You are on page 1of 4

PENJODOH BILANGAN Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan untuk membilang orang, haiwan, benda, tempat dan

sebagainya.

angkatan bakul baris batang bentuk berkas bidang biji bilah botol buah buku bungkus butir carik cebis cekak cubit cucuk

das deret ekar ekor gelung gemal genggam gerombolan gugus gulung gumpal helai hidang hiris ikat jambak jambangan jemput jengkal

kajang kaki kalung kandang kapur kaum kawan kelompok kepal keping kepul kerat ketul kotak kumpulan kuntum laras lembar lingkar

longgok ruas mangkuk rumpun mayang senduk naskhah sikat/sisir orang susun papan suap pasang tandan pasukantangkai patah teguk petak timbun pintu titik potong tingkat pucuk tompok puntungtongkol raga ulas rangkai untai rangkapurat rawan usul rincih utas

Penjodoh Bilangan angkatan

Digunakan untuk Kumpulan benda dan manusia. Contoh: kapal perang, penulis, pelukis, tentera, sasterawan Benda atau manusia yang berbaris. Contoh: bangku, kedai,, murid, orang, pokok, rumah, tulisan Benda-benda yang panjang. Contoh: sungai, pen, pensel, gigi, berus gigi, tiang, lilin, galah, kapur Benda-benda yang berkeluk. Contoh: mata kail, cincin, subang Benda-benda yang luas bidangnya. Contoh: layar, tikar, tanah, sawah, permaidani Benda-benda yang bersaiz kecil. Contoh: buah-buahan, telur

Ayat Contoh 1 Tiga angkatan perang itu telah diserang hendap oleh pihak musuh. 2 Dua orang anggota angkatan tentera Filipina telah terbunuh dalam kejadian pergaduhan itu. 1 Tiga baris tulisannya itu tidak dapat dibaca. 2 Sebaris kedai itu telah dicat dengan warna kuning. 1 Sepuluh batang tiang lampu itu telah condong. 2 Tujuh batang jejari basikal itu telah patah. 1 Karim memancing udang itu dengan menggunakan sebentuk mata kail yang halus. 2 Tiga bentuk cincin itu telah berkarat. 1 Sebidang sawahnya telah dijual untuk melangsaikan hutang-hutangnya itu. 2 Dua bidang permaidani itu telah digigit tikus. 1 Setiap pagi ayah makan dua biji telur ayam separuh masak. 2 Pak Mat membawa pulang tiga biji nangka muda dari kebunnya.

baris

batang

bentuk

bidang

biji

bilah

Benda-banda yang tajam. Contoh: pisau, keris, parang Benda-benda yang tidak tentu bentuk atau saiznya. Contoh: kenderaan, bandar, negara, bangunan Benda-benda yang berbuku atau berbongkah. Contoh: sabun, roti Benda-benda yang kecil saiznya dan agak bulat bentuknya. Contoh: telur, manik, permata Benda-benda yang telah dikoyakkan menjadi cebisan kecil. Contoh: kain, kertas Benda-benda yang dicucuk dengan lidi. Contoh: sate dan buah-buahan yang telah dipotong dan kemudiannya dicucuk dengan lidi/buluh Bunyi tembakan atau letupan senjata api. Contoh: senapang, meriam, pistol Haiwan atau binatang. Contoh: ular, kuda, rusa, gajah, kucing, kambing, ungka, zirafah, kanggaru Benda yang bergugus atau berangkai. Contoh: buah anggur, kelapa sawit, pulau Benda-benda yang nipis dan lebar. Contoh: baju, kain batik, tudung, kertas, daun, seluar, selendang Benda-benda yang dipotong nipis. Contoh: bawang, daging, tomato, timun Benda-benda yang berikat. Contoh: rotan, kayu, sayursayuran, buah-buahan Contoh: kunci, bunga

buah

buku

butir

carik/cebis

cucuk

1 Tiga bilah parang yang tumpul itu telah diasah oleh Salim. 2 Shima menyiang ikan itu dengan sebilah pisau. 1 Tiga buah beg kulit itu dijual dengan harga yang paling murah. 2 Di dalam bilik itu terdapat beberapa buah almari lama. 1 Zaidah menghulurkan sebuku roti keras kepada adiknya. 2 Dia meletakkan tiga buku sabun itu di dalam almari. 1 Adik telah memecahkan dua butir telur ayam yang terletak di atas rak itu. 2 Dua butir mutiara itu amat tinggi nilainya. 1 Secebis kertas yang berwarna ungu terletak di atas meja tulis itu. 2 Jururawat itu membalut luka pada tangan pesakit itu dengan secarik kain putih. 1 Di atas meja itu diletakkannya sepuluh cucuk sate. 2 Manan menghulurkan dua cucuk buah mangga itu kepada adiknya.

das

ekor

gugus

helai

hiris

ikat

jambak

1 Dua das tembakan penembak upahan itu tidak menepati sasarannya. 2 Dari arah bukit itu kedengaran bunyi beberapa das tembakan senapang. 1 Adik memelihara beberapa ekor anak ayam serama. 2 Dua ekor kuda itu gagal sampai ke garisan penamat kerana kakinya tercedera. 1 Tiga gugus buah anggur yang dibeli oleh ayahnya itu telah busuk. 2 Beratnya segugus kelapa sawit itu ialah 100 kilogram. 1 Ibu memakai sehelai selendang merah ke majlis itu. 2 Beberapa helai daun kari dimasukkan ke dalam bahan penumis itu. 1 Adik meletakkan dua hiris bawang merah itu di dalam piring. 2 Ibu menghulurkan beberapa hiris timun kepada ayah. 1 Dua ikat sayur bayam itu dijual dengan harga RM1.00. 2 Adik membeli dua ikat rambutan gading. 1 Aidil menghadiahi tuannya itu sejambak bunga mawar. 2 Kassim menggantungkan sejambak kunci di tepi pintu biliknya. 1 Siti meminta ibu membelikannya sekaki payung. 2 Dua kaki cendawan itu telah busuk.

kaki

Benda-benda yang seolah-olah berkaki. Contoh: payung, cendawan,

kawan

Binatang Contoh: kambing, burung, kerbau, lembu, gajah, zirafah Benda, manusia, haiwan, bintang, binatang, awan dan pulau yang berkumpul Benda-benda yang diambil dengan genggaman tangan. Contoh: nasi, pulut, beras, pasir benda-benda yang nipis. Contoh: kertas, papan, roti, gambar, biskut, kad Benda-benda yang telah dikeratkerat. Contoh: kayu, rotan, buluh, pensel Benda-benda yang berketul. Contoh: batu, air batu, daging Benda-benda yang diisikan dalam kotak. Contoh: mancis, sabun, rokok Contoh: bunga Benda-benda yang berlaras. Contoh: meriam, senapang di

kelompok

kepal

keping

kerat

ketul

kotak

kuntum laras

lembar

Benda-benda yang panjang. Contoh: benang, tali

naskhah

Contoh: buku, majalah, surat khabar, kitab manusia/orang

orang

papan

Benda-benda yang berkepingkeping. Contoh: petai, mercun benda-benda yang berpasangan. Contoh: kasut, anting-anting, subang, baju perkataan

pasang

patah

pintu

rumah atau kedai yang panjang dan berbaris.

1 Sekawan burung merpati terperangkap di dalam jaring yang dipasang oleh pemburu itu. 2 Sekawan kerbau sedang berkubang di tengah sawah itu. 1 Beberapa kelompok bintang kelihatan di langit. 2 Dua kelompok awan itu kelihatan berarak ke sebelah timur. 1 Ibu menyuapkan sekepal nasi ke dalam mulut adik. 2 Karim mengambil dua kepal pulut kuning itu lalu beredar dari situ. 1 Dua keping poskad itu diterimanya dua hari yang lalu. 2 Di atas meja tulis itu terdapat beberapa keping gambar ayah Marzuki. 1 Ayah menggunakan sekerat rotan untuk memukul anak kucing itu. 2 Dua kerat kayu itu telah reput. 1 Hassan mengambil seketul batu lalu melontarkannya ke arah anjing itu. 2 Dua ketul sabun itu berjenama Lux. 1 Pak Ali menyuruh Salman membelikannya sekotak mancis api. 2 Tiga kotak air minuman itu ialah hadiah daripada abangnya. 1 Di sanggul wanita itu terselit sekuntum bunga. 2 Dua kuntum bunga mawar itu telah layu. 1 Perompak tu bersenjatakan selaras senapang patah. 2 Dua laras meriam lama itu masih tersimpan di Muzium Pulau Pinang. 1 Beberapa lembar benang digunakan untuk mengikat pensel itu. 2 Selembar tali rafia tersangkut di dinding bilik itu. 1 Ibu sedang membaca senaskhah surat khabar. 2 Rokiah melanggan dua naskhah majalah wanita setiap bulan. 1 Dua orang pelancong Jepun itu memuji kecantikan negara Malaysia. 2 Lima orang juutera tempatan terbunuh dalam kemalangan ngeri jalan raya itu. 1 Ayah meminta adik menyerahkan dua papan mercun itu kepadanya. 2 Kamisah membeli beberapa papan petai untuk dibuat ulam. 1 Halim membeli sepasang but bola berjenama Nike. 2 Dua pasang subang itu bernilai RM5000.00. 1 Tidak sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. 2 Anak kecil itu menulis beberapa patah perkataan di atas kertas itu. 1 Tiga pintu rumah kedai itu telah dijual kepada Bank Rakyat.

potong

pucuk

Benda-benda yang telah siap dipotong. Contoh: kuih, daging, roti Rebung, surat, pistol

puntung

Rokok atau kayu yang berlebih daripada yang dibakar

rangkap

Benda-benda yang berangkap. Contoh: pantun, syair, sajak, gurindam, seloka jaring atau jala

rawan

sikat/sisir

Benda-benda yang sikat atau sisir. Contoh: pisang

berbentuk

tandan

Buah-buahan yang bertandan atau bergugus-gugus. Contoh: kelapa, pisang Benda yang bertangkai. Contoh: bunga, buah-buahan yang bertangkai Isi buah-buahan. Contoh: limau, nangka, cempedak, durian Contoh: madah, pantun, syair, sajak

tangkai

ulas

untai

urat

Contoh: benang, rambut, tali

utas

Contoh: tali, rantai

2 Hartawan itu memiliki beberapa pintu rumah sewa. 1 Dua potong kuih lapis itu sedang dihurung lalat. 2 Beberapa potong kayu api itu masih bernyala. 1 Kakak menerima sepucuk surat daripada abang yang sedang belajar di London. 2 Hasnah merebus dua pucuk rebung itu untuk menghilangkan rasa pahitnya. 1 Di atas lantai itu terdapat beberapa puntung rokok. 2 Hassan memindahkan beberapa puntung kayu api itu ke bawah rumah. 1 Kakak Salmah mengarang beberapa rangkap pantun. 2 Ali tidak faham akan maksud dua rangkap sajak itu. 1 Pak Harun mencari ikan dengan menggunakan serawan jala. 2 Dua rawan jaring itu digunakan untuk menangkap ikan laut dalam. 1 Tiga sikat pisang emas itu telah dijualnya sebentar tadi. 2 Dua sisir pisang nangka itu telah dimakan burung. 1 Dua tandan kelapa itu berjaya diturunkan oleh monyet itu. 2 Kassim memikul setandan pisang dari ladangnya. 1 Kamil memetik setangkai buah rambutan yang telah masak itu. 2 Zaidi memetik dua tangkai bunga ros lalu memberikannya kepada Zainab. 1 Beberapa ulas nangka itu telah dimakan ulat. 2 Siti meletakkan dua ulas cempedak itu di dalam piring. 1 Percubaannya untuk menulis seuntai madah akhirnya tercapai juga. 2 Tamrin menulis seuntai sajak di dalam buku catatan hariannya itu. 1 Di dalam pinggan nasi itu terdapat seurat benang hitam. 2 Beberapa urat rambutnya telah bertukar warna. 1 Pak Seman menggunakan seutas tali belati untuk mengikat lembu tu. 2 Kakak memakai seutas rantai emas yang baru dibelinya itu.

You might also like