You are on page 1of 15

FEQH PUASA

Oleh : SYIHABUDIN AHMAD MY Kuliah Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Jabatan Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Dumyat, Mesir.

1.0 Pengertian Menurut syarak, puasa adalah : Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa, dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, dengan disertai niat. 1.1 Sejarah Pensyariatan Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Syaban tahun ke2 Hijrah. Sebelum itu amalan puasa telah pun biasa dilakukan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi saw. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam Surah alBaqarah, ayat 183:


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. [Al-Baqarah : 183] Sayyid Qutub berkata: Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung perintah Allah dan mengutamakan keredhaanNya. Taqwa itulah yang mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati. Orangorang yang dihadapkan ayatayat alQuran ini kepada mereka memang sedar betapa tingginya maqam taqwa di sisi Allah dan betapa berat timbangannya di dalam neraca Allah . Taqwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka, dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang menyampaikan kepada taqwa. Oleh sebab itulah ayat ini mengangkatkan taqwa di hadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang dituju oleh mereka menerusi ibadat puasa. 2.0 Hujah Pensyariatan Puasa Akan tetapi kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umatumat terdahulu adalah dari segi pensyariatan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad s.a.w secara khususnya difardhukan puasa bulan Ramadhan berdasarkan Surah alBaqarah, ayat 185:


(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keteranganketerangan yang menjelaskan perbezaan antara yang benar dan salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu; [Al-Baqarah 185] Nabi saw juga pernah berkata :

Agama Islam tertegak atas lima perkara; 1) Penyaksian bahawa tiada sembahan melainkan Allah, dan Muhammad itu utusan Allah, 2) Mendirikan solat, 3) Menunaikan zakat, 4) dan Haji, 5) Puasa dibulan Ramadhan.

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim] Begitu juga, Nabi saw pernah ditanya oleh seorang Al-`Arabi : Beritakankanlah kepadaku, apakah puasa yang telah diwajibkan Allah terhadap diriku?, Lantas Rasulullah saw berkata : Puasa Ramadhan. [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim] 2.1 Hukum Meninggalkan Puasa Ramadhan Tanpa Keuzuran Apabila kita sudah memahami bahawa Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun dari rukun-rukun Islam, bahkan ia terkandung dalam perkara yang pastinya semua orang sudah tahu : , maka barangsiapa yang mengingkarinya, maka hukumannya seperti berikut : 1- Jika dia sudah tahu akan kewajipannya, lalu dia mempertikaikan kewajipan tersebut, maka dia telah kafir, dan komunikasi dengannya adalah komunikasi antara orang Islam dengan orang yang murtad. Dia diminta untuk bertaubat jika dia bertaubat maka taubatnya diterima, namun sekiranya enggan, maka dijatuhkan hukuman bunuh.

2- Jika dia sudah tahu kewajipannya tanpa mempertikaikan kewajipan puasa, namun dia berkata Aku tahu wajib, tapi aku tak mahu berpuasa , maka dia tergolong dalam golongan yang fasik iaitu golongan yang tidak diterima penyaksiannya, serta dia tidak boleh menjadi wali perkahwinan anak perempuannya sendiri, atau mewakili manamana perkahwinan. Golongan ini mestilah dicegah oleh pemerintah dengan diperintahkan mereka menahan makan dan minum walaupun hanya sekadar luaran sahaja. 3.0 Kelebihan Puasa dan Rahsianya Puasa mempunyai banyak kelebihan: antaranya, dapat mengangkat darjat manusia, mampu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu, mematahkan keinginan yang tidak berpatutan, memperbanyakkan sedekah kepada yang memerlukan, melengkapi ketaatan kepada Allah swt,, dan mampu mencegah dari bahaya maksiat dan sebarang godaan Syaitan Laknatullah Alaihi. Adapun puasa dapat mengangkat darjat, ianya sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. :


Apabila datangnya bulan Ramadhan, maka terbukalah pintu-pintu syurga, dan tertutuplah pintu-intu neraka, dan syaitan-syaitan pula dirantai. [Hadis Riwayat Al-Bukhari] Dan juga sabda Nabi s.a.w. ketika menceritakan firman dari Tuhannya Azza wa Jalla :

.
Setiap amalan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa, kerana ianya adalah untukKu, dan Akulah (sahaja yang berhak) memberi ganjaran pahala padanya. Puasa adalah pelindung. Apabila seseoramg dari kamu berpuasa, maka janganlah kamu berkata kotor (mencarut) pada hari itu, dan jangan pula kamu berteriak (bergaduh). Sekiranya dia dikeji oleh

seseorang atau diajak berkelahi, maka katalah : Sesungguhnya aku orang yang sedang berpuasa. Demi diri Muhammad ditanganNya, perubahan bau mulut orang berpuasa lebih wangi disisi Allah pada hari kiamat berbanding bau haruman kasturi. Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan yang akan mengembirakannya : 1) Apabila dia berbuka, maka dia bergembira dengan makanannya, 2) dan apabila dia bertemu dengan tuhannya, maka dia bergembira dengan amalan puasanya. [Hadis Riwayat Al-Bukhari] Dan dari Nabi s.a.w.m bahawa baginda bersabda:


Setiap amalan anak Adam digandakan: satu kebaikan digandakan sebanyak sepuluh kebaikan lain yang seumpama dengannya, sehingga tujuh ratus gandaan. Allah (Azza wa Jalla) berfirman : Kecuali puasa , kerana ia untuk Aku dan Akulah yang (berhak) memberi ganjaran pahala padanya: (kerana) dia meninggalkan keinginan syahwatnya dan makanannya untuk diriku . [Hadis Riwayat Muslim] Penjelasan : Adapun, terbukanya pintu-pintu syurga adalah sebuah ibarat yang diberikan kepada banyaknya perbuatan ketaatan (di bulan Ramadhan) yang mewajibkan terbukanya pintu syurga. Dan tertutupnya pintu neraka pula adalah ibarat keatas sedikitnya perbuatan maksiat (di bulan Ramadhan) yang mewajibkan tertutupnya pintu neraka. Dan terantainya syaitan pula adalah ibarat ke atas terpotongnya keraguan yang mereka timbulkan terhadap orang berpuasa. Kerana mereka tidak mampu mendorong orang berpuasa kearah maksiat. Dan firman Allah :

Setiap amalan anak Adam itu adalah untuk dirinya, kecuali puasa, kerana ia adalah untuk Aku dan Akulah yang (berhak) memberi ganjaran padanya. Allah menggaitkan puasa kepada dirinNya adalah satu kaitan kemulian. Kerana puasa tidak terdapat padanya perasaan riya, disebabkan ianya adalah suatu yang tersembunyi. Dan Firman Allah : (( Akulah yang memberi ganjaran padanya )) secara umumnya, Allahlah yang memberi ganjaran kepada segala amalan ketaatan, dan maksud yang dikehendaki dari ayat tersebut adalah : membesarkan pahala puasa tersebut. 4.0 Syarat Wajib & Sah Puasa Ramadhan Syarat yang mewajibkan seseorang manusia itu berpuasa dibulan Ramadhan adalah seperti berikut : 1) Islam ; Tidak wajib bagi orang kafir, sekiraya dia memeluk Islam, maka dia tidak perlu untuk qodho` bagi puasa-puasa yang ditinggalkannya. 2) Mukallaf (Islam , Baligh, dan Berakal) 3) Tidak berada dalam keadaan keuzuran yang dilarang untuk berpuasa 4) Tidak berada dalam keadaan keuzuran yang membolehkan untuk tidak berpuasa 5) Mengetahui kewajipan puasa Ramadhan 4.1 Keadaan yang diharamkan untuk berpuasa : 1- Berada dalam keadaan haid atau nifas walaupun hanya sebahagian hari 2- Hilang akal atau gila dalam sehari penuh, sekiranya dia sedar walaupun hanya sebentar sahaja dalam waktu berpuasa, maka dia wajib untuk berpuasa. 4.2 Keadaan yang membolehkan untuk tidak berpuasa : 1- Sakit yang teruk, sehingga jika dia berpuasa akan menyebabkan kesakitannya bertambah. Namun, sekiranya ia berkaitan dengan kematian, maka haram baginya untuk terus berpuasa. 2- Perjalanan yang jauh melebihi 83 Km, dengan syarat; ia adalah perjalanan yang diharuskan. 3- Lemah untuk berpuasa, seperti lemah disebabkan tua, atau sakit yang tiada harapan sembuh kerana puasa hanya wajib kepada mereka yang mampu sahaja. 4.3 Syarat Sah Puasa: 1- Islam 2- Berakal 3- Tidak berada dalam keadaan yang dihalang untuk berpuasa

5.0 Rukun Puasa Rukun puasa adalah : 5.1 Niat Ia adalah lintasan kehendak dalam hati, ia tidak memadai dengan hanya ucapan semata, bahkan tidak pula disyaratkan untuk melafazkannya. Niat Puasa Ramadhan mestilah memenuhi perkara-perkara berikut: 5.1.1 Berniat dimalam hari (At-Tabyiit) Niat mestilah ditetapkan diwaktu malam sebelum hari puasa; iaitu sebelum terbit fajar. Sekiranya dia tidak berniat pada waktu itu, maka terbatallah puasanya. Namun, dia tetap perlu menahan diri dari makan dan minum. Rasulullah saw pernah bersabda:

.
Barangsiapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya. [Hadis Riwayat An-Nasaaie] 5.1.2 Pengkhususan (At-Ta`yin) Niat itu mestilah mengkhususkan jenis puasa. Dia mestilah menetapkan niat untuk puasa pada hari esok itu adalah puasa Ramadhan. Jika sekadar ia hanya berniat untuk berpuasa sahaja tanpa pengkhususan, maka niatnya tidak sah. 5.1.3 Mengulang Puasa Ramadhan adalah suatu ibadah yang berulang-ulang setiap hari. Ianya bukanlah satu ibadah sahaja, oleh itu niat puasanya juga perlu diulang pada setiap malam. 5.2 Menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa, dari mula terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari. Dalilnya adalah seperti berikut :


Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib). [Al-Baqarah : 187] 6.0 Perkara Yang Membatalkan Puasa Perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut: 6.1 Makan dan minum Sekiranya dilakukan dengan sengaja, maka terbatallah puasanya walaupun makanan itu hanya sedikit atau secubit. Namun, seandainya dia makan kerana terlupa dan tidak sengaja, maka tidak terbatallah puasanya walaupun makanan itu banyak. Dalilnya adalah seperti berikut:


Barangsiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, maka terus sempurnakanlah puasanya, kerana Allahlah yang memberikan dia makan dan minum. [Hadis Riwayat Muslim] Sampainya `ain sesuatu kedalam al-Jauf (rongga) melalui liang yang terbuka Maksud ain adalah sesuatu yang boleh dilihat dengan mata. Maksud al-Jauf ialah otak, ataupun apa yang berada diantara bawah halkum hingga ke perut. Maksud liang yang terbuka ialah seperti mulut, telinga, qubul dan dubur samada lelaki mahupun wanita. Oleh itu, setitik air yang masuk melalui telinga membatalkan puasa kerana ia adalah liang yang terbuka. Setitik air yang masuk kedalam mata tidak membatalkan puasa kerana mata adalah liang yang tidak terbuka. Ini juga sama hukumnya pada suntikan pada urat atas sebab yang sama.

Semuanya ini disyaratkan dilakukan dengan sengaja. Sekiranya dilakukan kerana lupa atau tidak sengaja, maka ia tidak merosakkan puasa Di qiyaskan dengan makanan dan minuman. Rumus-rumus mudah : 1- Unggas atau debu jalan masuk kedalam mulut tidak membatalkan puasa kerana untuk menghindarinya sangat sukar sekali. 2- Menelan air liur tidak membatalkan puasa kerana susah untuk menghalangnya 3- Menelan air liur yang bernajis (seperti gusinya luka lalu mulutnya tidak dibersihkan, sekalipun airliurnya berwarna jernih) maka batal puasanya. 4- Sekiranya dia berkumur lalu masuk air didalam rongganya, maka tidak membatalkan puasa sekiranya tanpa sengaja. Tetapi jika dilakukan dengan sebab berlebih-lebihan, maka terbatal puasanya. 5- Sisa makanan yang ditelan disebabkan tidak dapat dibezakan dengan air liur maka dimaafkan, namun jika dapat membezakannya lalu ditelan maka terbatallah puasanya. 6- Minum dan makan disebabkan dipaksa juga tidak membatalkan puasa kerana telah gugur huku Ikhtiyar pada dirinya.

6.2 Muntah dengan sengaja Muntah dengan sengaja, walaupun sedikit membatalkan puasa, namun sekiranya ia termuntah tanpa sengaja, maka puasanya masih sah dan tidak terbatal.


Barangsiapa yang muntah tanpa disengajakan sedangkan dia sedang berpuasa, maka dia tidak perlu untuk Qodha`, namun sekiranya dia sengaja muntah, maka hendaklah dia mengqadha`kan puasanya. [Diriwayatkan oleh Abu Daud] 6.3 Bersetubuh dengan sengaja walaupun tanpa keluar air mani Ini jelas dari Firman Allah :


Dan janganlah kamu menyetubuhi mereka (isteri-isteri kamu) sedangkan kamu beriktikaf di Masjid. [Al-Baqarah : 187]

Namun, sekiranya bersetubuh kerana terlupa maka ia tidak membatalkan puasa. 6.4 Al-Istimna` Istimna` adalah mengeluarkan air mani dengan melakukan percumbuan dan sebagainya ataupun dengan menggunakan tangan. Perbuatan ini membatalkan puasa, dan pelakunya perlu mengganti puasa tersebut tanpa perlu membayar fidyah atau kaffarah. Namun, seandainya ia berlaku kerana diluar kawalan, maka tidak terbatal puasanya. Oleh hal demikian, dimakruhkan bercumbu dibulan Ramadhan dengan (Karahah Tahrim). 6.5 Haid dan Nifas Haid dan nifas merupakan keuzuran yang menghalang sahnya puasa. Bahkan, haram pula untuk berpuasa dalam keadaan demikian. 6.6 Gila dan Murtad Mereka ini terkeluar dari kelayakan untuk beribadat. 7.0 Adab-adab Puasa 1234Menyegerakan berbuka puasa Bersahur Melewatkan Sahur Berbuka dengan beberapa biji kurma basah, jika tidak ada maka dengan kurma kering, jika tidak ada, maka dengan air kosong. 5- Meninggalkan kata-kata cela 6- Mandi junub sebelum fajar 7- Tidak berbekam 8- Berdoa ketika berbuka 9- Menyediakan makanan untuk mereka yang berbuka puasa 10- Banyak bersedekah, membaca Al-Quran, bertadarus, serta beriktikaf terutamanya pada 10 malam terakhir. 11- Bersungguh-sungguh ketika Qiamullail 12- Umrah 13- Kata-kata kepada yang mengeji : Sesungguhnya aku sedang berpuasa 8.0 Makruh

Sebahagian perkara yang bercanggah dengan perkara diatas, dikategorikan sebagai makruh. Dan terdepat juga yang disebutkan secara khusus seperti dibawah: 1- Berlebih-lebihan ketika berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung. 2- Mencium isteri bagi orang yang bernafsu gelora, dan tidak mampu mengawal diri 3- Merasa makanan tanpa hajat sekiranya perlu seperti seorang tukang masak yang mahu merasai makanannya masin atau terlalu manis, maka tidak mengapa. 9.0 Qodho` Puasa Situasi Musafir Musafir yang melambatkan waktu qodho` sehingga luput Sakit Sakit dan berikutnya Uzur berterusan sehingga Ramadhan Hukum Qodho` / / / / Fidyah / / / / / / Bersetubuh disiang hari dibulan Ramadhan / Kaffarah / (hanya kepada suami)

Orang terlalu tua Orang sakit yang tiada harapan sembuh Perempuan hamil / Menyusu berbuka kerana takut mudarat kepada kandungan / anaknya Perempuan hamil / menyusu berbuka kerana bimbang mudarat kepada diri sendiri

Nota: Fidyah : Memberi makan kepada orang fakir dengan satu cupak makanan asasi (1 cupak = 600 gram)

9.1 Mati Sekiranya dia mati sebelum mampu mengganti puasanya, maka ahli keluarganya disunatkan untuk menggantikan puasanya. Dia juga tidak perlu untuk meninggalkan wasiat untuk sesiapa menggantikan puasa untuknya. Rasulullah saw bersabda:

.
Barangsiapa yang mati, dan dia masih ada puasa yang tidak diganti, maka walinya berpuasa bagi pihaknya. [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari] Puasa orang lain bagi pihaknya adalah sah apabila mendapat keizinan salah seorang kerabatnya. Sekiranya dia berpuasa tanpa mendapat keizinan dan wasiat daripada si mati, maka puasa ganti tersebut tidak sah. Sekiranya tidak ada seorangpun yang berpuasa bagi pihaknya, maka hendaklah dikeluarkan satu cupak makanan bagi setiap hari yang ditinggalkannya. makanan tersebut wajib dikeluarkan daripada harta pusaka yang ditinggalkannya, sama seperti hukum orang yang berhutang. Sekiranya dia tidak memiliki harta, maka orang lain boleh mengeluarkan bagi pihaknya dan terlepaslah dosanya. 10.0 Kaffarah Berbuka pada Bulan Ramadhan 10.1 Penyebab kaffarah Penyebab kaffarah ialah merosakkan puasa pada siang di bulan Ramadhan dengan melakukan jimak dengan syarat pelakunya mengetahui dirinya berpuasa, mengetahui perkara itu haram, dan tidak ada rukhsah disebabkan musafir. 10.2 Siapa yang wajib mengeluarkan Kaffarah? Kafarah hanya diwajibkan kepada suami sahaja. Manakala si isteri hanya wajib menggantikan puasa pada hari itu sahaja. Sebabnya adalah, perbuatan jenayah orang yang menjimak itu lebih berat walaupun keduaduanya melakukan persetubuhan. Oleh itu, si suami dianggap orang yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan kafarah.

10.3 Apakah itu kaffarah? 1- Membebaskan seorang hamba yang beriman, sekiranya tidak mampu maka.. 2- Berpuasa dua bulan berturut-turut, sekiranya tidak mampu maka.. 3- Memberi makan 60 orang fakir miskin setiap seorang satu cupak makanan asasi. Sekiranya tetap tidak mampu, maka ia kekal wajib sehinggalah dia mampu melakukannya. Abu Hurairah ra pernah bercerita : Sewaktu kami duduk disisi Nabi saw, tiba-tiba datang seorang lelaki berkata : Wahai Rasulullah, musnahlah aku! Tanya Baginda : Kenapa kamu ini? Jawabnya : Aku telah bersetubuh dengan isteriku sedangkan aku berpuasa (dalam bulan Ramadhan). Tanya Nabi saw Apakah kamu memiliki hamba untuk dibebaskan? Jawabnya: Tidak. Tanya Rasulullah saw Mampukah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut?. Jawabnya : Tidak. Tanya baginda lagi: Apakah kamu memiliki makanan untuk 60 orang fakir miskin?. Jawabnya: Tidak. Katanya : Lalu Nabi saw diam sebentar. Sewaktu kami duduk dalam keadaan itu datang seseorang membawakan kepada Nabi saw suatu bekas yang penuh di dalamnya buah tamar. Tanya Rasulullah saw Dimanakah orang yang bertanya tadi?. Jawabnya Saya. Sabda Baginda Ambillah tamar ini dan bersedekahlah dengannya. Kata lelaki ini : Apakah untuk orang yang lebih fakir daripadaku wahai Rasulullah saw? Demi Allah tidak ada orang yang duduk antara dua gunung ini (Madinah) keluarganya yang lebih fakir daraipada keluargaku. Lalu Nabi saw tersenyum sehingga nampak gigi gerahamnya, sabda Baginda : Berilah makan ahli keluargamu. [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari] Para Ulama` berkata: seseorang fakir yang mampu memberi makan, tidak boleh memberikan makanan itu kepada keluarga. Begitu juga dengan kafarah yang lain. Apa yang disebutkan di dalam hadis ini hanya dikhususkan kepada lelaki ini sahaja. Perlu diketahui juga, bahawa sekiranya seseorang itu bersetubuh sebanyak lebih dari sekali dalam siang bulan Ramadhan, maka kafarahnya juga berganda.

11.0 IKTIKAF 11.1 Takrif Iktikaf dari sudut syarak membawa maksud : Berada dalam masjid dengan niat yang khusus. 11.2 Dalil Disyariatkan Firman Allah Taala :


Dan janganlah kamu menyetubuhi mereka (isteri-isteri kamu) sedangkan kamu beriktikaf di Masjid. [Al-Baqarah : 187] Aisyah ra juga pernah bercerita:

.
Nabi saw telah beriktikaf pada sepuluh akhir bulan Ramadhan. Kemudian isteri-isteri Baginda beriktikaf selepas kewafatannya. [Hadis Riwayat Al-Bukhari] 11.3 Hikmah Disyariatkan Disyariatkan iktikaf untuk menjadi usaha yang mengumpulkan segala niat yang baik dan menyucikan hati, juga mendidik jiwa supaya zuhud terhadap syahwat (keinginan) yang dibenarkan dan menjauhkan diri daripada melakukan pelanggaran dan dosa. 11.4 Hukum Iktikaf Iktikaf sunat dilakukan pada setiap masa. Pada bulan Ramadhan, ia disunatkan lagi. Pada sepuluh malam terakhir pula, ia lebih ditegaskan lagi hukum sunatnya. Bagi yang bernazar, maka wajib baginya untuk beriktikaf.

11.5 Syarat Sah 1- Niat 2- Berada dalam Masjid 11.6 Adab iktikaf 1- Memenuhkan masa dengan melakukan ketaatan kepada Allah seperti zikir, membaca AlQuran, dan perbincangan ilmu. 2- Berpuasa. 3- Dilakukan dalam masjid yang dilakukan solat Jemaah dan Jumaat padanya. 4- Tidak bercakap melainkan perkara yang baik-baik 11.7 Perkara Makruh Ketika Iktikaf 1- Berbekam, apabila perbuatan ini tidak mengotorkan masjid. Sekiranya ia mengotorkan masjid maka diharamkan. 2- Terlalu banyak melakukan pekerjaan lain seperti menenun bulu, menjahit, dan sebagainya. Begitu juga jual beli walaupun sedikit. 11.8 Perkara Yang Merosakkan Iktikaf 1234Bersetubuh Keluar daripada masjid dengan sengaja tanpa hajat Murtad, mabuk dan gila Keluar haid dan nifas.

Orang yang beriktikaf dibolehkan untuk menghentikan iktikafnya dan keluar dari masjid apabila dia mahu. Apabila dia masuk semula ke dalam masjid, dia hendaklah memperbaharui niat iktikafnya.

12.0 Rujukan 1- Feqh Manhaji Ala Mazhab Imam Asy-Syafii, Darul Qalam, Damsyik, Syria. 2008 2- Feqh Al-Muyassar Fi Dhauil Quran Was Sunnah, Maktabah Salsabil, Kaherah, Mesir. 2009

You might also like