You are on page 1of 26

Disediakan oleh: SUIB BIN HJ HAMID CHEE KIN HUEN PSV 2 2011

Apa itu analisis SWOT?


WWeakness

S - Strength

SWOT

O Opportunities

T Threat

Kegunaan dan tujuan analisis SWOT?


Kegunaan SWOT : untuk menilai dan mengenalpasti, apakah kekuatan yang ada, kelemahan, peluang dan juga halangan (ancaman) dalam menganalisis pasaran, peluang perniagaan dan juga pengurusan perniagaan Objektif : Bertujuan untuk menilai faktor luaran dan dalaman yang dapat membantu pembentukan atau mempengaruhi sesuatu kejayaan. Strengths dan Weaknesses adalah merupakan faktor dari dalaman manakala Opportunities dan juga Threats adalah faktor dari luaran.

Analisis Model Pemprosesan Maklumat menggunakan Teknik SWOT


Aspek yang dinilai berdasarkan teknik ini ialah
Kekuatan Kelemahan Peluang dan Ancaman

dalam penggunaan model ini dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah.

Konsep Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat


Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat menyatakan

bahawa ingatan manusia sama seperti komputer.


Maklumat iaitu input yang diperolehi pelajar daripada

persekitaran pembelajaran.
Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan. Pemprosesan maklumat dapat didefinisikan sebagai satu

operasi mental iaitu mewarna, mengekod, menyimpan dan mengingat kembali maklumat atau bagaimana manusia belajar.

Pengajaran Ekspositori
Proses utama dalam pembelajaran ialah subsumpsi iaitu

menggabungkan maklumat baharu ke dalam maklumat sedia ada dengan membuat perkaitan antara idea baharu dengan idea sedia ada. Manusia memperoleh pengetahuan melalui resepsi atau penerimaan dan bukan penemuan. Contonhnya, pelajar menerima sesuatu maklumat melalui penerangan dari guru, bukannya melalui pencarian sendiri. Pengajaran ekspositori menekankan pembelajaran verbal yang bermakna, bukannya pembelajaran hafalan. Pembelajaran bermakna berlaku jika perkaitan dibuat antara antara pengatahuan baru dengan pengetahuan sedia ada. Pendekatan deduktif iaitu daripada umum kepada spesifik digunakan dalam pembelajaran ekspositori.

Peringkat Pengajaran Ekspositori Terdapat tiga fasa utama iaitu


1.

Penyusunan awal (fasa pertama)

Penyusunan awal menghubung kait maklumat baharu dengan skema-skema yang sedia ada dan dikemukakan kepada pelajar.

2. 3.

Bahan atau maklumat baharu yang diperolehi melalui kuliah, perbincangan, perbentangan dan tugasan pelajar. (fasa kedua) Pengukuhan organisasi kognitif (fasa ketiga)

guru cuba mengaitkan maklumat baharu ke dalam struktur yang digambarkan dalam penyusun awal dengan mengingatkan pelajar bagaimana setiap aspek dihubungkaitkan dengan gambaran umum. penilaian turut dilaksanakan.Pelajar boleh mengemukakan soalan untuk mendapatkan pemahaman lanjut.

Pengajaran Inkuiri
Merangkumi segala proses soal selidik untuk

mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan.
Mengenal pasti masalah
Mencari maklumat rumusan Menbentuk hipotesis Menguji hipotesis Menilai dan membuat rumusan

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat

dua jenis teknik inkuiri iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka.

Inkuiri terbimbing - memerlukan guru membimbing

pelajar menjalankan segala proses kajian.


Inkuiri terbuka - pelajar tidak diberi sebarang

bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri.


Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi

mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.
Murid akan meneroka sendiri dan seterusnya membuat

kesimpulan.

STRENGTH ( KEKUATAN )
Memudahkan pelajar mengetahui isi pelajaran yang

seterusnya. Murid hanya belajar konsep utama untuk diaplikasikan kepada pelajaran yang lain.
Prinsip dan idea dalam pembelajaran dipersembahkan

kepada pelajar dan seterusnya difahami oleh mereka, bukan ditemui sendiri oleh murid. Hal ini dapat dijelaskan dalam pembelajaran ekspositori. Berdasarkan pembelajaran ekspositori, murid dijelaskan secara verbal dan murid akan faham apa yang dijelaskan oleh guru.
Guru lebih bersedia sebelum membuat pengajaran di

dalam bilik darjah.

Guru mengetahui teknik dan kaedah yang dapat

membantu murid mengingati isi pelajaran.


Model ini mempunyai maklumat yang holistik mengenai

bagaimana minda memproses maklumat, menerima maklumat, menyimpan maklumat, mengeluarkan maklumat untuk menggunakannya jika perlu dan mengubahsuai maklumat.
Rangsangan dari persekitaran luar diterima dalam sistem

saraf melalui deria. Selepas itu, maklumat akan ditafsir dalam satu ingatan, kemudian ia di hantar ke stor jangka panjang dan akhirnya kepada pengerak tindak balas melalui sistem saraf.

Berfokuskan kepada naluri semula jadi kita untuk

memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah yang bersistematik dan berurutan.
Melalui model projek, murid boleh belajar dengan

perhatian yang rapi melalui aktiviti permainan, demonstrasi, penggunaan tranparensi, kerja praktik, kajian luar dan lawatan.
Berdasarkan model inkuiri, murid dapat melibatkan

diri dalam proses penaakulan bagi mengasahkan kemahiran menyoal dan membuat kesimpulan serta membina dan seterusnya menguji konsep dan hipotesis.

WEAKNESSES ( KELEMAHAN )
Pelajar yang mempunyai masalah pemahaman dan kurang

berminat dalam pembelajaran akan sukar mengaplikasikan pembelajaran ekspositori.


Penggunaan model ini bergantung sepenuhnya kepada guru-

guru.
Memerlukan motivasi untuk melaksanakan proses

pembelajaran.
Pembelajaran berlaku melalui proses pelaziman tingkah laku

yang sudah biasa di lakukan.

Guru perlu menarik perhatian murid ketika ingin

memulakan proses pembelajaran.


Murid tidak akan mendapat ilmu pengetahuan baharu. Sebahagian murid akan menghadapi masalah dalam

memahami isi pelajaran


Tahap kemampuan intelektual setiap murid berbeza

antara satu sama lain.

OPPORTUNITIES ( PELUANG )
Memberi peluang kepada guru untuk menggunakan

salah satu model yang terdapat dalam model pembelajaran.


Murid dapat melatih pemikiran mereka untuk mencari

lebih banyak maklumat sendiri.


Murid dapat memahami konteks konsep dan prinsip

melalui model ekspositori.


Murid dapat menetapkan matlamat untuk diri sendiri. Dapat memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif.

Masyarakat dapat mencapai matlamat pendidikan peribadi,

sosial dan kendiri.


Melalui pengajaran dan pembelajaran, guru dapat

menyalurkan nilai kebudayaan dan kebangsaan.


Model ini dapat menunjukkan kesedaran dan penghargaan

mengenai potensi diri murid-murid.


Guru boleh mempelbagaikan cara pengajaran bagi menarik

minat murid
Menerusi model pemprosesan maklumat ini, pelbagai peluang

yang boleh diambil oleh guru-guru mahupun pelajar dalam mengaplikasikan model ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan.

Kupasan mengenai model ini oleh Robert Mills Gagne

telah memperkenalkan pelbagai fasa dan teori-teori mengenai proses pengajaran dan cara menyimpan maklumat dalam ingatan jangka masa panjang.
Kajian yang lengkap mengenai model pemprosesan

maklumat ini memberi banyak faedah kepada individu dalam cara memproses maklumat.

THREATS ( ANCAMAN )
Guru tidak dapat mengajar dengan baik.
Oleh kerana model ini bergantung sepenuhnya kepada

guru, hasil pembelajaran tidak akan tercapai sekiranya guru gagal mengajar dengan baik Murid hanya ingin mempelajari sesuatu sekiranya mendapat ganjaran daripada guru sahaja. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajarn untuk mengelakkan murid merasa bosan. Peneguhan yang diberikan perlulah bersesuaian dengan tahap dan potensi murid. Murid akan keliru dengan isi pelajaran apabila mereka tidak memahami apa yang guru sampaikan.

Model Pengajaran Behavioral


Model ini berasaskan eksperimen pelaziman klasik Pavlov,

pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike dan kajian Watson dan rakan-rakan. Merujuk kumpulan model ini, kita mempunyai mekanisme pembentukan kendiri yang berupaya untuk mengubahsuai tingkah laku berdasarkan maklum balas tentang sejauh mana kita berjaya melakukan tugas yang diberi. Kumpulan model ini mengesyorkan program-program yang boleh digunakan untuk mengurangkan fobia, mengembangkan kemahiran-kemahiran sosial dan menangani kebimbangan, dan sebagainya.

PENGAJARAN LANSUNG
Model ini berarahkan guru di mana guru akan

menyampaikan isi pengajaran secara lansung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini sesuai untuk mengajar bacaan dan matematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.

PEMBELAJARAN MASTERI
Model ini digunakan untuk menyesuaikan

pengajaran di mana faktor perbezaan individu diambil kira.


Pelajar disusun daripada mudah kepada kompleks,

sebelum disampaikan kepada murid-murid agar dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing.

Analisis SWOT Model Pengajaran Behavioral


Strengths( Kekuatan)
Berpusatkan guru di mana guru menyampaikan isi

pengajaran secara Langsung kepada murid-murid. Masa pengajaran berstruktur dan dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Guru memilih dan mengarahkan pembelajaran. Pelajar dapat memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang disebabkan guru mengembangkan kemahiran yang hendak diajar secara langkah demi langkah. Pelajar dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing disebabkan guru menyusun isi pelajaran dari mudah kepada kompleks.

Weaknesses( Kelemahan)
Kebebasan pelajar diabaikan.

Perbincangan yang tidak berkaitan dengan topik

yang terkandung dalam akademik diminimumkan. Kurang interaksi antara guru dengan pelajar, pelajar tidak dapat melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perbincangan ditumpukan kepada kandungan yang ditetapkan sahaja. Model ini sesuai untuk mengajar bacaan dan matematik tetapi tidak sesuai untuk mata pelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.

Opportunities( Cadangan)
Menghubungkaitkan isi pengajaran dengan

pengetahuan pelajar sebelumnya dan pengetahuan yang sedia ada diketahui oleh pelajar. Guru menerangkan konsep atau kemahiran baru dengan menggunakan bahan pengajaran yang menarik. Pelbagai latihan boleh diadakan seperti latihan objektif, latihan struktur dan latihan KBKK.

Threats( Ancaman)
Pelajar menjadi pasif dan kurang berinisiatif.
Sifat sosial yang positif tidak dapat dipupuk di

kalangan pelajar. Pelajar tidak dapat menerokai ilmu pengetahuan baru. Proses pengajaran dan pembelajaran membosankan.

SEKIAN

TERIMA KASIH

You might also like