You are on page 1of 2

Model ASSURE Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) bertujuan untuk menyediakan panduan untuk

merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada P&P di bilik darjah dan ditujukan khas kepada setiap pengajar. Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu : A - Analisis pelajar (analyse learner) S - Nyatakan objektif ( state objective) S - Pilih kaedah, media dan bahan ( select method, media and materials) U - Gunakan media dan bahan ( utilise media dan materials) R - Galakkan penglibatan murid ( required learner participation) E - Penilaian dan semak ( evaluatioan and revise)

Model ADDIE Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987 dan sering menjadi asas kepada model rekabentuk berarahan yang lain. Ia mengandungi lima peringkat seperti yang ditunjukkan di bawah:
Analisis Rekabentuk Pembangunan Pelaksanaan Penilaian

Rajah : Model ADDIE Sumber : Sistem Multimedia (2007), Venton Publishing


Analisis Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis persekitaran pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran. Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu :

Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya? Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud? Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran? Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?

Reka bentuk Di antara langkah yang dilakukan pada fasa reka bentuk adalah : Dokumentasi projek yang mengandungi reka bentuk berarahan, visual dan strategi rekabentuk Aplikasi strategi pengarahan bergantung kepada sikap yang dipamerkan oleh pengguna seperti kognitif, afektif dan psikomotor. Membangunkan papan cerita Mereka bentuk antara muka Membangunkan prototaip Menggunakan reka bentuk visual

Pembangunan Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan.

Pelaksanaan Projek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran untuk digunakan. Penilaian Fasa penilaian terbahagi dua iaitu formatif dan sumatif. Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik penyeliaan dan pengujian.

You might also like