Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
1Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Syarahan Bm

Syarahan Bm

Ratings: (0)|Views: 252|Likes:
Published by Vasunthi Krishnan

More info:

Published by: Vasunthi Krishnan on Jul 03, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

07/03/2012

pdf

text

original

 
selamat sejahtera.Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakimyang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnyahadirin sekalian.Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk “
MemartabatkanBahasa Melayu
.” Sesuai dengan Slogan
1Malaysia
, kita juga harus menguar-uarkanslogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sesuai dengan statusnyasebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas, bahasa Melayu memang perludiutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula bahasa Melayu juga merupakan bahasayang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus perubahan zaman.Saudara saudari yang dihormati sekalian,Indikator saya yang
pertama
adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil.Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk kesedarantentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedarantersebut perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-anak.Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan jugasejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan
lingua franca
pada zaman keagungan kerajaanMelayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil,seperti kata pepatah, “
 Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya
.” sudah pastihasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila.Hadirin sekalian,Indikator saya yang
kedua
adalah melalui kempen dan peranan media massa. Pihak  berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk memartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu DewanBahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai contohnya, pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awamatau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Media massa turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasaMelayu dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana, media massamemang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalamkalangan masyarakat di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin meluasdigunakan sudah tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia Perkara inidapatlah disamakan seperti kata pepatah, “
 Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini.
 
Rakan-rakan dan hadirin sekalian,Indikator saya yang
ketiga
ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayusebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulahmenguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasaMelayu dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung, pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu ini. Hal ini dibuktikan melalui kenyataan Ketua Pengarah Dewan Bahasadan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaanAkta Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta Pendidikan 1996 bagi memberi kuasa kepadaDBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya yang tidak menggunakan bahasa Melayudalam urusan mereka seperti pengendalian mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat, urusansurat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan bahasa tersebut menyebabkan mereka boleh didakwa danseterusnya didenda. Oleh hal yang demikian, sudah pastilah bahasa Melayu akan dapatdimartabatkan di negara kita.Hadirin sekalian,Indikator saya yang
keempat
ialah memperkasakan peranan pihak penguatkuasa. Pihak  berkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihak penguatkuasaatau pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi peraturan yang telahditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contohnya, pihak penguatkuasa bahasa ini perludiberikan kuasa untuk menyaman, mendenda atau mendakwa pihak yang tidak mengikutundang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu sepertiyang telah diluluskan oleh parlimen. Keadaan ini sudah pasti akan dijadikan sebagai pengajaran dan menakutkan pihak yang tidak mematuhi peraturan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Hal ini sudah tentu akan memberikan impak kepada pihak yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusan seharian.Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah
berganding bahu
untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum.Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akandipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita.Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasaini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan“Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap katadan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.Sekian, terima kasih
 
KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM
Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah melalui pengalaman pahit. Bermula penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggerislagi, pengalaman tersebut tidak mahu diulangi lagi. Teriakan keramat ‘Merdeka’ pada 31Ogos 1957, tidak semudah dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Perpaduankaum amat penting untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara asing. Kitatiada Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atauRentap menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, Dato’Maharajalela membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir Salak, atau Mat Salleh yang gagahmengetuai gerakan menentang Inggeris pada tahun 1884 hingga 1900 di Sabah. Yang kitaada ialah barisan pemimpin negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri NajibTun Abdul Razak. Tanpa kegagahan seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama berlandaskan semangat Malaysia, bak kata peribahasa
bersatu teguh, bercerai roboh
.Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan ingin membebaskantanah air daripada belenggu penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum telah dapat memupuk semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Berdasarkan senario hari ini, rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab menerima segala adat resam dan budaya yang berlainan agama denganfikiran yang terbuka agar dapat membendung penindasan seperti di negara-negaraThailand, Afrika dan Indonesia. Kata peribahasa,
melentur buluh biarlah darirebungnya
perlulah dipraktikkan dalam membentuk dan menanam semangat ini kepadaanak-anak sejak kecil lagi. Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan menghayatiRukun Negara di sekolah sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu,mereka akan sedar tentang kepentingan bersatu padu dan hormat-menghormati. Oleh itu,kita perlulah berganding bahu dan bukannya bersifat berat tulang dalam membajaisemangat perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih berada di bangku sekolah.Selain itu, semangat perpaduan juga telah dapat menarik pelancong asing untuk melawatnegara kita. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni, para pelancong akan tertarik untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia. Hal ini demikiankerana, mereka akan lebih selamat dan selesa apabila berada di negara ini walaupunMalaysia turut tergugat dengan kemunculan wabak influenza H1N1 yang menjadi perbualan hangat negara-negara di dunia ini, namun industri pelancongan tetap maju dan berkembang dari tahun ke tahun kerana adanya perpaduan kaum. Timbalan MenteriPelancongan ada menyatakan bahawa dengan adanya layanan mesra yang diberikan olehrakyat Malaysia kepada pelancong asing, industri pelancongan akan terus mendapat tempatyang tertinggi walaupun agak berkurangan dengan masalah penularan wabak H1N1. Tidak dapat dinafikan bahawa, rakyat Malaysia dapat berinteraksi dengan baik antara satu samalain walaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para pelajar yang terdiri dengan pelbagai kaum dapat belajar dalam satu sekolah yang sama.Seperti peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa
muafakat membawa berkat
. Olehitu, jelaslah perpaduan kaum bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malah dapat

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->