You are on page 1of 14

Teori Pascakolonial

Nama Ahli: Mutiara a/p Megat Wan Nur Aida Sakinah Bt. Wan Jusoh

Pengenalan Teori
Teori Sastera Pascakolonial merupakan teori yang berkaitan dengan analisis karya dalam genre sastera di negara pascamerdeka. Sejarah menyaksikan bagaimana 2/3 dunia berada dibawah cengkaman imperialisme Barat pada kurun ke-19. Dunia Barat sering menghina dan memperlekehkan dunia Timur yang pada hakikatnya memiliki kekuatan intelektual, berbudaya, dan bermoral tinggi malah memiliki sistem pemerintahan tersendiri sebelum era kolonial. Persepsi negatif terhadap Timur diteruskan melalui rantaian Hegemonial dan penguasaan imej bahawa hanya Barat membawa nilai ketamadunan dan kemajuan dalam segala aspek kehidupan.

Penulisan Berkiblatkan Barat


Salah satu daripada dasar Imperialisme untuk menerapkan pemikiran serta nilai mereka agar bangsa yang dijajah akan tetap tinggal dalam cengkaman kolonial dan sentiasa bergantung kepada kekuasaan mereka. Bentuk penulisan yang prokolonial amat signifikan kerana ia masih kekal hingga ke hari ini walaupun rata-rata era penjajahan telah berakhir. Dengan adanya teori pascakolonial, pengkritik dapat menilai sesebuah teks sastera dengan melihat impak penjajahan dalam usaha pengarang-pengarang tempatan melepaskan diri dari belenggu penjajahan dan Hegemonial budaya serta politik mereka.

Berdasarkan teori pascakolonial ini, kita dapat memahami pembinaan sesebuah karya iaitu yang berkaitan dengan politik, sosial, budaya dan psikologi hasil daripada ideologi penjajahan atau anti penjajahan yang digarap oleh pengarang. Pengkritik juga dapat mencari alternatif lain bagi menjawab serta mentafsirkan sesuatu fenomena dalam sastera pascamerdeka dengan merujuk kepada teori yang boleh dipercayai keutuhannya tanpa ada sentimen negatif diantara pihak penjajah atau bangsa yang dijajah.

Perkaitan Teori Pascakolonial


Teori pascakolonial mempunyai kaitan malah overlapping dengan kesusasteraa pascakolonial Komenwel. Kesusasteraan pascakolonial jugadikenali sebagai kesusasteraan Komenwel sehingga dekad 1980-an, iaitu negara-negara yang pernah menjadi jajahan Inggeris. Begitu juga dengan Dunia Arab dan Amerika Latin yang turut dijajah oleh Eropah. Penulis-penulis yang berjaya di peringkat antarabangsa melalui wacana pascakolonial ialah Chinua Achebe (Nigeria), Salman Rushdie (India), Jamaica Kincaid (Antigua, The West East)

Teori dan Kesusasteraan Pascakolonial


Dalam wacana yang melibatkan pascakolonial mengandaikan tema dan persoalan di dalam sesebuah teks kesusasteraan adalah overlapping (berlaku pertindanan) antara budaya kolonial dengan bangsa yang dijajah. Persoalan dipaparkan bermula dari saat permulaan pertembungan mereka, bangsa yang dijajah dengan penjajah hingga membawa kepada kekacauan budaya di dalam bangsa tersebut. Tema-tema ini menggambarkan perkaitan yang erat antara kesan identiti individu serta psikologi sesebuah bangsa dengan ideologi yang dibawa oleh penjajah yang akhirnya mencorakkan kepercayaan dan pemikiran mereka.

Tema pascakolonial menganalisis karya-karya sastera yang berbau kolonial atau anti-kolonial. Contohnya teks yang memperlihatkan penentangan terhadap kolonialisme dengan memaparkan kelemahan dan keburukan Barat, penderitaan bangsa dan kesan negatif kolonialisme kepada bangsa yang dijajah (Ashcroft. Bell. 1995). Kesusteraan pascakolonial adalah pengajaran dari sejarah pengalaman diri dan bangsa yang diabaikan tidak mempunyai hak untuk bersuara atau mengundi, terpinggir dan di zalimi. Kebanyakan kesusasteraan pascakolonial cuba untuk mencari makna bagaimana Eropah memaksa dan mempertahankan pendominasian mereka di kebanyakan negara di seluruh dunia.

Wacana Pascakolonial
Wacana yang eurosentrik ini mula terhakis apabila proses dekolonisasi berlaku dengan pesat di negara yang pernah dijajah itu. Hal ini berlaku apabila pertembungan dua kuasa dan pertembungan ini menghasilkan satu natijah yang membawa perubahan melibatkan seluruh susuk pemikiran dan nilai budaya yang dibawa oleh kolonial. Pada era pascakolonial, suara-suara ini telah berani untuk bangkit mencabar keunggulan, keagungan dan kewibawaan nilai budaya yang dibawa oleh kuasa-kuasa Barat. Kesusasteraan pascakolonial merupakan salah satu wahana yang dapat merakam wacana pascakolonial yang terhasil daripada hasil kolonisasi.

Istilah Pascakolonial
Istilah pascakolonial yang dimaksudkan merujuk kepada impak penjajahan hingga kini kerana masih ada lagi negara yang dijajah . Bagi golongan Marxis pula, mereka lebih selesa menggunakan istilah neo-kolonialisme kerana bagi mereka istilah pascakolonial tidak jelas dan boleh dipertikaikan. Kolonialisme sebagai satu eksploitasi ekonomi dan politik yang masih berterusan di bawah payung kapitalisme. Kritikan golongan Marxis, berdasarkan kepada perspektif politik dan ekonomi yang sempit.

Rumusan Istilah
Istilah pascakolonial harus difahami dan diletakkan di dalam konteks pertembungan budaya yang merakamkan serangan terhadap kolonialisme. Istilah pascakolonial juga menimbulkan kekeliruan apabila terdapat beberapa negara yang mengalami corak penjajahan yang berbeza.

Model-model Pascakolonial
1. Model yang dikemukakan oleh Ashcroft, Griffiths dan Tiffin yang dijadikan panduan. Berikut adalah model-model pascakolonial 2. Model yang berasaskan kepada Kesusasteraan Kebangsaan dan Kesusasteraan serantau. Dalam model ini perhatian berdasarkan kepada sifat-sifat tertentu yang menonjol di dalam sesuatu budaya nasional atau serantau. 3. Model yang diasaskan kepada bangsa iaitu karya-karya yang terdiri daripada pelbagai kesusasteraan kebangsaan daripada bangsa tertentu yang memperlihatkan ciri-ciri yang sama.

4. Model yang berdasarkan kepada tanggapan bahawa Ksyncreticity . Lahir daripada kacukan dan bancuhan antara unsur tempatan dnegan luar, yang datang bersama-sama dnegan proses penjajahan sehingga menghasilkan satu produk baru yang mempunyai sifat tersendiri. 5. Model yang berasaskan ketegangan di antara kolonial dengan yang dijajah. Model ini menjurus kepada persoalan dan isu politik, ekonomi dan sosial.

Kesimpulan
Teori pascakolonial yang merangkumi kritikan dan wacana yang berkaitan dengannya diharapkan da[at membetulkan suara-suara dan tuntutan bangsa yang pernah dijajah dengan cara menilai karya dan mentafsirkan di dalam tradisi yang melahirkan dan menghayatinya.

Makna Kata
*Pascakolonial= Selepas penjajahan kolonial *Genre= kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. *Imperialisme= Fahaman politik yang bertujuan menjajah negara lain. *Hegemoni= Pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain. *Kolonial= Berkaitan dengan tanah jajahan (penjajah, penjajahan). *Signifikan= penting, ketara, bermakna. *Ideologi= faham (ajaran) atau yang dicita-citakan untuk dasar pemerintahan (sistem politik) *Sentimen= Perasaan yang berlebih-lebihan dan menurutkan kata hati terhadap sesuatu.

You might also like