You are on page 1of 9

7.

Konsepsi Kurikulum Pembangunan Semula Masyarakat

Social reconstructionists berminat dengan perhubungan antara kurikulum dan sosial, politik dan perkembangan ekonomi masyarakat. Aspek reconstructionism wujud dalam pemikiran kurikulum Amerika dalam tahun 1920an dan 1930an. Harold Rugg sebagai contoh telah mengambil berat tentang nilai-nilai yang perlu ditangani oleh pihak sekolah Beliau mahukan pelajar menggunakan konsep baru yang berkembang daripada sains sosial dan aestatik untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah sosial.

Konsepsi Kurikulum Pembangunan Semula Masyarakat


Ciri-Ciri Kurikulum : Tujuan Tujuan asas kurikulum pembangunan semula masyarakat adalah untuk mencabar (confront) pelajar dengan masalah-masalah tenat/teruk (severe problems) yang dihadapi oleh bangsa manusia. Masalah-masalah ini bukannya perkara yang perlu dipertimbangkan khas oleh kajian sosial sahaja, malah untuk semua disiplin ilmu, termasuk ekonomi, kimia dan matematik iaitu masalahmasalah bangsa manusia mestilah ditekankan dalam kurikulum.

Konsepsi Kurikulum Pembangunan Semula Masyarakat


Ciri-Ciri Kurikulum: Objektif & Isi Kurikulum pembangunan semula masyarakat walaubagaimanapun tidak mempunyai objektif dan isi yang universal. Sebagai contoh, kurikulum di tahun pertama diperuntukkan (devoted) untuk memformulasikan matlamat untuk pembangunan politik dan masyarakat. Objektif-objektif di tahuntahun yang berikutnya termasuk mengenalpasti masalah, kaedah, keperluan dan matlamat dalam sains dan sastera; penilaian tentang kaitan antara pendidikan dan hubungan manusia; dan mengenalpasti strategi untuk perubahan.

Konsepsi Kurikulum Pembangunan Semula Masyarakat


Peranan Guru Guru mesti mengaitkan tujuan-tujuan (purposes) dunia, negara, dan tempatan kepada matlamat para pelajar. Pelajar dengan yang demikian boleh menggunakan minat mereka untuk menyelesaikan masalah sosial yang ditekankan dalam kelas mereka. Guru menekankan kerjasama dengan komuniti dan sumber-sumbernya. Pelajar sebagai contoh, boleh melibatkan diri dengan projek-projek kesihatan yang dijalankan dalam komuniti/masyarakatnya (untuk kelas sains) atau dalam lakonan dan penulisan yang dijalankan dalam masyarakatnya (untuk kelas sastera

Konsepsi Kurikulum Pembangunan Semula Masyarakat

Juga sebagai individu sumber dan pemangkin (catalyst), guru mencari peluang untuk remaja bekerjasama dengan orang dewasa dalam projek-projek sosial dan aktiviti-aktiviti politik. Social reconstructionist menyakini bahawa semua guru adalah orang-orang politik yang perlu memilih samaada untuk berkhidmat (serve) kepada pemerintah atau memberi alternatif/pandangan lain kepada mereka.

Konsepsi Kurikulum Pembangunan Semula Masyarakat


Asas Pemilihan Pengalaman Pembelajaran Untuk social reconstructionist pengalaman pembelajaran mesti memnuhi 3 kriteria: 1. Ia mestilah benar, 2. Memerlukan tingkahlaku/action, 3. Ia mengajarkan nilai Pertamanya, pelajar harus menumpukan kepada satu aspek dalam masyarakat yang mereka yakini dapat dilakukan perubahan dan di mana mereka dapat mencurahkan bakti/usaha mereka. Dengan yang demikian, pelajar-pelajar ini mempunyai peluang untuk mengenali kepentingan yang sebenarnya berhubung apa yang mereka lakukan.

Konsepsi Kurikulum Pembangunan Semula Masyarakat


Keduanya, pelajar seharusnya bertindak ke atas satu isu atau masalah, dan bukan hanya mempelajarinya. Tindakan yang bertanggungjawab (responsible action) ke atas satu perkara yang menjadi tumpuan masyarakat umum termasuk bekerja dalam kumpulan-kumpulan masyarakat, mengingatkan masyarakat tentang masalah sosial, dan mengambil pendirian berhubung isu-isu kontroversi.

Konsepsi Kurikulum Pembangunan Semula Masyarakat


Ketiga, pelajar seharusnya membina satu sistem nilai yang jelas. Aktiviti pembelajaran seharusnya menawarkan peluang agar pelajar dapat merasakan apa yang betul dan salah, apa yang diinginkan atau yang tidak diinginkan dan juga membolehkan pelajar memperoleh hala tuju dan asas untuk usahausaha yang dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.

Konsepsi Kurikulum Pembangunan Semula Masyarakat


Penilaian Penilaian meliputi spektrum yang luas berhubung kebolehan pelajar pertuturan yang jelas tentang sesuatu isu, menjana penyelesaian/jawapan untuk persoalanpersoalan, mendefinisikan semula pandangan alam mereka, kerelaan untuk mengambil tindakan ke arah pencapaian sesuatu yang sempurna. Pelajar-pelajar juga diharapkan/diminta untuk menilai pembelajaran mereka sendiri dan membuat refleksi dalam kumpulan berhubung tindakan-tindakan

You might also like