Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Abdulkarim Kreativiti

Abdulkarim Kreativiti

Ratings: (0)|Views: 97|Likes:
Published by MOHD ROZI ISMAIL

More info:

Published by: MOHD ROZI ISMAIL on Jul 11, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/14/2013

pdf

text

original

 
Kreativiti dan cabaran pelaksanaannya dalam bilik darjah
PENGENALAN
Matlamat wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysiayang kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yangmemberikan penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif daninovatif bagi membangunkan negara. Usaha yang disarankan ini dilihat sangat relevandengan aspirasi pendidikan seni visual kerana subjek ini dilihat sebagai satu cabang disiplinyang membolehkan fikiran kreatif berkembang kerana sifatnya yang tidak konservatif dantidak jumud.Hoffa (1964) menjelaskan bahawa program dan aktiviti seni visual seharusnyadijadikan landasan terbaik bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkankreativiti di kalangan murid. Selain menggalakkan penjanaan idea, mata pelajaran ini banyak memberi peluang dan kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Justeru itu, pemupukan pemikirankreatif perlu disemai semenjak daripada zaman kanak-kanak lagi. Guru-guru pendidikanseni visual perlu menguasai kaedah merangsang minda ke arah pembentukan individukreatif.
PENGERTIAN KREATIVITI
Perkataan “kreativitiberasal daripada perkataan Barat iaitu
creativity
yang berertikeupayaan mencipta atau daya cipta (Hassan, 1997). Perkataan
creativity
 pula berasaldaripada perkataan Latin iaitu “creare” yang bermaksud “membuat”. Perkataan Greek pulamenterjemahkan “krainein” sebagai “memenuhi”(Young,1999). Namun begitu menurutTorrance (1988), adalah amat sukar atau mustahil untuk memberikan satu definisi yang benar-benar tepat mengenai maksud kreativiti ini. Ini adalah kerana ciri – ciri kreativiti itusendiri yang infinitif serta melibatkan setiap deria yang dimiliki oleh manusia termasuklah penglihatan, pendengaran, bau, rasa, dan perasaan ( Torrance, 1998).Menurut Kamus Dewan,(2002), kreativiti ditakrifkan sebagai suatu kemampuan(kebolehan) mencipta daya kreatif. Kebolehan mencipta, menghasil dan mengembangkan
 
idea baru dan asli dimaksudkan sebagai kreatif. Selain itu, ada juga pendapat mentakrifkankreatif dan kreativiti ini sebagai satu penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelum ini.Secara ringkasnya kreativiti melibatkan daya berfikir, dan kemahiran berfikir. Justeru,kreativiti sebenarnya boleh dibentuk dan dilatih. Ramai pengkaji mengklasifikasikankemahiran berfikir secara kreatif sebagai kemahiran menggunakan otak kanan. Individuyang mempunyai kebolehan ‘kreatif’ biasanya mempunyai perasaan istimewa dan eksklusif kerana individu ini dianggap mempunyai kualiti sejati yang jarang ditemui (Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan, 2003).Menurut Cropley (2001), secara keseluruhannya, pakar-pakar dalam bidangkreativiti bersepakat bahawa kreativiti memiliki tiga unsur teras iaitu:1. Keaslian (sesuatu produk, tindakan atau idea yang kreatif semestinya menyimpangdaripada kebiasaan).2. Keberkesanan (mencapai tujuan mengapa ianya dihasilkan).3. Beretika (istilah kreatif biasanya tidak digunakan untuk mejelaskan tindakan-tindakanyang mementingkan diri sendiri seperti jenayah,tingkah laku distruktif dan sebagainya).Kesimpulannya, memahami konsep kreativiti yang sebenarnya sangat pentingterutamanya bagi para pendidik yang berperanan memupuk kreativiti pelajar dalam bilik darjah. Walaupun pelbagai pendekatan telah digunakan untuk mentakrif kreativiti tetapi pakar-pakar bersetuju bahawa tiga teras utama kreativiti ialah keaslian, keberkesanan dan beretika.
PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITIa. Paul Torrance
Ellis Paul Torrance telah mendapat gelaran Bapa Kreativiti kerana kerja-kerjapenyelidikannya mendalami bidang kreativiti. Kemuncak kerjaya Profesor PaulTorrance ini ialah apabila beliau berjaya mencipta kaedah penanda aras dalammengukur kreativiti seseorang individu, dan beliau mengusulkan bahawa ujian IQ(intelligent quotion) bukanlah satu-satunya cara untuk mengukur daya intelektual
 
seseorang melalui instrument ciptaannya “Torrance Test of Creative Thinking”.Sepanjang hidupnya, Profesor Dr. Ellis Paul Torrance telah menghasilkan lebihdaripada 2,000 penulisan ilmiah dalam bentuk buku,monografi,artikel,ujian,manual dan material pengajaran.
b. June King Mc Fee
Jun Macfee menjelaskan bahawa kreativiti seseorang boleh dilihat melaluikeupayaan menyumbangkan idea dan berupaya pula untuk mengubah ideatersebut kepada idea yang baru lalu melahirkan satu idea lain yang lebihbermakna. Mcfee melihat bahawa idea boleh dimanipulasikan menjadi sesuatuyang baru dan mampu diolah. Antara sumbangan June King McFee dalambidang pendidikan seni ialah pengiktirafan yang berjaya diperolehi daripadaperjuangannya yang melihat bahawa seni tidak seharusnya terhad kepada hasilkarya seni sahaja, malah terdapat pengalaman estetika di dalam semua objek dipersekitaran. Menurut McFee, seni ialah satu bentuk komunikasi yangdipengaruhi oleh konteks budaya.
c. Victor Lowenfeld
Teori Lowenfeld Stages of Artistic Development yang banyak digunakan olehpara pendidik khususnya dalam bidang pendidikan seni visual sebagai rujukandan penerangan adalah dibangunkan oleh beliau. Teori ini menerangkanperingkat-peringkat perkembangan kanak-kanak mengikut perspektif lukisan.Galakan mengembangkan pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak perlu

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->