You are on page 1of 6

Konsep Perkembangan Sosial

Siti Hajar Bt Mokhtar Nurnabillahhuda Bt Rosdan Intan Yusnani Bt Mohd Yusof Nur Shafieqhah Amira Bt Shaari

Sunarto dan Hartono (1999), Hubungan sosial merupakan hubungan antara manusia yang saling memerlukan. Hubungan sosial bermula dari tingkat sederhana dan terbatas, yang didasari oleh keperluan yang sederhana. Semakin dewasa dan bertambah umur, keperluan manusia menjadi kompleks dan dengan demikian tingkat hubungan sosial juga berkembang secara kompleks.

Syamsu Yusuf, 2007, menyatakan bahawa Perkembangan Sosial merupakan pencapaian kematangan dalam hubungan sosial. Perkembangan sosial dapat pula didefinisikan sebagai proses belajar untuk menyesuaikan diri terhadap norma-norma kelompok, moral dan tradisi bagi meleburkan diri menjadi satu kesatuan dan saling berkomunikasi dan berkerjasama.

Perkembangan sosial pula menurut sumber buku Perkembangan Kanak-kanak, membincangkan kemahiran menjalin perhubungan sosial dan menunjukkan perlakuan baik dan sesuai mengikut normanorma masyarakat. Perkembangan sosial merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses ini meliputi cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial.

Secara umumnya, perkembangan sosial bermaksud perkembangan dalam persekitaran dan pergaulan di dalam masyarakat. Pada peringkat umur kanakkanak, mereka ini sepatutnya di beri kebebasan dalam bersosial dan bergaul dengan persekitaran.

Ibu bapa tidak boleh menghalang dan menyekat mereka daripada bersosial, sebaliknya memberi galakan yang positif kepada mereka supaya mereka lebih berani untuk ke hadapan dan secara tidak langsung akan menggalakan perkembangan kognitif kanak-kanak.

You might also like