You are on page 1of 49

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

MASALAH KECACATAN FIZIKAL MASALAH PENGLIHATAN MASALAH PENDENGARAN

1 PISMP

PENDIDIKAN INKLUSIF
Inklusif inclusive (Bahasa Inggeris) membawa maksud termasuk atau merangkumi semua Pendidikan inklusif pendidikan umum, iaitu setiap orang individu, sama ada normal, pintar-cerdas atau cacat, adalah berhak diberi keperluan pendidikan umum.

Termaktub dalam Dasar Pendidikan Negara dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara: Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu sacara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pendidikan inklusif merupakan peluang pendidikan umum yang diberikan kepada semua kanak-kanak Malaysia , termasuk kanak-kanak cacat. Kanak-kanak cacat khasnya, yang mempunyai potensi belajar adalah ditempatkan dalam kelas biasa di bawah bimbingan seorang guru resos (guru terlatih khas) yang bekerjasama dengan guru-guru biasa.

Kanak-kanak cacat yang tidak dapat mengikuti kurikulum biasa pada peringkat permulaan akan ditempatkan di dalam kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP). Kanak-kanak ini akan mengikuti satu program pendidikan yang khas, semata-mata diajar oleh guru terlatih khas atau guru resos. Apabila murid-murid cacat mencapai kemajuan yang memuaskan, mereka yang berkenaan akan ditempatkan dalam kelas biasa sesuai dengan taraf pencapaian mereka.

PENDIDIKAN KHAS
Am - Program pendidikan dirancang khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas, iaitu kanakkanak cacat dan juga kanak-kanak pintar-cerdas. Khusus satu pendekatan rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik mengajar untuk kanak-kanak bukan normal tetapi luar biasa kerana sebab mereka tidak akan sanggup dapat faedah dan pencapaian yang sepatutnya daripada program sekolah biasa.

Dr. Chua Tee Tee(1982) satu program pendidikan dirancangkan khas untuk kanakkanak berkeperluan khas atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Mereka tidak akan dapat mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak berupaya mendapat faedah sepenuhnya daripada program pendidikan sekolah biasa.

KATEGORI-KATEGORI KANAKKANAK BERKEPERLUAN KHAS


Kanak-kanak kerencatan akal (mentally retarded) Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (learning disabilities) Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku (behavioral disorders) Kanak-kanak cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi Kanak-kanak cacat penglihatan Kanak-kanak cacat fizikal (psikomotor atau neurosis) Kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat istimewa

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS (1986)


Falsafah Pendidikan Khas ialah untuk menyediakan peluang yang sama kepada kanakkanak khas seperti yang diberi kepada kanakkanak biasa untuk perkembangan psikososial yang seimbang. Falsafah ini diselaraskan dengan objektif untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat dan untuk memastikan bahawa sistem pendidikan itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

TUJUAN PENDIDIKAN KHAS


Mengembangkan potensi kanak-kanak berkeperluan khas dari segi intelek, jasmani, sosial dan emosi secara optimum.

8 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS


Menyediakan peluang persekolahan dengan membina sekolah-sekolah khas dan kelas khas bermasalah pembelajaran untuk kanak-kanak cacat. Melatih kanak-kanak cacat dengan kemahiran dan vokasional yang membolehkan mereka menjadi warganegara yang berguna.

Melalui Bimbingan dan Kaunseling untuk pihak yang berkenaan agar mengikis pandangan atau sikap negatif terhadap ketidakupayaan kanak-kanak cacat menjalankan aktiviti pembelajaran di sekolah. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi kanak-kanak cacat dengan tujuan meningkatkan konsep kendiri dan membantu mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran hidup yang sebenar.

Melatih tenaga pengajar untuk melaksanakan program pendidikan khas dengan berkesan. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak cacat supaya mereka dapat bekerjasama dengan pihak sekolah, demi mempertingkatkan peluang menjayakan program pendidikan khas dan mencapai tujuannya dengan berkesan.

Menyediakan kemudahan perubatan dan penyelidikan untuk merawat atau memulihkan kecacatan fizikal, mental atau emosi kanakkanak cacat. Bekerjasama dengan agensi persendirian atau pertubuhan sukarela untuk membantu mereka dari segi kewangan atau latihan untuk orang cacat.

2 MODEL PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS


Program pendidikan khas diintegrasikan dengan program pendidikan biasa dalam institusi pendidikan yang sama. Program pendidikan khas dilaksanakan dalam institusi khas, misalnya sekolah kanak-kanak buta dan sekolah kanak-kanak bisu dan tuli.

Kanak-kanak buta atau pekak biasanya ditempatkan di dalam sekolah khas. Kecacatan kanak-kanak yang bukan buruk adalah ditempatkan di dalam Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang terletak di bawah pentadbiran sekolah biasa.

KANAK-KANAK CACAT FIZIKAL

Merupakan kanak-kanak yang mempunyai kecacatan ortopedik dan sebagainya. Masalah ortopedik melibatkan sistem otot dan skeletal. Sistem ini terdiri daripada tulang, sendi dan otot yang berfungsi di bawah kawalan otak manusia. Kebanyakan masalah ortopedik adalah bersifat sementara dan hanyalah sebahagian dari proses pembesaran.

Kecacatan ortopedik mempengaruhi fungsi tulang sendi atau otot menyebabkan pergerakan leher, pinggang, tangan, atau kakinya hingga menjadi lemah dan kurang berdaya. Pergerakan anggota-anggota badan yang kurang cekap atau lancar adalah ciri yang jelas diperlihatkan bagi kanak-kanak cacat fizikal. Punca-punca utama kanak-kanak kecacatan fizikal ialah kekurangan zat makanan atau kecederaan disebabkan kemalangan.

Ciri-ciri (pergerakan motor kecil): pembentukan koordinasi tangan dan jari yang tidak sempurna sukar mengangkat objek-objek kecil sukar melukis atau menulis

Ciri-ciri (pergerakan motor besar): kerap tersandung dan terjatuh sukar berjalan, berlari, melompat atau memanjat sukar mengimbang badan sukar melantun, menangkap atau membaling bola mungkin tidak upaya melepaskan sesuatu objek

Contoh Masalah Ortopedik Yang Biasa Di Kalangan Kanak-kanak


Bowlegs (kaki melengkung keluar) Knock-knees (kaki bengkok ke dalam) Flatfeet Clubfoot Dislokasi congenital tulang pinggul (Congenital dislocation of the hip CDH)

BOWLEGS (KAKI MELENGKUNG KELUAR)


Ini terjadi apabila adanya jarak yang agak jauh antara lutut apabila kanak-kanak berdiri dengan kaki dan buku lali dirapatkan (kaki kelihatan melengkung keluar). Bowlegs kebiasaannya adalah fisiologikal, ini bermakna kaki kanak-kanak akan mula lurus apabila dia mula berjalan dan masalah ini akan hilang dengan bertambahnya usia. Tetapi jika masalah ini berlanjutan selepas anak anda berumur 3 tahun, pemeriksaan seterusnya perlu dilakukan untuk memastikan tiada sebab-sebab yang serius.

KNOCK-KNEES (KAKI BENGKOK KE DALAM)


Masalah ini ialah di mana kedua belah kaki bengkok ke dalam dan lutut menyentuh satu sama lain menyebabkan jurang antara buku lali apabila kanakkanak berdiri. Kebanyakan kanak-kanak mengalami masalah ini di antara umur 3 hingga 5 tahun. Apabila mereka berumur 6 tahun, bentuk badan mereka akan lurus dengan sendirinya dan kebanyakan kanak-kanak boleh berdiri dengan kaki yang lurus. Kadangkala knock-knees patologikal akan terjadi dan jarak antara buku lali boleh melebihi 15cm.

FLATFEET
Ini merujuk kepada ketiadaan lengkungan semulajadi (arch) di tapak kaki kanak-kanak antara jari-jari kaki dan tumit. Ia berlaku apabila kebanyakan dari permukaan tapak kaki bersentuhan dengan tanah/lantai. Ramai bayi yang dilahirkan dengan tapak kaki yang leper tetapi ia akan semakin melengkung apabila mereka mula berjalan.

CLUBFOOT
Ini ialah kecacatan kaki yang wujud sejak lahir dan boleh juga dikaitkan dengan masalah penyakit yang lain contohnya (spina bifida. Kaki kanak-kanak akan kelihatan melengkung ke arah tengah dan jari-jari kaki akan menghala ke bawah. Jika kedua belah kaki kanak-kanak terlibat, kedua tapak kaki akan bertemu.

DISLOKASI CONGENITAL TULANG PINGGUL (CDH)


Ini terjadi apabila sendi pinggul tidak normal. Sendi ini terdiri dari bebola dan soket. Hujung tulang paha yang berupa bentuk bebola akan bergerak di dalam soket tulang pinggul yang berbentuk cawan. Dalam CDH, bentuk soket tulang pinggul ini cetek dan tidak sempurna, ini menyebabkan bebola sendi pinggul tergelincir dan mudah keluar dan masuk dari soketnya. Masalah ini biasanya akan dikesan oleh doktor yang memeriksa bayi yang baru lahir.

KANAK-KANAK CACAT PENGLIHATAN

Seseorang itu dianggap mengalami kecacatan penglihatan apabila ujian menggunakan 'Snellens Chart' menunjukkan beliau tidak dapat melihat huruf pada jarak 3 meter. Ini juga bermakna beliau tidak boleh berjalan secara sendirian. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan mengganggu pembelajaran.

Merupakan kanak-kanak buta atau mempunyai kadar kecekapan penglihatan antara 20/200 hingga 20/70 selepas pembetulan, berbanding dengan kanakkanak penglihatan normal yang mempunyai kadar kecekapan penglihatan 20/20. Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas dari segi neurologi tapi dipengaruhi pergerakan mereka yang terhad.

Mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh memberi kesan ke atas perkembangan personaliti. Kanak-kanak ini mempunyai konsep kendiri yang lemah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru dan rakan untuk sentiasa membimbing mereka.

Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi kesan pada perkembangan bahasa. Misalnya, seorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk perkataan bulat dan menghuraikannya dengan jelas jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan.

JENIS-JENIS MASALAH PENGLIHATAN


Rabun dekat Rabun jauh Rabun malam Rabun warna Astigimatisme Katarak Glaukoma Juling

CIRI-CIRI KANAK-KANAK CACAT PENGLIHATAN


Kesukaran membaca tulisan dan ilustrasi dalam buku serta di papan kapur. Sering membawa buku dekat matanya untuk membaca Sering mengesat matanya Matanya kelihatan kemerah-merahan Matanya juling, terpesong sedikit kedudukan mata hitamnya Sering berasa pening kepala Matanya amat sensitif terhadap cahaya Tidak dapat membaca dalam tempoh lama Kerap menulis perkataan-perkataan dengan ejaan lama.

PUNCA-PUNCA CACAT PENGLIHATAN


Kesakitan mata Kekurangan zat makanan Kerosakan saraf optik Menghidap penyakit seperti hypermetropia, myopia, dyslexia dan sebagainya.

KANAK-KANAK CACAT PENDENGARAN

Merupakan kanak-kanak yang sering menghadapi masalah komunikasi dan sukar mempelajari sebutan perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat. Tergolong dalam dua kumpulan:
a) kanak-kanak cacat pendengaran pratutur (prelingual) pekak dari sejak lahir b) Kanak-kanak cacat pendengaran postutur (postlingual) berlaku selepas mempunyai pengalaman bercakap, cacat pendengaran separa atau sepenuhnya

Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan pekak perlu menerima pendidikan menggunakan sensori lain seperti penglihatan.

Tahap kehilangan pendengaran diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 70 decibel. Mereka yang tergolong dalam separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan pendengaran antara 20 hingga 60 decibel.

Seseorang guru perlu peka kepada petanda masalah yang ditunjukkan oleh muridnya. Contoh, symptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah disebut. Mereka juga mempunyai masalah untuk mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku. Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana masalah sebutan yang sangat lemah.

Mereka juga sering mempunyai masalah nada suara yang tinggi atau rendah dan sering memusingkan kepala untuk mendengar. Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu. Ketidakupayaan berkomunikasi ini memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi, bahasa dan kognitif individu tersebut.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK CACAT PENDENGARAN


Bersifat pendiam, pemalu dan tidak suka bertanya Terlalu pasif dan tidak suka bergaul dengan rakanrakan sebaya Pertuturan mereka kurang lancar, sering tersekatsekat atau berulang-ulang Menghadapi masalah memahami kata orang lain Kurang upaya menggunakan perkataan-perkataan tepat untuk menerangkan atau menyatakan sesuatu perkara atau idea

Persepsinya kurang tepat kerana tidak boleh mendengar sesuatu dengan jelas dan tepat. Sering bergantung membaca pergerakan bibir orang untuk memahami maksud kata Sering cuba mengelakkan daripada menjawab soalan lisan orang lain kerana kurang pasti apa yang disoal Mencodong mukanya ke depan untuk mendengar jelas kata orang.

PUNCA-PUNCA CACAT PENDENGARAN


Kerosakan gegendang telinga Kerosakan saraf pendengaran Warisan baka

SEKIAN TERIMA KASIH!!!

You might also like