Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
99Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55

Ratings:

4.83

(35)
|Views: 26,918|Likes:
Published by oong hak ching
Hasil Penyelidikan
No Projek : M/13/96
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi
Universiti Kebangsaan Malaysia
Laporan Akhir Penyelidikan ini dibuat sebelum penulis bersara dari UKM
Hasil Penyelidikan
No Projek : M/13/96
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi
Universiti Kebangsaan Malaysia
Laporan Akhir Penyelidikan ini dibuat sebelum penulis bersara dari UKM

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: oong hak ching on Jan 09, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See More
See less

01/05/2014

 
Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, 1952-55:Satu Tinjauan KembaliolehOong Hak Ching
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan StrategiUniversiti Kebangsaan Malaysia
synopsis
The Kuala Lumpur Municipal Election of February represented a turning  point in the political development of Malaya. Two communal parties, theUMNO and MCA decided to form an alliance at a local level in order tocontest in the Election on a common non-communal platform. For manycontemporary political observers, the forming of UMNO-MCA Alliancewas unexpected, as the MCA leaders such as Tan Cheng Lock has givenits full support to the IMP. Many writers such as Moore (1960), Vasil (1971,1980), Datar (1983), Heng Pek Koon (1988) and Diane K. Mauzy(1983) suggests that UMNO and the MCA joined forces because of  personal animosity between H.S.Lee and Dato Onn. However, they wereunable to provide any evidence to support their arguments. This present writer offers a comprehensive explanation on the genesis of the UMNO-MCA Alliance by making used of almost source available, including H.S  Lee Papers.
Pengenalan
Penyelidikan mengenai penubuhan Perikatan UMNO-MCA telahdijalankan sejak 3 September 1996 dan berakhir pada 4 Mac 2004. Masayang diambil terlalu lama kerana kerana projek ini dijalankan secarasambilan dan tertunda-tunda kerana masalah mendapat data dan juga permintaan dari institusi-institusi tertentu agar penulis mengkaji beberapatajuk yang berkaitan dengan projek ini seperti peranan tokoh-tokoh pengasas Perikataan UMNO-MCA terutama Tunku Abdul Rahman, TanCheng Lock dan H.S.Lee; peranan Perikatan UMNO-MCA dalam perjuangan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu dan isu-isu perpaduan danhuhungan kaum di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan. Perluasaan skopkajian yang dilakukan telah menghasilkan satu booklet (2000c) dan enam buah kertaskerja (2003a, 2003b, 2003c, 2002, 2001 dan 2000b).Salah satu faktor penting yang mendorong penulis untuk membuatkajian semula mengenai penubuhan Perikatan UMNO-MCA kajian–kajian
 
yang lalu tidak membuat pemeriksaan yang teliti dan terperinci ke atas pelbagai bahan termasuk dokumen-dokumen rasmi, surat-surat persendirian dan lain-lain yang baharu ditemui atau dibuka untuk ditelitioleh para penyelidik. Antara bahan-bahan yang patut ditonjolkan di sinitermasuk lah surat-surat persendirian Tan Cheng Lock di
 Institute of Southeast Asian Studies
dan di Arkib Negara Malaysia; surat-surat persendirian H.S.Lee dan H.B.Ball.Ada juga bahan yang telah lama dibuka untuk diteliti oleh para penyelidik tetapi tidak dirujuk dalam tulisan-tulisan mengenai sejarah penubuhan Perikataan UMNO-MCA seperti "
 Presidential Address at the Annual Meeting of the Central General Committee of the MCA" 
yangterkandung di dalam
Tan Cheng Lock Papers: A Descriptive List 
danUcapan Tunku Abdul Rahman dalam tahun 1955 yang bertajuk "MengapaPerikatan Dibentuk" yang dimuatkan dalam Ahmad Fawzi Basri et al.(1991: 340-348). Pandangan-pandangan Tunku Abdul Rahman yangdisiarkan dalam akhbar 
"The Star" 
dan kemudian dibukukan (TunkuAbdul Rahman Putra, 1977) juga tidak digunakan atau tidak ditelitidengan terperinci oleh penulis terdahulu yang mengkaji asal-usulPerikatan UMNO-MCA. Para penulis yang disebutkan juga tidak meneliti bahan-bahan dalam bahasa Melayu terutama
Utusan Melayu
dalam tulisan jawi. Penulis sendiri yang telah menyiapkan penelitian dan penulisan tesisuntuk ijazah Doktor Falsafah bertajuk "British Policy and Chinese Politicsin Malaya, 1942-1955" (1993) tidak dapat menggunakan kesemua bahanyang ditemui kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Apabila tesisini diterbitkan dengan tajuk 
Chinese politics in Malaya
,
1942-1955: The Dynamics of British Policy
(2000) penulis juga tidak sempat memasukkanfakta baru.Tulisan berkenaan masih boleh diperbaiki melalui penyelidikan ini.Ada beberapa informasi yang boleh dirujuk seperti peristiwa pertemuan diantara Tan Cheng Lock, Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman di KualaLumpur dalam bulan Januari 1952 dapat menjelaskan urutan peristiwayang membawa kepada usaha-usaha menjalin kerjasama di antara MCAdengan UMNO menjelang pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur.Berdasarkan informasi yang diberikan oleh seorang tokoh MCA kepadaseorang pegawai di Pejabat Tanah Jajahan di London satu pertemuan itudiadakan pada penghujung bulan Januari (B.H. Oon kepada Paskin, 5Februari 1952 dalam CO 1022/85). Pertemuan ini dihadiri oleh pemimpin- pemimpin IMP, MCA dan UMNO dengan tujuan mencapai satu persafahaman di kalangan mereka bagi mewujudkan suasana harmoni diTanah Melayu. Informasi yang diberikan ini berdasarkan ingatan yangmasih boleh dipertikaikan. Tetapi berdasarkan urutan peristiwa yangmembawa kepada penubuhan perikatan UMNO-MCA yang terdapatdalam ucapan Tunku Abdul Rahman pertemuan tersebut mungkindiadakan pada awal Januari 1952 (Ahmad Fawzi Basri, 1991: 341).
 
Bagi para pemerhati politik kontemporari dan para penyelidik terutama dalam bidang Sains Politik penubuhan Perikatan UMNO-MCAmerupakan satu fenomena yang luar biasa dan sukar dimengertikan. Para peneliti seperti Moore (1960), Means (1970), Vasil (1971;1980), Datar (1983) dan Heng Pek Koon (1988) telah dilanda oleh masalah untuk mendapatkan informasi yang mencukupi bagi memberi penjelasanmengenai asal usul Perikatan UMNO-MCA. Para penulis ini tidak dapatmengisi kesenjangan dalam urutan peristiwa-peristiwa penting dalam jangka masa 16 September 1951 (apabila IMP ditubuhkan) hingga 9Januari 1952 apabila H.S. Lee, Pengerusi Malayan Chinese Association(MCA) Cawangan Selangor dan Dato Yahaya, Pengerusi JawatankuasaKecil Pilihanraya UMNO Kuala Lumpur membuat pengumuman bersamauntuk bekerjasama dalam Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur tersebut. Pengumuman ini menimbulkan kejutan kepada pemerhati politik semasa dan menyebabkan para peneliti memberikan tafsiran dankenyataan yang berbeda untuk menjelaskan peristiwa ini.. Bahkan ada diantara mereka menggunakan cereka atau mitos dan andaian.Moore yang membuat kajian mengenai UMNO dan PilihanrayaTanah Melayu 1959 menyatakan "...
the formation of the Alliance[UMNO-MCA] started as a local phenomenon and almost fortuitously
."(1960: 208). Selanjutnya ia menambah bahawa: 
This decision was made locally on both sides without reference to higher  party authority. Indications were that the UMNO headquarter was takencompletely unawares by newspaper account of the alliance, but the Tunku,after only slight hesitation, declared his full support of the move. Sir TanCheng Lock's position was much more difficult as he was put in a positionthereby of supporting an action aimed defeating the Malay candidates of  IMP, the party which he had just help Dato Onn found.
Menurut Moore lagi tindakan H.S. Lee mengadakan kerjasamadengan UMNO menentang IMP telah menimbulkan anggapan di kalangan banyak pemimpin tertinggi MCA bahawa Lee telah mengkhianati atau"betrayed" MCA. Satu kenyataan yang tidak dapat dipertahankan denganseberang bukti atau bahan.Sepuluh tahun selepas Moore, Means pula tampil untuk mengemukakan pandangannya sendiri mengenai asal usul PerikatanUMNO-MCA. Menurut Means pertentangan personaliti atau rasa permusuhan (personal animosities) di antara Tan Cheng Lock dengan DatoOnn merupakan sebab melahirkan Perikatan UMNO-MCA. Ia menyatakan bahawa:

Activity (99)

You've already reviewed this. Edit your review.
Larvenn Ying liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Arjon Arjfbty added this note|
UMNO
Zainab Rahmat liked this
benjoyce021112 liked this
sloppeh liked this
Ely Dan Aril liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->