Professional Documents
Culture Documents
PENGENALAN
AKU
Kebanyakkan kita dan juga manusia lain pada hari ini telah tersalah anggap
tentang apa yang di katakan "Hidup" Kebanyakan nya menganggap bahawa
"Hidup" itu hanyalah makan, bergerak, mencari kemewahan, bekerja dan lain
lain lagi, mereka mengangap dan berkeyakinan bahawa jasad kasar (tubuh
badan) mereka itu hidup dengan sendiri nya yang membolehkan mereka
melakukan kerja kerja harian mereka itu, tapi malangnya mereka tidak
pernah terfikir bahawa jasad (tubuh badan) mereka itu sebenar nya
ialah benda mati yang tidak dapat hidup dan bergerak dengan
sendiri nya tanpa ada sesuatu yang menghidupkan nya. Untuk di
ketahui bahawa ada satu Tenaga Penghidup yang letaknya di dalam badan diri
mereka sendiri (jasad), Pernah dengar Jiwa dan Raga?? Yang mana Jiwa dan
yang mana pula Raga?? satu soalan yang harus di beri perhatiaan dan harus di
kaji maana di sebalik kata kata tersebut.
Ketahuilah jasad kita ini sebenarnya adalah benda mati, yang mana tanpa yang
hidup di dalam nya itu jasad kita ini sebenar nya tidak bermakna. Tetapi jasad
atau tubuh badan ini lah yang dijaga dan diutamakan oleh kebanyakan orang di
dunia ini. Sedangkan kita semua tahu bila mati kelak, jasad akan busuk dan di
tanam atau di bakar. Ini menunjukkan mati ialah bila "hidup yang
menghidupkan" jasad tadi meninggalkan jasad. Persoalan nya sekarang
ialah dimanakah letaknya yang di panggil hidup dan menghidupkan itu?? Terdiri
dari apa dia? berasal dari mana dia? yang penting sekali boleh kah ia nya
dikenali?
Yang mana dengan adanya ia yang hidup itu lah jasad kita ini hidup,
dan sebenarnya ia diam di dalam jasad kita sendiri, dan dia lah yang di panggil
"DIRI" sebenar "DIRI" dan dia lah sebenarnya yang menghidupkan jasad kita
ini. Tapi pernah kah kita terfikir tentang "DIRI" itu atau cuba mencari dan
mengenal nya,
Tentu nya soal yang akan timbul ialah dari mana "DIRI" itu, dimana letaknya
"DIRI" itu, terdiri dari apakah "DIRI" itu, dan kemanakah perginya "DIRI" itu
apabila jasad mati atau dengan lain perkataan "DIRI" meninggalkan jasad???
dan yang penting sekali bolehkah kita mengenal "DIRI" sebenar "DIRI" kita itu.
ROH
Kita semua tahu dan percaya bahawa ujud nya roh! Tak ada sesiapa yang dapat
menafikan kenyataan ini, Kerana semasa Tuhan bertanya kepada sekelian Roh "
siapa kah Tuhan kamu " dengan sepontan sekelian Roh menjawab " bahkan "
yang membawa makna mereka telah pun mengenal Tuhan yang esa.:
1. Dihidupkan
2. Menghidupkan
Yang menghidupkan ialah roh, yang datangnya (diciptakan) dari Allah, yang
memasuki jasad dan terus hidup, tugas roh ialah menghidupkan jasad tetapi
sayang nya jasad tidak langsung terfikir bahawa roh lah yang hidup sebenar
benar hidup dan menghidupkan jasad yang bila mana roh meninggalkan nya
maka matilah dia di panggil orang dan di tanam atau di bakar.
Nyata dan terbukti disini Roh lah yang utama, dan dengan itu boleh lah di
ibaratkan Roh itu bagi Jasad ialah hidup yang dipakai dan mati yang di tumpang
bagi Jasad.
Jawap nya tentu lah "YA" Tapi sebelum kita mengenal Roh, haruslah kita
mengenal "DIRI" dahulu.
Roh hanyalah berupa cahaya dan bila ia masuk kedalam Jasad, maka cahaya
Roh ini akan berkembang dan memancar keseluruh dan memenuhi ruang di
dalam Jasad, ini lah yang mengujudkan atau telah menyebabkan ujudnya "Diri"
yang berupa saperti jasad dan cahaya Roh ini memenuhi setiap ruang didalam
Jasad .
Maka ujudlah "Diri" sebenar "Diri" dan "DIRI" ini lah yang harus di kenal. Dan
"DIRI" ini ialah gambaran jasad dan ianya ghaib. Dan "Diri" ini lah yang harus
dikenali.
Ada berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengenal "DIRI" ini,
bergantung kepada perguruan dan kaedah guru guru mengajar kepada murid
murid nya. Semua perguruan ini adalah betul dan cara apa sekali pun di
gunakan, tujuan nya satu ya itu untuk mengenal "DIRI" sebenar "DIRI" .
Ini lah rahsia hidup kita dan "DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada
hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh
kita, kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia
dan akhirat, Insyaallah.
Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia
datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.
Banyak lag persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita
yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:
Kesimpulan nya kenali lah "DIRI" kita ini yang dia lah
sebenar benar "DIRI" dan kemukakan lah dia dalam segala
urusan kita di dunia ini sementara menunggu hari yang kekal
abadi, kerana dia kekal kerana di kekalkan.
Ilmu Mengenal "DIRI" ialah satu ilmu pengetahuan yang harus di ketahui oleh
semua orang kerana tiap tiap maanusia membawanya di dalam jasad kasar
mereka, harus kah
penghidup jasad kita ini kita biarkan begitu saja tanpa mengenali dan merasakan
nya, hanya semasa maut hampir datang menjemput baru kita sedar yang dia
akan meninggalkan kita?????