You are on page 1of 1

Riadah petang (Jumaat) Senaman ringan Permainan kecil (Jala Ikan) 1.

Peserta diminta untuk membina satu kumpulan dan memilih seorang daripada ahli untuk menjadi jala. 2. Ahli yang lain dikenali sebagai ikan. 3. Jala dikehendaki mengejar dan menangkap ikan. Ikan yang berjaya ditangkap akan memegang tangan jala dan berlari bersama-sama untuk menangkap ikan-ikan yang lain. 4. Permainan diteruskan sehingga semua ikan berjaya ditangkap dan menjadi jala. * jika masih mempunyai masa yang lebih : Permainan kecil (pukul berapa datuk harimau)

Riadah petang (Sabtu) Senaman ringan Permainan Kecil : Belon-belon ukhwah Setiap peserta diberikan sebiji belon dan ditiup. Belon kemudiannya diikat pada getah. Setelah belon diikat pada getah, belon tersebut kemudiannya diikat pula pada kaki sebelah kiri. Kemudiannya, peserta dikehendaki memecahkan belon peserta-peserta yang lain. Peserta yang belonnya telah dipecahkan diistilahkan kalah dan dikeluarkan daripada permainan. Peserta yang berjaya menyelamatkan belon dikira pemenang. * jika masih mempunyai masa yang lebih: Permainan kecil (bola beracun) 1. Peserta dibahagikan kepada dua iaitu no1 dan no2. 2. Peserta no1 dikehendaki membuat satu bulatan besar dan peserta no2 dikehendaki masuk ke dalam bulatan tersebut. 3. Peserta no1 akan membaling bola kepada peserta no2. (aras: pinggang ke bawah sahaja) peserta yang terkena balingan bola dikira kalah dan dikeluarkan daripada bulatan permainan. 4. Teruskan permainan dengan menggilirkan peserta.

Senaman pagi : Senamrobik.

You might also like