Masalah amalan pengajaran matematik yang tidak konsisten ini juga turut berlakudi beberapa negeri lain. Fey (1979), telah meringkaskan dapatan kajiannya di tiga buahnegeri di Amerika, dengan katanya:“
the profile of mathematics classes emerging from the survey data is a pattern in which extensive teacher-directed explanation and questioning is followed by student seatwork on pencil-and-paper assignments
” (p.494).Data bagi United State (US) yang dipetik daripada “Second International MathematicsStudy (SIMS)” mengesahkan bahawa pelajar-pelajar pada tahap gred 12 menghabiskansebahagian masanya di bilik darjah semata-mata untuk mendengar penerangan guru danmenyelesaikan latihan serta kuiz yang disediakan untuk menguji tahap penguasaankemahiran mereka (Crosswhite 1987). Soal selidik dengan guru-guru daripada 22 buahnegara yang menjadi peserta dalam SIMS mendapati “
most of their time was used inwhole-class instruction
”. Kajian ini juga menunjukkan bahawa gaya pengajaran
“teacher-directed
” begitu dominan di kalangan guru-guru dan majoriti pelajar melihatsubjek matematik sebagai satu set peraturan atau petua yang perlu dihafal, dan bukannyasatu disiplin yang melibatkan kreativiti, penakkulan , dan komunikasi (Miwa 1987).Beberapa kajian mutakhir di peringkat antarabangsa mengulangi dapatan SIMS.Daripada tahun 1981 hingga 1983, kajian persekitaran bilik darjah yang dilakukan oleh“International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA)” telahmemerhati proses pengajaran pembelajaran matematik di sembilan buah negara(Anderson 1989). Sekali lagi didapati bahawa aktiviti penerangan guru ( teacher presentations) dan kerja pelajar secara individu (individual student work) mencorakkansuasana pembelajaran di bilik darjah. Satu dekad kemudian, dalam tahun 1991, datadaripada kelas gred 8 di 20 buah negara di dunia, dikumpul melalui satu kajian yangdijalankan oleh “International Assessment of Educational Progress (IAEP)” menunjukkan bahawa “
student in many countries regularly spent their instructional time listening tomathematics lesson
” dan “
another common classroom activity is to require students towork mathematics exercises on their own
” (Lapointe, Mead &Askew 1992, p.48). Kajianterkini di peringkat antarabangsa, “Third International Mathematics and Science Study(TIMSS)” mendapati bahawa pendekatan yang paling kerap digunakan di semua negara(39 buah) yang terlibat adalah berpusatkan kepada guru di mana pelajar melakukan