You are on page 1of 11

REFLEKSI INDIVIDU

REFLEKSI BINA INSAN GURU SIRI 4/2011


TASIK PERMAISURI
NURUL HANI BINTI ABDUL MANAF 900425-15-5010 PISMP G 4.8 21-Oct-11

Nurul Hani binti Abdul Manaf PISMP G4.8 (PSV) 900425-15-5010

REFLEKSI INDIVIDU BINA INSAN GURU SIRI 4/ 2011

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta rahmatNya dapat juga kami menyempurnakan program Bina Insan Guru siri 4 ini. Bina Insan Guru pada kali ini dijalankan di Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak yang terletak berhampiran dengan IPG sendiri. Program ini dijalankan selama 3 hari bermula 12hb Oktober sehingga 14hb Oktober 2011. Sepanjang 3 hari program ini berjalan, banyak aktiviti yang kami lalui antaranya ialah sesi taklimat, latihan dalam kumpulan (LDK), serta aktiviti khidmat masyarakat.

REFLEKSI TAKLIMAT Sesi taklimat bermula pada hari pertama sebelum kami diberikan tugas mengikut kumpulan masing-masing. Sesi ini berjalan kira-kira 2 jam bermula pukul 2.00 petang 4.00 petang. Taklimat diberikan oleh wakil bertugas iaitu Encik Baharuddin tentang perjalanan program. Kami dipecahkan menjadi 3 kumpulan iaitu kumpulan pertama yang terdiri dari pelajar Pendidikan Khas diberikan tugasan ke FRIM, kumpulan kedua terdiri daripada gabungan pelajar Pendidikan Khas dan Pendidikan Muzik ke Rumah Pengasih manakala kami pelajar Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani mendapat tugasan khidmat masyarakat di Tasik Permaisuri. Sesi taklimat berjalan lancar dengan segala butiran terperinci dijelaskan supaya pelajar memahami aktiviti yang perlu dilakukan mereka nanti.

REFLEKSI AKTIVITI LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) Sepanjang program Bina Insan Guru ini, kami telah menjalani 2 aktiviti latihan dalam kumpulan iaitu menjelaskan maksud komunikasi dari segi pemahaman kami sendiri dan lingkungan komunikasi yang terlibat dalam komunikasi tersebut. Aktiviti ini dipimpin oleh Encik Raja dan Puan Zuraidah. Tugasan ini membantu kami mengenali cara berkomunikasi yang sepatutnya disamping memperlihatkan kami tentang komunikasi yang berlaku dalam lingkungan diri kami selama ini. Saya telah belajar banyak perkara baru sepanjang aktiviti tersebut berlangsung. Dalam sesi yang pertama iaitu kefahaman tentang komunikasi, kami telah diberikan sehelai kertas untuk setiap kumpulan. Kami diminta untuk menyatakan maksud komunikasi dari segi pemahaman kami sendiri. Setelah itu, setiap wakil daripada setiap kumpulan diminta ke hadapan untuk menerangkan tentang

perbincangan yang telah kami lakukan tadi mengenai maksud komunikasi. Wakil daripada kumpulan saya, iaitu Sholihin telah menerangkan dengan begitu baik sekali tentang komunikasi yang dinyatakan. yang kami faham. Dalam sesi seterusnya iaitu sesi lingungan komunikasi yang terlibat di persekitaran kami, kami diminta untuk melukis bulatan besar di tengah-tengah kertas yang diberikan secara individu. Bulatan itu melambangkan diri kami dan disekeliling bulatan itu, kami diminta untuk melukis individu-individu yang rapat serta selalu berkomunikasi dengan kami. Melalui aktiviti ini, secara tidak langsung kami dapat mengenali diri dan orang-orang dipersekitaran kami. Kami dapat melihat sejauh mana hubungan dan komunikasi kami dengan orang-orang tersebut. Aktiviti ini sedikit sebanyak menyedarkan kami tentang pentingnya sesuatu hubungan dalam komunikasi tidak kira sama ada orang tersebut rapat atau pun tidak dengan kita. Kemudian, setiap seorang daripada kami diminta menerangkan tentang lingkungan bulatan yang kami buat tadi. Bagi saya, aktiviti ini merupakan salah satu

cara yang baik supaya kita sedar tentang kehadiran orang-orang disekeliling kita dan seterusnya berusaha untuk merapatkan hubungan dan komunikasi dengan mereka. Jika sebelum ini kita merasakan diri kita sudah cukup sempurna dan ramai orang menyenangi kita, jadi selepas sesi ni, kita bolehlah menilai dan memuhasabah diri kita semula. Mungkin ada sesuatu yang orang lain tidak suka mengenai diri kita yang tidak kita sedari dan menjarakkan lingkungan antara kita dengan dia. Jadi melalui aktiviti ini, kita dapat memperbetulkan diri dan sikap kita. Begitu jugalah sebaliknya. Jika kita berasa diri kita keseorangan dan kurang mempunyai kawan, jadi selepas aktiviti ini kita mungkin akan menyedari bahawa sebenarnya terdapat ramai orang yang rapat dan saling berkomunikasi dengan kita dan kita merupakan antara orang yang paling hampir dengan lingkungan dirinya. REFLEKSI AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT Kami telah menjalani aktiviti khidmat masyarakat di Tasik Permaisuri pada hari kedua program Bina Insan Guru ini dijalankan. Dalam aktiviti ini, kami telah dipecahkan kepada 6 kumpulan kecil. Kumpulan daripada opsyen Pendidikan Seni Visual telah ditugaskan untuk mencabut rumput di sekeliling kawasan kolam tasik dan

membersihkan kawasan padang disekeliling kolam tersebut. Aktiviti bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir beberapa jam kemudian. Sepanjang menjalani aktiviti tersebut, kami banyak belajar tentang sikap kerjasama dan tolong-menolong. Walaupun kerja-kerja tersebut tidak pernah langsung terlintas untuk kami lakukan, namun ianya tidak menghalang kami daripada melakukan tugasan itu sebaik mungkin. Saya memilih untuk mencabut rumput di sekeliling kawasan kolam. Walaupun tugasan itu kedengaran mudah, namun ternyata ianya mengambil masa yang sangat lama untuk diselesaikan ditambah pula dengan kepanasan matahari yang memancar. Kami begitu keletihan walaupun hanya 2 jam sahaja melakukan aktiviti tersebut. Ternyata mencabut rumput dibawah panas terik begitu memenatkan. Sungguhpun demikian, Alhamdulillah, tugasan tersebut berjaya juga disempurnakan dengan baik dan mendapat kerjasama semua pihak. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program BIG kali ini.

LAMPIRAN

SESI TAKLIMAT

SESI LDK 1-MAKSUD KOMUNIKASI

SESI LDK 2- LINGKUNGAN KOMUNIKASI

REFLEKSI BERSAMA MENTOR

AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKATTASIK PERMAISURI

SESI PENUTUP

You might also like