You are on page 1of 7

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM KALI KE-3 TAHUN 2011 1.

Ketibaan Pengetua Mengumumkan ketibaan Tuan Pengetua dengan diiringi oleh barisan Pentadbir masuk ke Dewan Sma Nilai. 2. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku yang hadirin diminta berdiri. Mohon para hadirin mengambil tempat
3. Ucapan aluan pengacara majlis

Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara, Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua, Salam sembah pembuka acara, Selamat datang untuk semua. Bismillahirrahmannirrahim Yang Berusaha Puan Rashidah bt Jailani Penolong Kanan Akademik, Sek Men Agama Nilai Yang Berusaha Pn Siti Aminah Ngan Binti Abdullah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Yang berusaha Puan Norizan binti Mohamed Kalam Penolong Kanan Kokurikulum, Ketua ketua bidang, Barisan guru Sekolah Menengah Agama Nilai Dan para pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh dan Salam Satu Malaysia 1 Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya, sekali lagi kita dapat berkumpul di pagi yang indah ini untuk sama sama memeriahkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Kali ke 3 2011 SMA Nilai. Guru guru dan pelajar pelajar yang dihormati sekalian , Tetak buluh kajang sepuluh,

Laksana dititing kias ibarat, Angkat tangan jemari sepuluh, Doa dipohon majlis diberkat. Dengan ini, dijemput dengan segala hormatnya Yang Berbahagia untuk memimpin bacaan doa/ayat2 suci al quran. Dipersilakan. Amin Ya rabbal alamin.. Terima kasih di ucapkan kepada Yang Berbahagia Ustaz. Semoga dengan doa yang dipanjatkan tadi, majlis kita pada hari ini akan sentiasa di bawah lindungan payung rahmatNya. Hadirin sekalian, 4. Gerak kerja kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah yang melibatkan penyertaan semua pelajar. Aktiviti kokurikulum merupakan lanjutan daripada kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah dan bertujuan mengukuhkan lagi apa yang telah dipelajari terutama yang berkaitan dengan mata pelajaran di sekolah. Justeru, Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum yang diadakan setiap tahun adalah khusus untuk menghargai sumbangan dan jasa para pelajar dan guru-guru SMA Nilai yang telah membantu menaikkan nama sekolah di peringkat daerah, dengan pencapaian pencapaian cemerlang yang telah diraih. Adalah menjadi harapan pihak sekolah dengan memberikan pengiktirafan melalui Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum ini, para pelajar yang lain akan juga turut bersemangat untuk mengenal potensi diri dan cuba menyerlahkan bakat terpendam yang ada dalam diri mereka pada masa akan datang, seterusnya mengharumkan nama sekolah dengan penglibatan dalam aktiviti aktiviti luar bilik darjah yang positif dan berfaedah. 2 Para hadirin yang dihormati, Buah selasih di dalam puan, Dibawa gadis ke Tanjung Jati, Takkan hilang jasamu tuan, Telah tersemat di dalam hati. Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, Bukan rumput sebarang rumput, Rumput penghias tepi halaman, Bukan jemput sebarang jemput, Jemput memohon berikan ucapan. Untuk itu, tanpa melengahkan masa lagi, dengan penuh takzim dijemput Yang Berusaha Puan Rashidah bt Jailani, Guru Penolong Kanan Akademik Sekolah Menengah Agama Nilai untuk

memberikan ucapan dan seterusya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011 SMA Nilai. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada yang Berusaha Puan Rashidah bt Jailani atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. PENYAMPAIAN ANUGERAH 8. Hadirin dan hadirat yang dimuliakan, Majlis diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah Kepimpinan Hal ehwal Murid. Untuk itu, dijemput Yang Berbahagia Datin Hajah Norliza Binti Shamsudin Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dengan diiringi oleh Ketua Bidang Bahasa Pn. Zaimah Binti Alias untuk menyempurnakan acara penyampaian sijil. Dipersilakan. 8.1 Anugerah Kepimpinan HEM dimulakan dengan memberikan sijil penghargaan kepada Ketua Tingkatan. Dimulakan dengan menjemput.. ( nama nama penerima anugerah ) 8.2 Sijil penghargaan yang berikutnya adalah Penghargaan Kehadiran Penuh diberikan kepada pelajar pelajar yang berjaya hadir ke sekolah sepanjang tahun. Penghargaan dimulakan dengan menjemput.. ( nama nama penerima sijil ) 8.3Anugerah yang berikutnya akan diberikan kepada kelas kelas terbersih sepanjang tahun. Bagi kelas terbersih tingkatan satu anugerah diberikan kepada ( nama nama kelas ) Terima kasih diucapkan kepada Ynag Berbahagia Datin Hajah Norliza kerana sudi menyampaikan anugerah sebentar tadi. PERSEMBAHAN 2 7. Majlis diteruskan dengan menyaksikan persembahan nasyid oleh pelajar pelajar dari sesi petang. Kumpulan nasyid yang dianggotai seramai 13 orang ini akan menyanyikan 2 buah lagu bertajuk Inspirasi dan medley Ajaran Islam serta Sakaratul maut. Dipersilakan. Terima kasih atas persembahan itu tadi. Untuk makluman para hadirin persembahan nasyid itu tadi adalah di bawah bimbingan Ustazah Noor Asiah. Teruskan berhibur dengan bakat seterusnya yang telah dicungkil dari pertandingan bakat BDP Got Talent 2010 yang merupakan salah satu daripada program yang telah diadakan sempena Program Selepas PMR. Gadis manis ini bukan sahaja bersuara lunak tetapi berkebolehan bermain gitar. Beliau akan menyanyikan sebuah lagu bertajuk Yang Sebenarnya sambil bermain gitar.bakat yang dimaksudkan ialah saudari Syahirah __________________ dari tingkatan 3 Fitrah . Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudari Syahirah, kalau terus digilap bakatnya tidak mustahil satu hari nanti kita akan melihat nama bakat muda ini terpampang di akbar akbar sebagai penyanyi tersohor negara.siapa tahu. 4 PENYAMPAIAN ANUGERAH KOKURIKULUM 9 Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum. Bagi menyempurnakan acara penyampaian anugerah, dengan sukacitanya dijemput Yang Berusaha En. Md. Yusup Bin Hamid dengan diiringi oleh Pn. Cheng Shock Meng, Ketua Bidang Teknik dan Vokasinal naik ke pentas. Dipersilakan. 9.1 Penyampaian Anugerah Kokurikulum dimulakan dengan _________________________ ( nama nama anugerah, nama- nama pelajar ) Buah selasih di dalam puan, Dibawa gadis ketengah laman, Takkan hilang jasamu tuan, Jadi ingatan sepanjang zaman. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Md. Yusup atas kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi. PERSEMBAHAN 3 Bersarang merbah di Kuala Langat, Manis madunya pabila dimakan, Suasana meriah bertambah hangat, Pelbagai persembahan kami persembahkan. Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, sama- samalah kita menyaksikan persembahan yang seterusnya iaitu persembahan nyanyian secara duet yang akan dipersembahkan oleh Saudara Leong Tian Jun dan Saudara Beh Wen Ley. Mereka akan menyanyikan lagu dalam bahasa Cina yang bermaksud BOYS NOT SMART Dipersilakan Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi. Seterusnya kita hayati pula persembahan nyanyian secara solo yang akan dipersembahkan oleh Saudara Teh Wei Loon yang akan mendendangkan sebuah lagu syahdu juga dalam bahasa Cina yang bermaksud CINTA BAGAI AIRMATA BINTANG UTARA Ayuh kita dengarkan. Begitulah tadi antara bakat bakat yang mungkin akan mewarnai dunia seni suara tanahair kita satu hari nanti. Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi.

5 PENYAMPAIAN ANUGERAH UTAMA 10 Majlis diteruskan lagi ke acara kemuncak Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Kepimpinan Pelajar 2010 dengan penyampaian anugerah anugerah utama. Dengan majlis segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Pn. Norlia Binti Ashaari dengan diiringi oleh Yang Berusaha En. Md Yusup bin Hamid bagi menyempurnakan acara penyampaian anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.. 10.1 Anugerah pertama yang akan disampaikan ialah Anugerah NILAM. ( Untuk makluman NILAM bermaksud Nadi Ilmu Amalan Membaca , anugerah diberikan kepada pembaca tertinggi mengikut tingkatan.) Dimulakan dengan penerima Anugerah Aktiviti Galakkan Pembaca 2010 Penerima anugerah NILAM tingkatan 2 ialah. ( sebut nama ikut senarai ) Setiap Tahun mana mana pelajar yang mencapai tahap tertinggi dalam program NILAM akan dipilih menjadi Tokoh NILAM. Pada tahun ini seorang pelajar telah layak dinobatkan sebagai Tokoh NILAM SMK Bandar Damai Perdana 2010. ( baca perincian tokoh ikut lampiran ) Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah. 10.2 Anugerah Kebaktian 2010 Anugerah yang seterusnya ialah Anugerah Kebaktian 2010 yang dahulunya dikenali sebagai Anugerah Budi Pekerti. Untuk makluman penerima Anugerah ini dikategorikan sebagai pelajar yang ringan tulang, bersopan santun dan sentiasa bersedia membantu apabila diperlukan. Anugerah Tokoh Kebaktian 2010 diberikan kepada ( rujuk lampiran ) Syabas dan tahniah kepada penerima anugerah semoga ini dapat dijadikan sumber inspirasi kepada pelajar lain untuk tidak lokek berbakti kepada sekolah. 10.3 Tokoh kokurikulum Tibalah kita ke penyampaian anugerah yang terakhir pada majlis ini iaitu Anugerah Tokoh Kokurikulum 2010. Tokoh anugerah dipilih berdasarkan penglibatan aktif dalam kegiatan kokurikulum sepanjang tahun dan membantu mengharumkan nama sekolah di pelbagai peringkat.Sebelum diumumkan nama tokoh ini, ingin saya berkongsi sedikit kisah tentang tokoh yang akan diumumkan.( baca lampiran )

Tahniah diucapkan kepada Saudari Siti Najwa Binti Mohd. Sawawi dan Saudara Muhammad Dzulfiqar Bin Ismail .Semoga mereka akan terus maju dalam bidang kokurikulum dan akademik di masa akan datang. Syabas. 6 Tenang tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung, Hati terkenang mulut menyebut, Budi puan rasa nak junjung. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang berusaha Puan Norlia kerana sudi menyampaikan anugerah sebentar tadi. PERSEMBAHAN 4 Bunga mawar cantik menawan, Dipetik juragan dibawa ke pekan, Persembahan seterusnya tarian berkumpulan, Mari bersam kita saksikan. Dengan itu terimalah persembahan tarian yang penuh bertenaga dan menghiburkan oleh pelajar pelajar yang menggelarkan kumpulan mereka 3C United bersama kita saksikan. Sangat mantap dan penuh bertenaga, itulah yang dapat digambarkan bagi persembahan yang anda saksikan sebentar tadi. Terima kasih. Hadirin dan hadirat yang di kasihi sekalian, Menyanyi sudah , menari pun sudah. Persembahan yang berikutnya adalah eksklusif sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Kepimpinan 2010. Dengan petikkan gitar BLUES A MINOR ala ala Jimmy Hendrix majlis dengan sukacitanya mempersilakan saudara Helmi Kamal dari tingkatan 5 Amanahsaksikan. Moga hadirin semua telah terhibur dengan persembahan persembahan itu tadi. Dengan berakhirnya persembahan tadi, maka tibalah kita ke penghujung majlis. Sebelum tirai dilabuhkan, dengan penuh rasa merendah diri, kami memohon maaf atas segala kepincangan dan kesilapan sepanjang kami mengendalikan majlis ini.Dengan ini, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Assalamualaikum Terima kasih.

You might also like