You are on page 1of 1

Isu Pencemaran Bagaimana Hendak Menerangkan?

Ayah, apa itu lapisan ozon?, Ibu, tadi dalam berita, die ada sebut jerebu, amenda tu hah ibu?, Abah, apa tu kesan rumah hijau? dan bermacam-macam lagi pertanyaan ditanya oleh anak kita sewaktu menonton berita. Hendak menjawab, anak kita bukannya tahu akan Cloroflourocarbon (CFC) atau Particulate Matter 10 (PM10), sedangkan lidah kita sendiri terbelit nak menyebutnya, pening kepala kita dibuatnya. Jadi, kita semua hanya menjawab Entah !, Tak tahu!, dan ada yang menjawab Dah, pegi buat kerja sekolah. Senang, anak kita pun diam tanda fahamdan kita pun boleh menonton televisyen dengan tanpa gangguan. Nanti dulu, kan tak menjawab soalan namanya itu. Anak kita cuba menanyakan Apa itu.Apa ini.apa ini? dijawabnya Dah, pergi buat kerja rumah. Cuba kita letakkan situasi kita di anak kita, tersinggung hati kita dibuatnya. Dengan terus mengatakan Entah !, Tak Tahu !, kita terus membunuh semangat ingin tahu anak kita. Terang dengan Mudah Untuk menjawab kembali soalan anak kita, kita harus bermain dengan imiginasi dengan anak kita. Bayangkan anak kita menanya soalan tentang lapisan ozon, anak kita tidak akan faham ikatan tiga oksigen, sinaran uv dan sebagainya tetapi kita tahu bahawa lapisan ozon itu pelindung daripada sinaran uv. Kita boleh bercakap begini; Lapisan ozon itu seperti atap rumah, kalau rumah takde atap, kulit adik rasa panas tak? Daripada contoh ini, mudah bagi kita dan anak kita faham akan isu alam sekitar. Anak kita akan lebih faham dan seterusnya akan mengajar rakan-rakan mereka yang lain. Kartun sebagai Pendidikan Semua orang sukakan kartun, tidak mengira tua atau muda. Di sini kita boleh menggunakan kartun untuk membantu anak kita memahami masalah yang berkaitan alam sekitar. Kartun juga boleh membantu, sekiranya kita sendiri tidak memahami isu alam sekitar tersebut. Sebagai contoh, kalau kita mahu memberitahu anak kita tentang kesan rumah hijau, kita boleh menunjukkan video kartun kesan rumah hijau daripada Youtube.

Abu Ali merupakan seorang penulis bebas yang mempunyai pengalaman dalam alam sekitar. Kunjungi alamsekitar.my di http://alamsekitar.my untuk lebih tips dan informasi mengenai alam sekitar.

You might also like