You are on page 1of 25

KOS DAN ANGGARAN

PENGENALAN
Penghasilan sesuatu produk selalunya melibatkan proses yang dinamakan sebagai kos. Dalam erti kata lain, seorang jurutera perlulah menimbangkan sebarang penglibatan kos-kos yang diperuntukkan untuk produk yang akan dihasilkannya. Peruntukkan kos-kos ini boleh diambilkira berdasarkan faktor-faktor yang akan mempengaruhi perjalanan penghasilan produk yang terlibat.

Apakah itu kos?


Kos merupakan satu sumber yang diambil kira dalam memenuhi syarat penghasilan sesuatu produk. Diambil kira dalam bentuk nilai matawang,contoh; Ringgit Malaysia,US Dollars,Rupiah Indonesia,British Pound Sterling. Proses pengiraan kos ini biasanya berlaku apabila hendak mengeluarkan produk baru ataupun penubuhan syarikat baru.

ISTILAH ASAS KOS


Kos adalah jumlah perbelanjaan perlu dibayar bagi mendapatkan sesuatu perkara atau melaksanakan sesuatu aktiviti.

Kos produk
Kos yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu produk dari awal hingga akhir.

kos
Kos terbahagi kepada 2 jenis iaitu:- Kos langsung (direct cost) - Kos tidak langsung (indirect kos )

KOS LANGSUNG
Kos yang boleh dihubungkan secara terus kepada sesuatu kerja, produk atau perkhidmatan. Kos ini terdiri dari kos bahan langsung, kos buruh langsung dan kos perbelanjaan langsung.

KOS LANGSUNG TERBAHAGI KEPADA TIGA


1. Kos Bahan Langsung 2. Kos Buruh Langsung 3. Kos Perbelanjaan Langsung

Kos Bahan Langsung


Kos mentah digunakan dalam membuat sesuatu produk

Kos Buruh Langsung


Upah yang dibayar kepada pekerja yang menghasilkan produk atau gaji yang boleh dihubungkan terus kepada pekerja yang menghasilkan sesuatu servis yang boleh dijual.

Kos Perbelanjaan Langsung


Perbelanjaan yang ditanggung khusus untuk sesuatu kerja,projek atau servis yang boleh dijual contohnya peralatan yang di sewa khususnya untuk satu kerja.

OVERHED
Ditakrifkan sebagai kos yang tidak melibatkan kos pengeluaran produk,sebagai contoh :- cukai, insuran, buruh tak langsung,kos perkhidmatan dan bahan tak langsung.

Kos tidak langsung


Kos tidak langsung terdiri dari kos bahan, buruh dan perbelanjaan yang tidak dapat dihubungkan terus kepada sesuatu produk atau service. Contoh kos tidak langsung ialah pembersihan ke atas bahan mentah,kos pembelian alatan tambahan untuk kerjakerja khusus.

Elemen-elemen Kos Produk


Bahan - Bahan mentah yang digunakan dalam proses pengeluaran - Bahan-bahan fizikal lain yang digunakan sehingga produk tersebut disiapkan - Tentukan produk yang ekonomi dan munasabah - Membuat bandingan dari bekalan bahan dan bahan tak terus

Cont
Buruh - Kos upah atau gaji bagi pekerja yang terlibat secara terus dalam pengeluaran produk - Tentukan upah kos yang sesuai dan berpatutan Perbelanjaan lain - Semua kos pengeluaran yang tidak langsung - Upah buruh dan bahan yang terlibat secara tidak langsung, kuasa elektrik , insuran dan sebagainya

Bil Bahan ( BOM)


Proses pengiraan kos ini biasanya melibatkan beberapa faktor dimana proses pengiraan ini melibatkan satu kaedah yang dipanggil BOM (Bill of Material). BOM ini merupakan kaedah yang mengabungkan kesemua FAKTOR ini semasa membentangkan proses pengiraan kos ini. BOM adalah menyenaraikan semua komponen yang diperlukan untuk membangunkan produk tersebut.

Faktor-faktor yang melibatkan proses pengiraan kos


Kos bahan mentah. Kos buruh Kos proses Kos komponen yang terlibat. Kos peralatan Kos bebanan Kos pembangunan. Kos lain-lain.

KOS BAHAN MENTAH

Pengiraan kos bahan mentah ini hendaklah mengambil kira penglibatan bahan-bahan mentah yang hendak dipakai. Sebelum menyediakan pengiraan kos, bahan mentah ini hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu. Ciri-ciri bahan mentah ini hendaklah dikenal pasti dengan lebih terperinci terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang lebihan kos.

Pengukuran Kos Bahan


1. Kuantiti bahan yang digunakan 2. Menentukan keperluan bahan tersebut 3. Harga bagi setiap unit bahan 4. Kos senarai barangan

Spesifikasi Bahan
Ciri-ciri bagi setiap bahan mestilah jelas dan tepat Klasifikasi bahan yang diperlukan Tujuan dan fungsi bagi setiap bahan Tentukan jenis-jenis bahan yang digunakan

Sumber harga bahan


Pembekal Pengilang Majalah/katalog Internet

Kebaikan pengiraan kos bahan mentah


- Pengasingan harga yang disediakan oleh pembekal. - Pengekalan harga sebenar dan standard untuk sesuatu bahan. - Membaharui harga bahan jika ianya berubah-ubah. - Kawalan inventori yang baik untuk bahan mentah yang terlibat. - Pengawalan keluar masuk bahan berdasarkan harga yang ada. - Penghantaran bahan mentah yang terlibat berdasarkan kos yang telah dibuat.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anggaran kos bahan


Part Side Support Material 4 x 4 Plywood 3 Qty Size 4 x 4 x 7 Origin 4 x 4 x8 4 x 8 Cost/Unit Total Cost RM 7.00 RM21

Top Plate Plywood Bottom Plate Carbon Steel

29 x 31.3

RM 18.00

RM18

31.3 x 29 x 0.5

Custom

RM 400

RM 400

Anggaran RM 439 Kos

You might also like