You are on page 1of 14

INFLAKASTA

1.

2.

NURUL JANNATUN AALIYAH BT. MOHD YUSUF NUR MADIHAH MAKSUMAH BT. ZARIN

Peperangan sedang berlaku. Muncul Marhen dan Dibisi dalam keadaan yang lapar. Mereka terjumpa sebuah kotak lalu bergelut untuk memilki kotak makanan itu. Mereka hampa kerana tiada makanan di dalam kotak itu.

Mereka saling berkenalan. Dibisi merupakan orang penting dalam pemerintahan sebelum peperangan ini. Dibisi pula seorang petani yang hidup senang. Dia merupakan seorang yang pemurah. Namun, nasib mereka kini sama. Mereka pun tertidur.

Muncul Siti dalam wajah yang sugul. Dia memanggil-manggil nama Inflakasta. Kehadiran Siti mengejutkan Dibisi dan Marhen. Siti menuduh mereka pembunuh dan menyebabkan peperangan.

Tiba-tiba terdengar suara dari pelaung suara yang mengarahkan mereka supaya jangan berlari kerana mereka telah dikepung. Muncul Kastabung, ketua tentera yang berkuasa di situ. Marhen hendak menyerang Kastabung. Kastabung memangil Taliba, pembantunya. Taliba datang dengan membawa senjata kuasa bahaya yang mampu memusnahkan semua benda. Dibisi memberitahu Kastabung bahawa mereka ialah mangsa peperangan, namun Kastabung tidak mempercayainya.

Marhen bertumbuk dengan Kastabung. Taliba dan Siti turut masuk campur. Pergaduhan terhenti apabila Jakidan membawa berita buruk tentang kerajaan mereka. Kastabung tidak peduli akan berita tersebut, malah akan meneruskan cita-citanya untuk membina Empayar Kastabung. Dibisi dan Siti menasihatinya, namun tidak diendahkannya.

Dibisi dan Marhen berselisih pendapat lalu terjadi pergelutan antara mereka. Siti merampas senjata kuasa bahaya dan menyuruh Kastabung mengarahkan orang-orang suruhannya meninggalkan tempat itu. Kastabung akur. Tiba-tiba, Siti rebah kerana ditembak dengan cahaya laser. Dibisi menyerang Kastabung, Jakidan dan Taliba. Dibisi juga maut terkena cahaya laser. Marhen yang geram lalu membocorkan senjata kuasa bahaya menyebabkan semuanya musnah menyembah bumi.

Muncul dua orang kanak-kanak, Infla dan Kasta yang membawa makanan untuk ibu mereka, Siti. Siti menyedari kehadiran mereka lalu menyampaikan pesanan terakhir kepada mereka sebelum dia meninggal dunia.

TEMA

P E R S O A L A N

PERBEZAAN IDEOLOGI YANG TIDAK DIKAWAL DAN DISERTAI SIFAT TERLALU MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN DIRI

PEPERANGAN DAPAT MENGAKIBATKAN BERLAKUNYA INFLASI

PEMERINTAHAN SECARA DIKTATOR AKAN MELEMAHKAN PENTADBIRAN DAN MEMBAWA KEPADA KEPINCANGAN HIDUP

1. MARHEN - Wajah bengis tidak terurus - Seorang petani hidup senang sebelum peperangan - Suka tolong orang susah - Cepat bertindak sebelum berfikir panjang - Berani - Mangsa peperangan 2. KASTABUNG - Diktator yang zalim - Tidak mahu bertolak ansur - Terlalu mementingkan diri - Gila kuasa

3. SITI - SEORANG IBU - SASAU KERANA KEHILANGAN ANAK - SEORANG YANG BERANI DAN BIJAK - MANGSA PEPERANGAN 4. INFLA DAN KASTA - INFLA ANAK LELAKI SITI - KASTA ANAK PEREMPUAN SITI - SAYANG AKAN IBUNYA

KASIH SAYANG

KERJASAMA

NILAI
KEBERANIAN

BAIK HATI

DIALOG DALAM DRAMA INI PENDEK DAN BERKESAN

- KASTABUNG : (MARAH) TALIBA! BUTA KE! AKU BUKAN MUSUH PENGGUNAAN KATA BAHASA INGGERIS - FRAGILE-FOOD PENGGUNAAN KATA BAHASA ARAB - LAILAHAILLALLAH, RASULULLAH, ALHAMDULILLAH PENGGUNAAN SINKOPE - TAK, TU, NI, KAU, KU MAU SIMILE - LETUPAN BERGEGARAN SEPERTI HALILINTAR HIPERBOLA - NERAKA JAHANAM, MARAH BERAPI METAFORA - RUANG GERSANG, IDEOLOGI JAHAT

P E N G A J A R A N

Janganlah bersikap ego dan gila kuasa.

Golongan yang berkuasa janganlah menindas mereka yang lemah. Peperangan tidak membawa kebaikan, sebaliknya membawa kemusnahan.

You might also like