Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
12Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Faktor Individu Menyebabakan Berlakunya Masalah Penyeludupan Manusia

Faktor Individu Menyebabakan Berlakunya Masalah Penyeludupan Manusia

Ratings: (0)|Views: 2,939|Likes:
Published by Viveekdeep Singh

More info:

Published by: Viveekdeep Singh on Jul 04, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

05/04/2013

pdf

text

original

 
FAKTOR INDIVIDU MENYEBABAKAN BERLAKUNYA MASALAH PENYELUDUPAN MANUSIA
Tidak mempunyai pegangan agama
Individu yang tidak beragama tidak mempunyai petunjuk hidup dan mudah terjebak dalam masalah sosial. Setiap agamamengajar penganutnya tidak melakukan perkara yang berdosa. Mereka yang tidak mempunyai pegangan agama mudahterlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral. Meraka sanggup melakukan apa-apa saja demi mengaut keuntungan yangmaksimum walaupun melakukan hal yang menyalahi undang-undang. Mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan dalamdunia ini. Seseorang yang mempunyai pegangan agama yang kukuh tidak akan melakukan perkara yang bolehmerosakkan akhlak .FAKTOR KEGAGALAN KERAJAAN PENYEBAB BERLAKUNYA MASALAH PEMERDAGANGAN MANUSIADewasa ini, masalah pemerdagangan manusia kian bermaharajarela . Penguatkuasaan yang tak bersistematik merupakanfaktor berlakunya masalah penyeludupan manusia. Walaupun kerajaan telah menggubal pelbagai undang
 – 
undang danakta untuk membanteras masalah penyeludupan manusia, tetapi usaha ini tidak dilakukan secara berterusan danmenyeluruh. Contohnya, Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia dalam senarai negara yang tidak memerangi isupenyeludupan manusia dengan secukupnya. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa orang pegawai Jabatan Imigresentelah didakwa terlibat dalam kes penyeludupan manusia. Maka, kelonggaran undang
 – 
undang ini telah menyebabkan kespenyeludupan manusia berterusan di negara Malaysia.FAKTOR EKONOMI MENDORONG BERLAKUNYA MASALAH PEMERDAGANGAN MANUSIAMelalui kajian daripada para pengkaji sosial, ditetapkan bahawa faktor ekonomi merupakan salah satu faktor yangmempengaruhi kes penyeludupan manusia berlaku. Pada zaman kini, masalah jurang pendapatan semakin serious di AsiaTenggara. Orang yang berpendapatan rendah agak susah untuk meneruskan kehidupan mereka pada zaman ini denganmenerima gaji yang sedikit. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pendapatan yang lumayanwalaupun jalan singkat tersebut menyalahi undang-undang. Akiviti pemerdagangan manusia akan mendatangkanpendapatan yang sangat lumayan.Ini telah mendorong peniaga manusia ledih giat dalam aktiviti haram ini dan bilangankes pemerdagangan manusia di Malaysia semakin meningkat.
FAKTOR
1. Perniagaan haram ini menghasilkan pendapatan yang lumayan walaupun risikonya tinggi - golongan yang inginberhijrah secara haram dan dijanjikan pekerjaan sanggup membayar upah yang tinggi kepada sindiket. Sindiket juga dapatkeuntungan melalui upah yang diberi oleh pelanggan.2. Tarikan pekerjaan dan pendapatan lumayan di negara asing dalam pelbagai sektor termasuk sektor yang haram sepertipelacuran. Tolakan keluar dari negara asal - miskin, tertindas, lari undang-undang.3. Kelemahan kawalan di sempadan negara - mudah bolos - sempadan yang panjang, pesisir pantai panjang dan terpencil,kelicikan dan kepelbagaian mekanisma penyeludupan, rasuah pegawai kerajaan.
PEMERDAGANGAN MANUSIA
AKTIVITI perdagangan manusia merupakan antara jenayah tertua. Ia juga dianggap sebagai suatu industri universal dantidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi. Laporan Perdagangan Manusia (TIP) oleh Jabatan NegaraAmerika Syarikat menganggarkan, kegiatan perdagangan manusia di negara itu melibatkan keuntungan antara AS$1bilion hingga AS$3 bilion (RM3.5 bilion hingga RM10.5 bilion) setahun. Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000orang menjadi mangsa sindiket perdagangan manusia dengan sekitar 14,500 hingga 17, 500 daripadanya diperdagangkandi AS setahun. Sementara itu, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan Jenayah(UNODC) menganggap perdagangan manusia sebagai industri jenayah yang menjana keuntungan sekitar AS$5 bilionhingga AS$9 bilion (RM17.5 bilion hingga RM31.5 bilion) setahun.
 
 Isu perdagangan manusia kini menjadi antara fenomena yang mengancam banyak negara. AS telah menggubal undang-undang perdagangan manusia iaitu Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000. Akta itu telahmemperluaskan konsep perdagangan manusia dan mengenakan hukuman berat ke atas mereka yang terlibat. Malaysia juga telah meluluskan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (ATIP) bagi menangani isu tersebut. Kewujudan akta initelah memberikan kuasa kepada kerajaan untuk mendakwa dan mengenakan hukuman dengan peruntukan penjarasehingga 20 tahun dan denda sehingga RM500,000. Sejajar dengan pengenalan akta tersebut, kerajaan turut menubuhkanMajlis Antipemerdagangan Orang (MAO) yang berfungsi untuk menyelaraskan dasar dan melaksanakan ATIP.Walaupun Laporan Antipemerdagangan Orang 2007 (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat meletakkan Malaysiasebagai antara 16 negara berprestasi buruk dalam menangani isu ini, kewujudan ATIP dan MAO akan membuktikankomitmen negara dalam usaha membanteras fenomena ini. Persidangan Serantau Mengenai Penyeludupan, PerdaganganManusia dan Jenayah Antara Negara di Bali pada Februari 2002 telah menunjukkan komitmen bersepadu antara negara-negara Asia Pasifik. Persidangan itu sepakat untuk membentuk kerjasama terutama dalam aspek perkongsian maklumat,kepakaran dan undang-undang yang seragam bagi memastikan aktiviti tersebut dapat dibendung di peringkat akar umbi.Mereka juga menganggap penyeludupan dan perdagangan manusia bukan sahaja melanggar hak sesebuah negara malah iamenimbulkan pelbagai masalah selain menjejaskan hubungan diplomatik antara negara.Namun begitu, dalam memperkatakan mengenai isu ini, ramai yang masih keliru di antara konsep penyeludupan danperdagangan orang. Menurut UN Convention Transnational Organised Crime (2000), penyeludupan ialah apabilaseseorang memasuki sesebuah negara secara haram dengan melakukan pembayaran dalam bentuk wang atau faedah lainkepada pihak-pihak tertentu. Sementara itu, Seksyen 2, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 pula mendefinisikanperdagangan orang sebagai perekrutan, pengangkutan, pemindahan, pelindungan, penyediaan atau penerimaan seseorangbagi maksud eksploitasi.Bagi pengertian eksploitasi pula Seksyen 2 telah mendefinisikan ia sebagai segala bentuk eksploitasi sama ada seks, kerjaatau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian atau aktiviti yangmenyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia. Daripada definisi di atas, terdapat beberapa perbezaan ketaraantara perdagangan dan penyeludupan manusia. Hubungan antara penyeludup dan orang yang diseludup akan berakhirapabila seseorang itu dihantar ke destinasi yang dikehendaki oleh mangsa dan unsur pengeksploitasian tidak perludibuktikan sebagai sabitan kepada kesalahan tersebut. Apa yang pasti penyeludupan orang akan melibatkan rentassempadan sesebuah negara secara haram. Kesanggupan mangsa untuk membayar sejumlah wang menunjukkan bahawamigrasi mereka adalah benar-benar terdesak dan mereka menjangka mendapat keuntungan berlipat kali ganda di negaradestinasi.Pada 1993, seramai 300 imigran dari China telah diseludup ke New York dengan menggunakan kapal Golden Venture.Setiap mereka membayar sebanyak AS$30,000 hingga AS$40,000 kepada ejen penyeludupan. Kebanyakan mereka telahberjaya mengaut keuntungan sehingga mampu membina rumah besar dan mewah di negara asal. Perdagangan orang pulatidak semestinya mereka yang terlibat perlu merentas sempadan sesebuah negara tetapi ia juga boleh berlaku secaradomestik. Contohnya dalam isu kerja paksa. Ia tidak semestinya melibatkan pekerja asing sahaja tetapi boleh diambil kiranasib pekerja tempatan yang dieksploitasi oleh majikan. Status kemasukan mangsa perdagangan orang boleh berlaku samaada secara sah atau tidak. Tetapi bagi aktiviti penyeludupan statusnya sudah tentu tidak sah. Apa yang penting dalam isuperdagangan orang ialah wujudnya unsur-unsur eksploitasi dan paksaan terhadap mangsa.Oleh itu, jika dilihat dalam kes Siti Hajar Sadli, pembantu rumah Indonesia yang dikatakan telah didera oleh majikanbukan sahaja boleh menggunakan peruntukan dalam Kanun Acara Jenayah (KAJ) tetapi juga peruntukan dalam AktaAntipemerdagangan Orang 2007 (ATIP). Kesalahan perdagangan orang tidak melibatkan unsur-unsur sukarela antaramangsa dengan orang yang memperdagangkan. Ia juga tidak melibatkan sebarang bentuk ganjaran atau caj perkhidmatan
 
seperti aktiviti penyeludupan. Untuk tujuan pendakwaan dan sabitan, mangsa perlu dibuktikan telah dipaksa dandieksploitasi. Unsur-unsur paksaan dan pengeksploitasian boleh wujud sama ada sebelum, semasa atau selepas prosesperdagangan orang itu berlaku. Dengan itu, adalah sukar pihak berkuasa untuk bertindak pada peringkat awal kerana iaperlu menentukan mangsa telah dieksploitasi atau sebaliknya.Bagaimanapun, tidak dinafikan aktiviti penyeludupan boleh menjadi proses awalan kepada aktiviti perdagangan manusia.Ini kerana selalunya kesalahan penyeludupan orang mempunyai potensi untuk menjadi sebahagian aktiviti perdaganganmanusia. Justeru itu, apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan dalam menangani isu ini ialah komitmen jitu danpelaksanaan strategik supaya ia tidak menjadi "tin kosong" dalam meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kerajaan.Pelaksanaan perlu dilengkapi dan disokong dengan aspek perundangan yang tersusun, kakitangan yang komited dankewangan yang mantap. Ini kerana tanpa elemen-elemen tersebut adalah sukar untuk kerajaan mencapai sasaran yangtelah ditetapkan dalam pelan induk mengenai antiperdagangan orang. Apa yang pasti mangsa-mangsa perlu diberikanperlindungan sebaik mungkin tanpa mengira agama, gender, bangsa dan negara asal.Di samping itu, setiap negara juga perlu menandatangani memorandum perjanjian di bawah PBB supaya kos pemulihandan penguatkuasaan boleh ditanggung bersama jika salah seorang - mangsa atau penjenayah - melibatkan rakyat mereka.Perjanjian itu akan membuatkan semua negara lebih serius untuk menangani isu ini. Oleh itu, aktiviti ini boleh disekatsejak dari negara sumber lagi dan mengurangkan beban kepada negara destinasi serta menggalakkan migrasi secara sah.
 Pemerdagangan Manusia : Kesan Dan Langkah Mengatasi
Salah satu kesan aktiviti pemerdagangan manusia adalah mencemarkan imej negara di mata dunia. Pelbagai usaha perludijalankan untuk mengurangkan masalah tersebut.Aktiviti pemerdagangan manusia bermaksud segala bentuk eksploitasisama ada untuk tujuan seks, kerja paksa, perhambaan bahkan turut melibatkan pemindahan organ manusia. Aktiviti inimendatangkan pelbagai kesan negatif dan pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan aktiviti ini.Kesan1. Mencemarkan imej negara di mata duniaKedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu permerdagangan manusiamencemarkan imej negara di mata dunia.Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang.Negara dianggaap sebagai sarang jenayah.2. Mengancam keselamatan dan keamanan negaraJenayah yang semakin berleluasa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan bagitujuan tertentu termasuk pelacuran , pusat hiburan dan rumah urut dan sebagainya.Sindiket atau mereka yang terlibat juga melakukan aktiviti jenayah lain untuk mengumpulkan kekayaan.3. Menjejaskan hubungan diplomatik antara negaraPenyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku menjejaskanhubungan diplomatik antara Negara.Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yangterlibat4. Peningkatan masalah sosialMasalah sosial bertambah merebak dalam masyarakatseperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya.Penularan penyakit berjangkitPenyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali menular dalam kalanganmasyarakat

Activity (12)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Pija Ali liked this
Syira Yusof liked this
mahzan_johar liked this
Awe' Al-jufry liked this
Ottillow Tillo liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->