You are on page 1of 6

Apakah Cara Bagi Meningkatkan Kesedaran Kepenggunaan?

Bagi meningkatkan kesedaran kepenggunaan, setiap pengguna mestilah sentiasa:


Sedar tindakannya terhadap diri, orang lain dan masyarakat Mengubah tanggapan negatif kepada positif Memastikan kelakuan pembelian menyumbang ke arah keadilan, kesaksamaan dan kesamarataan model ekonomi dan sosial yang berpusat dan mampan Bekerjasama dan menyumbang dalam pergerakan pengguna Peka dan prihatin tentang isu-isu kepenggunaan yang wujud Melengkapkan diri dengan ilmu kepenggunaan

Tahu hak dan tanggungjawab pengguna

Apakah Hak-Hak Pengguna?


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Hak untuk mendapat keperluan asas Hak untuk membuat pilihan Hak untuk mendapatkan maklumat Hak untuk mendapat ganti rugi Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat Hak untuk menyuarakan pendapat Hak untuk mendapat pendidikan pengguna Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat

Apakah Perkara Yang Perlu Diteliti Oleh Seorang Pengguna Semasa membeli Sesuatu Barang?

Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pembuat/pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model atau stok, tanda perniagaan dan negara asal. Tarikh luput, tarikh pembuat/pengilang Nama sebutan sebenar barangan yang dijual Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang mengikut unit metrik. Penerangan kandungan umum termasuk maklumat, keupayaan, panduan untuk kegunaannya dan batasannya Penerangan kandungan khusus seperti senarai dan nisbah bahan-bahan kandungan, khasiat bahan-bahan kandungan Kualiti atau kadar keupayaan misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya yang menunjukkan memenuhi standard SIRIM dan sebagainya. Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa. Maklumat seperti amaran, peraturanperaturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu misalnya kayak-kanak.

Bagaimana Menjadi Pengguna Yang Bijak?


Terdapat empat teras untuk menjadi pengguna bijak:

Membeli barangan berkualiti Membuat perbandingan harga Memilih perkhidmatan terbaik Membuat pilihan yang tepat

Jika Harga Barangan Tinggi, Tidak Berkualiti. Apakah Tindakan Yang Perlu Dilakukan?
Pengguna boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:

Talian aduan pengguna (bebas tol) 1 - 800 - 886 - 800 SMS Aduan 32255

Layari portal rasmi KPDNKK untuk membuat aduan

http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/

Pada Kebiasaan, Dalam Apa Cara Seseorang Pengguna Ditipu?


Penipuan harga termasuk harga barang tinggi Tanda halal palsu Penipuan alat timbang dan sukat Skim cepat kaya Gores dan menang Ubat-ubatan tiruan Barang tiruan Tiada tanda harga Jualan langsung Penipuan perjanjian sewa beli

MATLAMAT BARU KEWANGAN PADA TAHUN BARU Written by Siti Rahayu Zakaria Wednesday, 18 January 2012 17:14 Cuba tanyakan kepada diri anda sendiri, berapa peratuskah matlamat kewangan yang telah berjaya anda berjaya capai pada tahun 2011? Pada awal tahun baru ini merupakan masa yang paling sesuai untuk anda menilai kembali matlamat perancangan kewangan pada tahun lalu dan menyemak semula impian dan perancangan kewangan yang tidak terlaksana. Mengenal pasti keadaan kewangan semasa anda adalah satu permulaan yang baik untuk anda perbaiki matlamat kewangan pada masa akan datang. Anda juga perlu menyenaraikan keutamaan dan berazam untuk benar-benar dapat mencapainya pada tahun ini. Setiap daripada kita mempunyai matlamat kewangan yang berbeza. Berikut adalah 10 resolusi kewangan yang boleh anda lakukan sempena Tahun Baru 2012. 1) Hentikan pembelian yang tidak perlu. Hentikan pembelian yang tidak perlu dan sentiasa mengingatkan diri anda tentang matlamat utama yang ingin anda capai. Komitmen dalam tempoh jangka masa panjang akan membantu anda dalam meningkatkan keupayaan menguruskan kewangan dengan baik. Pengajaran dan pengalaman dapat mengubah minda anda dalam membuat keputusan perancangan kewangan. 2) Sentiasa menyemak aliran tunai anda. Sekiranya anda seorang yang tidak dapat mengawal perbelanjaan anda. Anda harus mengetahui cara-cara yang berkesan untuk menyemak dan menguruskan aliran tunai wang keluar dan wang masuk secara sistematik. Sentiasa catatkan perbelanjaan bulanan dan harian anda. Anda boleh lihat corak perbelanjaan sebenar anda dan mulakan langkah untuk mengubah sikap anda berbelanja. Aktiviti ini memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Teruskan mencatat perbelanjaan anda sehingga akhir tahun dan

nilai semula perubahan yang telah anda lakukan. 3) Memberi keutamaan untuk diri sendiri. Bayar untuk diri anda sendiri merupakan perkara yang paling utama. Anda perlu membuat simpanan sekurang-kurannya 10% daripada gaji bulanan anda. Tingkatkan simpanan dan pelaburan anda dari masa ke semasa dengan mengambil kira kadar inflasi. Displinkan diri anda untuk membuat simpanan dan langkah yang bijak adalah dengan melakukan bayaran secara automatik ke dalam akaun simpanan anda. 4) Tetapkan matlamat kewangan anda Anda perlu menetapkan matlamat kewangan anda dan impian yang ingin anda capai dalam pengurusan kewangan. Contohnya keputusan untuk membeli rumah, berkahwin, melanjutkan pelajaran, pendidikan anak-anak atau persediaan untuk bersara. Sekali lagi, anda perlu melihat senarai keutamaan dalam menetapkan matlamat kewangan anda. 5) Dapatkan perlindungan yang bersesuaian Kenal pasti perlindungan yang telah anda beli. Adakah perlindungan tersebut mengikut keperluan anda dan kehendak semasa? Semak semula perlindungan anda, keluarga dan anak-anak anda. 6) Uruskan hutang anda dengan bijak Senaraikan hutang anda mengikut urutan jumlah ansuran, baki hutang, kos pinjaman dan tempoh bayaran. Jika bayaran ansuran hutang melebihi 20% pendapatan bulanan, maka anda mungkin mempunyai masalah kewangan. Tetapkan azam dan disiplin anda untuk melunaskan hutang-hutang anda mengikut tempoh bayaran. Berbelanjalah secara tunai untuk sesuatu yang akan merosot nilainya dengan masa. 7) Libatkan keluarga anda Libatkan seluruh keluarga anda dalam pengurusan kewangan. Mulakan tahun baru dengan berbincang dan menentukan perbelanjaan keluarga anda. Didik anak anda untuk menyimpan sebahagian daripada wang saku dan belanja kepada barangan yang perlu. 8) Tingkatkan pelan pelaburan anda. Pelaburan memerlukan tempoh masa yang panjang. Anda perlu menentukan jenis-jenis pelaburan yang bersesuaian dengan diri dan keluarga anda. Rujuk kepada pakar sekiranya anda tidak pasti dengan produk-produk pelaburan

yang ditawarkan. 9) Peruntukan kewangan anda kepada badan-badan kebajikan. Dalam mengejar kemewahan kita tidak harus lupa kepada orang-orang yang memerlukan bantuan. Dermakan wang anda kepada badan-badan kebajikan dan anda boleh mendapatkan pengecualian cukai pendapatan daripada sumbangan tersebut. 10) Tingkatkan pendidikan pengurusan anda Tingkatkan pengetahuan anda dalam pengurusan kewangan melalui pembacaan majalah, buku-buku dan menghadiri seminar atau kursus. Anda perlu mencungkil rahsia kejayaan mentor kewangan anda dan mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada perunding kewangan anda. Siti Rahayu Zakaria Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia

You might also like