You are on page 1of 14

Kelapa Emas

Pada suatu hari Pak Pandir telah mendengar cerita mengenai sebuah negeri yang kaya raya. Nama negeri tersebut ialah negeri Kelapa Emas. Semua rakyat yang tinggal di negeri tersebut terdiri daripada penduduk yang kaya raya. Hidup mereka sentiasa mewah dan gembira. Pak Pandir membuat keputusan untuk pergi ke negeri Kelapa Emas. Tujuan Pak Pandir adalah semata-mata untuk turut mencari harta kekayaan yang terdapat di negeri tersebut. Pak Pandir bercadang untuk membawa harta kekayaan itu pulang ke kampungnya. Pada suatu hari Pak Pandir pun memanggil isterinya. "Mak Andir, aku ada terdengar tentang sebuah negeri yang kaya raya. Aku bercadang untuk mencari harta kekayaan yang ada di negeri tersebut dan membawanya pulang," kata Pak Pandir kepada isterinya. Mak Andir bersetuju dengan hasrat Pak Pandir itu.

Setelah bersiap-siap maka berangkatlah Pak Pandir meninggalkan kampung halamannya. Sebenarnya Mak Andir sangat sedih berpisah dengan suaminya itu. Tetapi mengenangkan hidup mereka yang miskin maka Mak Andir membenarkan pemergian suaminya itu. Pak Pandir pergi ke negeri Kelapa Emas dengan menaiki sebuah perahu. Di dalam perjalanan Pak Pandir menghadapi berbagai-bagai masalah. Oleh kerana terlalu inginkan kekayaan yang terdapat di negeri Kelapa Emas semuanya itu diharungi jua. Setelah tujuh hari enam malam ia belayar maka akhirnya sampailah Pak Pandir di negeri Kelapa Emas. Setibanya di situ Pak Pandir berasa amat terkejut dengan pemandangan yang dilihatnya. Pak Pandir mendapati semua pokok kelapa di negeri Kelapa Emas berbuahkan emas. "Sebab itulah rakyat di negeri ini kaya raya. Ruparupanya pokok-pokok kelapa di sini berbuahkan emas," kata Pak Pandir sendirian. Pak Pandir berasa kagum dengan apa yang dilihatnya itu. Dia lalu menyentuh dan membelai pokok-pokok berbuahkan emas itu.

Ketika Pak Pandir terpegun melihatkan pemandangan yang menakjubkan itu Lalulah seorang lelaki tua. Lelaki tua itu memakai jubah panjang berwarna ungu. Ketika terlihatkan lelaki tua berjubah ungu itu timbullah keinginan di hati Pak Pandir untuk bertanya sesuatu kepadanya. "Wahai orang tua berjubah ungu, bolehkah hamba bertanya sesuatu?" soal Pak Pandir kepada lelaki tua tersebut. "Boleh, silakan," jawab lelaki tua itu. "Bolehkah hamba memetik buah kelapa dari pokokpokok kelapa yang ada di sini," pinta Pak Pandir penuh harapan. Lelaki tua berjubah putih putih itu memandang Pak Pandir. Tidak lama kemudian dia pun berkata," Boleh, tapi dengan satu syarat." "Apakah syaratnya wahai tuan hamba?" soal Pak Pandir gembira. Dia tidak sabar-sabar lagi untuk memetik buah kelapa emas itu. "Tuan hamba hanya boleh memetik buah yang sudah tua sahaja," pesan lelaki tua itu.

"Kenapa pula begitu, tuan hamba?" tanya Pak Pandir hairan. Orang tua itu memandang Pak Pandir sambil berkata, "Yang tua adalah untuk kita manakala yang muda adalah untuk anak-anak dan cucu-cucu kita nanti." Setelah berkata demikian lelaki tua itupun berlalu pergi. Tinggallah Pak Pandir seorang diri tanpa sesiapa pun lagi yang ada di situ. Tanpa menunggu lagi Pak Pandir pun memetik buah emas daripada pokok-pokok kelapa yang telah tua itu. Kerana terlalu tamak, Pak Pandir bukan sahaja memetik daripada pokok yang tua sahaja bahkan pokok yang muda juga. Kesemuanya habis dipetik oleh Pak Pandir. Pak Pandir mengisi kesemua buah kelapa emas itu ke dalam perahu kecilnya. Setelah itu Pak Pandir pun segera belayar pulang. Perahu Pak Pandir terlalu kecil sedangkan muatan di dalam perahu itu terlalu banyak. Muatan di dalam perahu itu terlalu berat. Di dalam perjalanan pulang itu Pak Pandir sentiasa bersorak kegembiraan. Dia bernyanyi riang sambil melompat ke sana-sini.

Akibat terlalu berat dan ditambah pula dengan kelakuan Pak Pandir yang terlompat ke sana-sini, akhirnya perahu kecil Pak Pandir pun karam. Perangai Pak Pandir yang terlalu tamak kerana memetik buah yang masih muda akhirnya mengakibatkan Pak Pandir kerugian kesemuanya.
Anak dipijak dagang dijinjing, Kucing dibunuh tikus dibela, Harta habis badan tergadai, Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelanjang, Mendengar guruh dilangit, Air ditempayan dicurahkan, Mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan dihujung, Pak Pandir juga yang menanggung, Apa didengar gelagak dagang, Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga dia berbunga, Orang berbuah dia haram, Kilat memancar hujan tak jadi, Awak juga kecundangan. Puisi Melayu Tradisional, 1997. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Far East Budi Bahasa


Jul 12th, 2011 Leave a comment | Trackback Budi bahasa bunga peribadi Buahnya pula nilaian murni Diri berjasa serata pertiwi Budaya mulia pada generasi

Laksana pohon tumbuh merimbun Teguh berdiri tahun-bertahun Menjadi tempat unggas berhimpun Bersatu padu di dalam rukun Mulia insan kerana jasanya Bukan disanjung kerana harta Tingkah lakunya sentiasa dijaga Terhindar dari sifat tercela Biarlah hidup serba sederhana Asalkan tidak dipandang hina Tetapkan iman perkasakan jiwa Nilaian Allah hanyalah taqwa Seandainya kita ada kelebihan Hulurkan pada yang memerlukan Nikmat di dunia sekadar pinjaman Amalan mulia kekal berpanjangan Tajuk Nasyid : Budi Bahasa

Seloka Budi

SELOKA BUDI
BEBUDI PADA YANG SUDI MANIS HINGGA KE MATI SUKAR DIGANTI WALAU SEGUNUNG BAIDURI USAH DIHARAP BALASAN ESOK LUSA IA PASTI DATANG PASTINYA DATANG WALAUPUN JAUH BERIBU BATU DI DALAM MIMPI BERTEMU JUA USAH FIKIRKAN DUKA LARA DAN SENGKETA ADA BUDI ADA BAHASA ORANG MEMBERI KITA MERASA SUNGGUHNYA HATI NAK BERCINTA TUTUR KATAMU SUNGGUH MULIA NIAN SUNGGUH BUDIMU SAYANG SENYUM BILA TERPANDANG WALAU SEPI DI DALAM RIASMU KU TERTAWAN AYUH CIK ABANG KITA GEMBIRA KITA MENARI SAMBIL SELOKA TIADA RASA SENGKETA MENYANYI BERSAMA IKUT RENTAK NUSANTARA BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR TUMBUHNYA RENDANG CONDONG KE DESA ORANG TIDAK PANDANG HARTA TETAPI PANDANG BUDI BAHASA BINTANGMU SUNGGUH MENARIK CAHAYANYA SAMPAILAH KE BULAN WAJAH MANIS HATI BAIK ITULAH BUDI DI KENANG ORANG LA LA LA LA LA LA LAGU : ADNAN ABU HASSAN (UNIVERSAL MUSIC PUBLISHING SDN BHD) LIRIK : AZAM DUNGUN (LUNCAI EMAS SDN.BHD.) SUSUNAN MUZIK & PROGRAM : ADNAN ABU HASSAN PERKUSI : ROSLI TAHIR & JAAFAR IDRIS

Budi Bahasa
Agama Islam jadi pegangan, Tersebar luas ke seluruh dunia, Indah lukisan kerana pemandangan, Indah bangsa kerana budaya. Bersama-sama mempertabatkan bangsa, Supaya terkenal diserata dunia, Tolong menolong sesama kita, Amalan mulia berbudi bahasa. Negara Malaysia berbilang bangsa, Sudah dikenali serata dunia, Yang muda hormat pada yang tua, Berbudi bahasa amalan kita. Indah sungguh Negara Malaysia, Ada pelbagai adat dan budaya, Tak kira kaum atau bangsa, Marilah kita amalkan berbudi bahasa

Pantun Budi Bahasa


Dari Daik pulang ke Daik Sehari-hari berkebun pisang Budi baik dibalas baik Dalam hati dikenang orang Tanam lenggun tumbuh kelapa Terbit bunga pucuk mati Budi tuan saya tak lupa Sudah terpaku di dalam hati Tenang-tenang air laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung Kapal belayar dari Arakan Ambil gaji jadi jemudi

Mati ikan kerana umpan Mati saya kerana budi Banyak ubi perkara ubi Ubi keledek ditanam orang Banyak budi perkara budi Budi baik dikenang orang Lipat kain lipat baju Lipat kertas dalam puan Dari air menjadi batu Sedikit tak lupa budi tuan Jentayu burung jentayu Hinggap di balik pokok mayang Bunga kembang akan layu Budi baik bilakan hilang Jika belayar ke tanah Aceh Singgah dulu di kota Deli Jika hendak orang mengasih Hendaklah baik bicara budi Dewa sakti melayang ke Daik Hendak mencari Dewa Jaruga Kalau ada budi yang baik Sampai ke mati orang tak lupa Baik-baik bertanam padi Jangan sampai dimakan rusa Baik-baik termakan budi Jangan sampai badan binasa Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat di Pulau Angsa Indah tampan kerana budi Tinggi darjat kerana bahasa Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik di kenang juga Pergi ke sawah menanam padi Singgah disungai menangkap ikan

Hidup hendaklah bersendikan budi Sifat sombong jangan amalkan Apa guna berkain batik Kalau tidak dengan sucinya? Apa guna beristeri cantik Kalau tidak dengan budinya Bunga melati bunga di darat Bunga seroja di tepi kali Hina besi kerana karat Hina manusia tidak berbudi Pisang emas dibawa belayar Masak sebiji di atas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibayar mati Anak merak Kampung Cina Singgah berhenti kepala titi Emas perak kebesaran dunia Budi bahasa tak dapat dicari Bunga Cina di atas batu Jatuh daunnya ke dalam ruang Adat dunia memang begitu Sebab emas budi terbuang Anak beruk di tepi pantai Pandai melompat pandai berlari Biar buruk kain dipakai Asal hidup pandai berbudi Anak angsa mati lemas Mati lemas di air masin Hilang bahasa kerana emas Hilang budi kerana miskin Yang kurik tu kundi Yang merah saga Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa Limau manis dimakan manis Manis sekali rasa isinya

Dilihat manis dipandang manis Manis sekali hati budinya Cuaca gelap semakin redup Masakan boleh kembali terang Budi bahasa amalan hidup Barulah kekal dihormati orang Tuan Puteri membeli ginseng Singgah di pasar mencari kari Jangan ikut budaya samseng Kelak menyesal di kemudian Dari Daik pulang ke Daik Sehari-hari berkebun pisang Budi baik dibalas baik Dalam hati dikenang orang Tanam lenggun tumbuh kelapa Terbit bunga pucuk mati Budi tuan saya tak lupa Sudah terpaku di dalam hati Tenang-tenang air laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung Kapal belayar dari Arakan Ambil gaji jadi jemudi Mati ikan kerana umpan Mati saya kerana budi Banyak ubi perkara ubi Ubi keledek ditanam orang Banyak budi perkara budi Budi baik dikenang orang Lipat kain lipat baju Lipat kertas dalam puan Dari air menjadi batu Sedikit tak lupa budi tuan Jentayu burung jentayu Hinggap di balik pokok mayang

Bunga kembang akan layu Budi baik bilakan hilang Jika belayar ke tanah Aceh Singgah dulu di kota Deli Jika hendak orang mengasih Hendaklah baik bicara budi Dewa sakti melayang ke Daik Hendak mencari Dewa Jaruga Kalau ada budi yang baik Sampai ke mati orang tak lupa Baik-baik bertanam padi Jangan sampai dimakan rusa Baik-baik termakan budi Jangan sampai badan binasa Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat di Pulau Angsa Indah tampan kerana budi Tinggi darjat kerana bahasa Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik di kenang juga Pergi ke sawah menanam padi Singgah disungai menangkap ikan Hidup hendaklah bersendikan budi Sifat sombong jangan amalkan Apa guna berkain batik Kalau tidak dengan sucinya? Apa guna beristeri cantik Kalau tidak dengan budinya Bunga melati bunga di darat Bunga seroja di tepi kali Hina besi kerana karat Hina manusia tidak berbudi Pisang emas dibawa belayar Masak sebiji di atas peti

Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibayar mati Anak merak Kampung Cina Singgah berhenti kepala titi Emas perak kebesaran dunia Budi bahasa tak dapat dicari Bunga Cina di atas batu Jatuh daunnya ke dalam ruang Adat dunia memang begitu Sebab emas budi terbuang Anak beruk di tepi pantai Pandai melompat pandai berlari Biar buruk kain dipakai Asal hidup pandai berbudi Anak angsa mati lemas Mati lemas di air masin Hilang bahasa kerana emas Hilang budi kerana miskin Yang kurik tu kundi Yang merah saga Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa Limau manis dimakan manis Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Manis sekali hati budinya Cuaca gelap semakin redup Masakan boleh kembali terang Budi bahasa amalan hidup Barulah kekal dihormati orang Tuan Puteri membeli ginseng Singgah di pasar mencari kari Jangan ikut budaya samseng Kelak menyesal di kemudian
Benar kata orang, jika tak kenal maka tak cinta, Kalau dah cinta, ingin pula bertentang mata, Pabila bertentang mata, ingin pula mendengar suara.

You might also like