluan perkembangan. Sekiranya keperluan kekurangan masih belum dipenuhi, keperluan perkembangan tidak akan bermakna.
7/2/12
Keperluan Fisiologi merupakan keperluan yang paling asas sekali yang hendak dipenuhi terlebih dahulu.
Contohnya, kita akan berasa kurang selesa kerana lapar dan tiada makanan. Aras kedua ialah keselamatan dan perlindungan.
Contohnya, kita akan pastikan rumah kita selamat daripada bahaya, pencerobohan DSB. 7/2/12
Apabila keperluan kekurangan telah dipenuhi, seseorang tidak akan lagi bermotivasi untuk memenuhinya, tetapi akan bergerak ke arah hierarki yang lebih tinggi. Seterusnya bergerak ke keperluan perkembangan. Seseorang tidak akan jemu dan akan terus berusaha untuk mengembangkan lagi minat dan kecenderungannya dalam akademik atau seni estetik yang dicapainya. Aras kemuncak ialah penyempurnaan kendiri, iaitu mencapai potensi yang menyeluruh.
7/2/12
Implikasi teori-teori pembelajaran terhadap Click to edit Master subtitle style pengajaran-pembelajaran
1. 2. 3. 1.
Teori behaviorisme Teori kognitif dan konstruktivis Teori pembelajaran sosial Teori pembelajaran humanisme
7/2/12
Guru hendaklah menetapkan matlamat yang spesifik. Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas, yang realistik dan boleh dicapai. Guru juga hendaklah menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran. Objektif hendaklah khusus. Satu objek bagi satu langkah kecil. Buat analisis tugasan. Pecahkan tugasan pembelajaran kepada langkah-langkah kecil.
7/2/12
4.
. Satu aktiviti
5.
6.
7.
8.
. Adakan aktiviti
9.
kumpulan.
Guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar. Tugasan autentik yang berasaskan masalah alam nyata, pengalaman berasaskan konteks sebenar, simulasi dan sebagainya boleh dimanfaatkan. Penerangan guru hendaklah jelas, selaras dengan pemikiran dan laras bahasa pelajar. Sertakan contoh yang pelbagai dalam sesi perbincangan untuk membantu murid membuat perkaitan dan membina pemahaman baru. Adakan gerak kerja kumpulan dan perbincangan kumpulan untuk mewujudkan interaksi yang berkualiti. Melalui aktiviti dan perbincangan dalam kumpulan, pelajar dapat berkongsi idea, mendapat yang lebih jelas dan meluahkan buah fikiran.
7/2/12
Puji pelajar yang bertulisan kemas, paparkan hasilan tulisan dan jadikan dia ketua kumpulan. Pelajar lain akan bermotivasi untuk mengikuti perlakuannya. Cth: tukang kebun tunjuk cara betul membuat cantuman 7/2/12 tunas. Guru sediakan model simbolik-langkah kerja.
4. Pastikan setiap pelajar dapat melihat model dengan jelas. Tegaskan perlakuan yang hendak ditiru dan dikukuhkan. 5. Ulang dan tegaskan langkah yang penting. Beritahu sebab atau kewajarannya. 6. Paparkan hasil kerja terbaik untuk membolehkan pelajar berkenaan terus berusaha dan merangsang pelajar lain berusaha sebagaimana pelajar berkenaan. Akan timbul keinginan pelajar lain untuk hasil karya dipaparkan.
7/2/12
Pelajar menentukan aktiviti pembelajaran dan bahan yang ingin dipelajari bagi meningkatkan motivasi belajar. Aktiviti / program pemulihan bagi pelajar yang lemah dapat membentuk konsep kendiri yang positif. Motivasi guru dan murid berada pada tahap tinggi. Hubungan guru murid berbentuk mesra. Guru menerima murid tanpa syarat.
7/2/12
Aplikasi Aplikasi
7/2/12
7/2/12
7/2/12
Rumusan
Secara kesimpulannya, pendekatan humanistik berfokuskan kepada unsur-unsur minat dan keperluan asas manusia. Carl Rogers terkenal dengan pembelajaran eksperiential di mana suasana pembelajaran yang kondusif akan membawa kepada perubahan dan pertumbuhan kendiri murid-murid. Abraham Maslow telah mengutarakan hierarki keperluan yang mengatur keperluan manusia mengikut satu hierarki bermula dengan keperluan fisiologi, diikuti dengan keselamatan, kasih sayang, harga diri dan penyempurnaan kendiri. Keprihatinan guru akan memastikan supaya kebajikan dan kepentingan murid-murid sentiasa terpelihara.
7/2/12