You are on page 1of 22

Peranan Undang dalam sistem pentadbiran Negeri Sembilan

Undang dipilih oleh Lembaga di Negeri Sembilan.Undang dipertanggunjawabkan untuk

malantik Yang Dipertuan Besar yang menjadi ketua luak di Negeri Sembilan.Undang

menjadi perunding kepada setiap keputusan Yang DiPertuan Besar.Negeri Sembilan

mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Pepatih iaitu kedaulatan berada

di tangan rakyat.Perlantikan peimpin dibuat daripada peringkat paling bawah iaitu Anak

Buah diikuti oleh Buapak,Lembaga, dan Undang yang kemudianys melantik Yang

DiPertuan.Perlantikan pembesar dibuat oleh Undang,Lembaga,Buapak, dan Anak Buah

walaupun Yang DiPertuan Besar pemerintah tertinggi kerajaan.Setiap keputusan Yang

DiPertuan Besar derdasarkan dengan Undang.Setiap luak ditadbir oleh

Undang.Lembaga dilantik oleh Buapak merupakan ketua suku anggota

masyarakat.Mereka bertanggunjawab terhadap suku masing-masing.Lembaga

berkuasa melantik individu yang layak menjadi Undang.Buapak merupakan ketua

perut.Ketua Perut menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah,khususnya yang

berkaitan dengan adat.

Adat Perpatih

Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang. Beliau juga

merupakan pengasas bagi adat pepatih yang di Negeri Sembilan . Seperti yang di

ketahui umum, adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada

dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik yang didapat Negeri Melayu dari sistem

masyarakat Minangkabau kerana ia sangat mencakupi segala aspek.Keutamaan wanita

di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka kerana wanita

merupakan membawa darah keturunan.Kesultanan Melayu di Malaysia pada umumnya

di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan
melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan iaitu anaknya.Dari

segi harta pula,hanya harta pusaka termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh

wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai sumai.Datuk Perpatih

dan Datuk Temenggong adalah dua bersaudara di Sumatera dan terus berkembang di

Malaysia. Kesultanan Melaka pada kurun ke-15 menjadikan Adat Temenggong menjadi

dominan di Alam Melayu. Raja Melaka memberi perlindungan kepada penghijrah dari

Minangkabau untuk menetap di naning. Selepas Portugis menguasai Melaka,

perlindungan itu dilanjutkan oleh Kesultanan Johor sebagai pewaris Kesultanan Melaka.

Pelaksaan Undang Undang Pepatih

Dalam adat Perpatih, undang-undang jenayah bersifat pemulihan, berperikemanusiaan

dan bertimbangrasa. Orang yang membuat kesalahan akan didenda berdasarkan

kesalahannya dan mangsa diberi gantirugi. Contohnya seseorang yang cedera akan

diberi ganti rugi dalam bentuk ayam atau kambing bergantung kepada keadaan

lukanya. Mangsa kecurian boleh mendapat balik barang-barangnya. Sekiranya berlaku

pembunuhan, si pembunuh mesti menanggung kehidupan keluarga si mati. Hukuman

bunuh hanya dikenakan bagi kes yang sangat serius seperti penderhakaan. Hukum

bunuh hanya boleh dijatuhkan oleh Undang atau Yamtuan Besar sahaja. Hukuman lain

ditentukan oleh Buapak atau Lembaga.

Sejarah Undang Luak

Negeri Sembilan kini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu yang mengamalkan adat

pepatih dan yang tidak mengamalkan adat pepatih. Bahagian yang tidak mengamalkan

adat pepatih terdiri daripada sebahagian besar daerah Port Dickson, iaitu meliputi

kawasan Linggi, Lukut dan kawasan pingir pantai Selat Melaka. Wilayah Negeri
Sembilan seperti Seremban,Tampin,Kuala Pilah,Jempol dan Jelebu yang mengamalkan

adat Pepatih. Di samping perbezaan sistem adat di sebahagian besar daerah Port

Dickson dan daerah-daerah lain di Negeri sembilan, terdapat juga kelainan sistem adat

dalam kalangan luak tradisi adat perpatih. Berdasarkan sistem politik tradisi wilayah

adat perpatih, Negeri Sembilan kini dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu:

a) Wilayah Luak Berundang

b) Wilayah Luak Tanah Mengandung

c) Wilayah Luak Tampin

Wilayah adat yang diperintah Undang atau Penghulu Luak Adat yang ada ialah Sungai

Ujong, Jelebu, Rembau, Johol, Inas, Jempol, Gunung Pasir, Ulu Muar, Terachi dan

Naning (Melaka). Di Negeri Sembilan terdapat dua jenis luak adat, iaitu Luak

Berundang dan Luak Tanah Mengandung. Tampin juga dianggap sebagai luak tetapi

diperintah oleh Tunku Besar. Sebelum dijajah Inggeris, luak-luak ini bertaraf negeri dan

mempunyai kuasa mutlak dengan Undang dan Penghulu menjadi pemimpin.

Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku atau keluarga seperti suku Biduanda (Dondo),

Batu Hampar (Tompar), Paya Kumbuh (Payo Kumboh), Mungkal Tiga Nenek, Seri

Melenggeng (Somolenggang), Seri Lemak (Solomak), Batu Belang, Tnah Datar, Anak

Acheh, Anak Melaka dan Tiga Batu.

Antara 12 suku itu, suku Biduanda ialah suku yang mempunyai kedudukan yang

istimewa di Negeri Sembilan. Suku ini dianggap mempunyai hak menyandang pusaka

Undang luak dan dianggap sebagai suku asal orang Negeri Sembilan. Suku lain pula

merupakan suku-suku pendatang dari Minangkabau (Sumatera Barat). Perbezaan ini

mempunyai hubungan yang sangat erat dengan asal orang Minangkabau yang datang
ke Negeri Sembilan, iaitu daerah Batu Hampar, Mungkal, Paya Kumbuh, dan Tiga

Nenek. Setiap suku mempunyai ketua masing-masing yang kemudiannya dikenali

dengan gelaran Lembaga. Selanjutnya suku-suku tersebut terbahgi kepada beberapa

suku lagi. Walaupun sedikit perbezaan nama-nama suku dengan Minangkabau (Bodi,

Caniago, Koto dan Piliang), namun pada dasarnya suku-suku ini tetap menjalankan

adat perpatih.

Jelebu berasal daripada nama seorang lelaki yang mati lemas dalam Sungai Teriang

pada zaman Dato' Moyang Saleh, Undang Luak Jelebuh yang menerima gelaran dari

Sultan Johor pada 1757.

Dua pemerintah Jelebu sebelum Dato' Moyang Saleh adalah Dato' Gombak dan Dato'

Mentunggang dengan memakai gelaran Penghulu. Apabila Dato' Moyang Saleh

ambilalih jawatan tersebut, jawatan penghulu digantinama sebagai Undang Jelebu.

1757, Moyang Saleh menghadap Sultan Johor kerana Sultan Johor dah bunuh anak

Undang Rembau. Sebab Moyang Saleh berani dan tegas, dan Sultan Johor nak bodek

dia, maka Moyang Saleh mendapat gelaran Dato' Manduleka Menteri Akhir Zaman

Sultan Jelebu. Sejak tu, Jelebu tak lagi di bawah kekuasaan Johor. Jelebu berkuasa

sendiri yang disebut 'Bergajah Tunggal'. Peristiwa inilah yang dikatakan 'memutus tali

ke ohor'.

Dato' Siamang Gagap atau nama sebenarnya Kahar adalah tokoh penting dalam

perlantikan Tunku Puan Intan balu Yamtuan Radin (1824-1861) menjadi pemangku raja

yang memerintah Negeri Sembilan semenjak Raja Melewar. Raja Radin adalah

pemerintah keempat Negeri Sembilan.


Berlaku pergaduhan dan perebutan kuasa antara 1869-1872 (tempoh di mana Negeri

Sembilan tidak mempunyai raja). Seorang anak Yamtuan Imam yang mangkat bernama

Tunku Ahmad Tunggal berkeras menuntut supaya dia diangkat sebagai raja tetapi

orang-orang besar dan penghulu-penghulu luak tidak bersetuju mengangkat tunku

Ahmad Tunggal menjadi raja kerana kelakuannya yang tidak elok.

Pada masa itulah Dato'-Dato' Undang Luak Sungai Ujong, Jelebu dan Rembau

berselisih faham dengan Yamtuan di Seri Menanti dalam beberapa perkara dan menjadi

salah satu sebab bagaimana Inggeris mula campur tangan dalam pemerintahan tiga

luak itu. Jarum Inggeris mengakibatkan Perang Naning dan Perang Bukit Putus.

Masa tu ler Dato' Siamang Gagap yang cukup berpengaruh memainkan peranannya

sehingga Negeri Sembilan mempunyai satu-satunya raja perempuan (walaupun hanya

pemangku) yang memerintah selama 3 tahun (1869-1872) sehinggalah Yamtuan Antah

iaitu anak saudara kepada Yamtuan Imam diangkat menjadi raja.

Upacara pemilihan Yamtuan oleh Undang Luak Berempat hanya berlaku Negeri

Sembilan 'merdeka' sepenuhnya daripada Johor. Sebelum itu, pemerintahan berjalan di

bawah tadbir seorang ketua yang dipanggil Penghulu Luak yang kemuidannya dipanggil

Undang. Setiap Luak ini mempunyai kuasa sendiri memerintah luaknya yang dibantu

oleh Dato'-Dato' Lembaga, Buapak dan besar waris menurut sistem Adat Perpatih.

Dato' Siamang Gagap hanya mempengaruhi agar Tunku Puan Intan balu Yamtuan

Radin dinaikkan sebagai pemangku raja sementara Dato'-Dato' Undang Luak Empat

mencari jalan penyelesaian untuk mencari ganti raja. Sebab itulah antara tahun 1869

sampai 1872, Negeri Sembilan takder raja. Yang ada cumalah pemangku raja. Dengan
kata lain, perlantikan Yamtuan Antah tetap tertakluk di bawah kuasa keempat-empat

Dato' Undang Luak Empat itu.

Dato'-Dato' Undang Luak Yang Empat asalnya daripada proses bersemenda

menyemenda (nikah kahwin) antara orang-orang Minangkabau yang baru datang ke

Negeri Sembilan dengan kaum Semang dan Jakun yang melahirkan keturunan suku

Biduanda. Sebab itulah pesaka Undang tidak boleh disandang oleh orang dari suku lain

selain suku Biduanda kerana orang yang dari suku lain itu adalah orang yang baru

mendatang, bukannya penduduk asli.

Hak sebagai Yamtuan (belum lagi Yang Dipertuan Besar) selepas Yamtuan Imam

(1861-1869) direbut oleh Tunku Ahmat Tunggal, salah seorang anak Yamtuan Imam.

Tapi dia tak dilantik sebagai perangainya yang kejam dan gila kuasa.

Hasil mesyuarat keempat-empat Dato' Undang Luak itu, Tunku Besar Lintau, anak

saudara Yamtuan Imam ditawarkan untuk menjadi raja tapi dia menolak sebab dia tidak

suka campur dalam hal ehwal negeri dan memikul tanggungjawa itu. Dikatakan Tunku

Besar LIntau seorang yang alim lagi warak dan lebih suka beramal ibadat. Jadi, selepas

Tunku Besar Lintau menolak, adiknya iaitu Yamtuan Antah pula dilantik.

Selepas tu, panjanglah kisahnya termasuklah Tunku Ahmad Tunggal yang gagal

menjadi raja, lari menemui Dato' Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong dan

meminta bantuan Dato' Kelana untuk memerangi Yamtuan Antah. Macam mana Luak

Sungai Ujong (Dato' Kelana), Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau

mengisytiharkan diri keluar dari persatuan Negeri Sembilan dan tidak mengakui

Yamtuan Antah sebagai raja.


Bermula dari situlah meleret-leret sampailah campurtangan Inggeris di Negeri Sembilan

pada 23 November 1876 menerusi perjanjian antara Yamtuan Antah dengan Dato'-Dato'

Penghulu Luak. Sebelum itu, Inggeris bantu Dato' Kelana menyerang Seri Menanti

pada 1874 yang menyaksikan kekalahan Yamtuan Antah.

Tapi akhirnya campurtangan dan tipu helah British menaikkan semula Yamtuan Antah

walaupun sepatutnya Dato' Kelana yang menang perang pada 1874 sepatutnya jadi

raja berdasarkan prinsip, yang kalah hilang negeri, yang menang menguasai dialah

yang memerintah.

Nasihat daripada British menerusi gabenornya, Sir Frederick Aloysius Weld,

menyebabkan Yamtuan Antah balik ke Seri Menanti dan menjadi raja di Seri Menanti

yang terlengkong Luak-luakJohol, Inas, Ulu Muar, Jempul dan Gunong Pasir (Negeri

Sembilan yang tidak lengkap)

Perkataan 'Negeri' yang ada pada pangkal nama Negeri Sembilan itu adalah berasal

daripada perkataan orang Minangkabau yang disebut menurut pelatnya 'Nagari' kerana

Negeri Sembilan telah dibuka oleh orang-orang yang datang dari Minangkabau

kemudian selepas dari itu, 'Negeri' bermaksud pula gabungan 9 buah Mukim atau Luak.

Sebelum orang Minangkabau datang ke negeri itu, Negeri Sembilan didiami oleh orang

Asli Semang dan Jakun. Bila orang Minangkabau yang lebih bertamadun datang

meneroka,maka, dengan mudah diorang pengaruhi orang Asli itu. Kemudian berlaku

proses perkahwinan antara orang Minangkabau dan Orang Asli melahirkan keturunan

Biduanda yang kemudian menjadi golongan yang menentukan siapa raja.

Berdasrkan batu bersurat yang sampai sekarang masih ada di Sungai Udang Linggi

Port Dickson, Negeri Sembilan dibuka pada awal kurun ke-14 oleh seorang yang
bernama Syeikh Ahmad. Daripada batu nesan yang terdapat di makamnya,

menunjukkan dia telah meninggal dunia pada 1467, iaitu ketika pemerintahan Sultan

Mansor Syah di Melaka.

Walaupun ada pendapat mengatakan dia berasal dari Arab, Parsi atau India, tetapi batu

bersurat yang didapati dari atas kuburnya ternyata sama bentuk, rupa dan tulisan

dengan batu bersurat yang ditemui di daerah-daerah Minangkabau, maka tidak syak

lagi, Syeikh Ahmad berasal dari Minangkabau.

Selepas tu, barulah orang Minangkabau datang beramai-ramai ke Negeri Sembilan.

Ada yang naik dari Kuala Sungai Linggi, Melaka dan Kelang. Mereka yang naik dari

Kuala Sungai Linggi mendiami daerah Rembau dan Sungai Ujong serta Seri Menanti,

manakala yang naik melalui Melaka, tinggal di Naning, Johol dan sebahagian dalam

daerah Kuala Pilah. Kebanyakan orang Minangkabau yang mula-mula datang ke Tanah

Melayu terutama Negeri Sembilan, kebanyakannya beasal dari daerah sekitar Pagar

Ruyong. Antara kampungnya, Sungai Tarap dan Semanik.

Jadi, tak hairanlah macam mana orang Negeri Sembilan boleh menjemput Raja

Melewar jadi raja diorang pada 1773 sebab Raja Pagar Ruyong itu adalah juga raja

diorang. Malah dua orang raja Negeri Sembilan selepas Raja Melewar pun dijemput

dari TAnah Pagar Ruyong iaitu Yamtuan Hitam dan Yamtuan Lenggang.

Apabila cerita mengenai Negeri Sembilan mesti ada kaitan ngan Rembau. Ini adalah

kerana Rembau merupakan negeri yg pertama wujud di Negeri Sembilan sblm tempat

lain. Tu pasal Rembau digelar Nagari Nan Tuo.

Sejarah pembentukan luak Sungai Ujong


Seperti lain-lain luak di Negeri Sembilan, Sungai Ujong adalah satu- satunya luak yang

mempunyai ketua adat bergelar Undang. Bagaimanapun sistem di luak Sungai Ujong

berbeza daripada luak yang lain kerana sistem pemerintahan di Sungai Ujong

bertunggakkan kepada dua waris yang berlainan. Kedua-dua waris itu ialah Waris di

Darat yang bertunggakkan kepada Datuk Undang Kelana yang bergelar Datuk Kelana

Putera dan Waris di Air bertunggakkan kepada Datuk Shahbandar atau Datuk Bandar.

Semenjak kematian Undang Kelana kira-kira dua tahun lalu, tempat itu dibiarkan

kosong dan belum dicari ganti. Bagaimanapun ini bukan bererti yang Luak Sungai

Ujong telah kehilangan tunggaknya. Masih ada satu tunggak lagi yang berupaya

mententeramkan keadaan di luak itu iaitu Datuk Shahbandar sendiri. Sebenarnya,

kedua waris itu, di Darat dan di Air, berasal dari satu keturunan, cuma hak dan pangkat

adatnya sahaja yang berlainan yang hanya akan ditentukan mengikut peraturan yang

teradat. Pesaka Undang Luak Sungai Ujong yang bergelar Datuk Kelana Putera hanya

boleh disandang oleh dua waris Kelana sahaja, iaitu Waris di Hulu dan Waris di

Hilir dari Kampung Pantai sahaja.

Undang Kelana adalah kepunyaan orang-orang Kampung Pantai, bukan kampung-

kampung lain dalam wilayah Sungai Ujong itu.Perut Kampung Gedang yang juga perut

asal dan tasak. Perut ini ada dua pecahan iaitu Perut Tok Amah dan Perut Tok Raoh.

Perut Tok Amah adalah perut yang tua.Perut kedua ialah perut dari Kampung

Manggis yang disebutkan sebagai perut mendatang dan diakui sebagai Waris

Lingkungan bagi Kampung Gedang. Perut ini berasal daripada Kampung Beranang,

Setur dan Mantin yang datang ke Pantai ketika mereka dijemput yang kemudiannya

diakui sebagai Waris Lingkungan dan Waris di Hilir. Menurut Teromba, Kampung
Manggis dan Kampung Gedang adalah dari satu kawasan sebelum ia dipecahkan

seperti sekarang. Manakala keturunan Waris di Hilir Kampung Manggis yang bertaraf

Waris Kampung Gedang yang juga Waris di Hulu dari keturuan Tok Kelambu atau Mohd

Tumbu.

Sejarah pembentukan luak Jelubu

Sejarah pembukaan Jelebu selalu dikaitkan dengan kedatangan orang-orang

Minangkabau. Namun pada mulanya Jelebu didiami oleh kaum asli Jakun dari Suku

Biduanda. Mereka merupakan penduduk asal Jelebu dan suku Biduanda masih ada

hingga ke hari ini.Kisah ini bermula apabila Batin Terjali iaitu anak Maharaja Alif yang

memerintah kerajaan Pagar Ruyung Minangkabau, keluar mengembara untuk mencari

pengalaman dan meluaskan pemerintahan ayah baginda. Setelah lama berjalan

menyeberang laut dan sungai akhirnya BatinTerjali dan orang-orangnya sampai di Bukit

Kundang Kundik di Jelebu. Kedatangan merekadisambut baik oleh orang-orang asli di

kawasan tersebut.Semasa berada di Jelebu, Puteri Embong Sari iaitu isteri Batin Terjali

melahirkan seorang anak lelaki lalu diberi nama Datok Niko Menteri Mangku Alam Raja

Sehari dan Sebelum meninggalkan Jelebu untuk meneruskan pengembaraannya, Batin

Terjali meninggalkan putera baginda kepada ketua suku orang asli Jelebu dengan

pesanan apabila puteranya sudah besar kelak hendaklah dijadikan penghulu Jelebu.

Ketua orang asli itu bersetuju bahawa mereka akan patuh dengan apa yang telah

diperintahkan.Adapun Batin Terjali terus mengembara untuk membuka negeri dan di

setiap tempat yang di singgahinya baginda akan meninggalkan seorang putera kepada

ketua suku kaum asli di situ dengan pesanan apabila putera itu sudah dewasa kelak

mereka hendaklah jadikan penghulu di tempat itu.Kesemua Ketua kaum asli


itu menepati janji mereka. Apabila putera Batin Terjali sudah besar maka dilantik

menjadi Penghulu. Dengan ini wujudlah pemerintahan dari putera-putera BatinTerjali.

Datok Niko Menteri Shah Mangku Alam Raja Sehari menjadi penghulu di Jelebu,

Datok Kelana

Putera Penghulu di Sungai Ujung dan Datok Johan Pahlawan Lela Perkasa di Johol.

Hubungan antara mereka terus terjalin dan daerah itu akhirnya menjadi tumpuan orang-

orang Minangkabau.Walaupun begitu, dalam senarai daftar nama penghulu di Jelebu,

orang pertama dicatat namanyasebagai penghulu Jelebu ialah Datok Gombak,

kemudian Datok Mentunggang dan diikuti oleh Datok Moyan Salleh.Datok Moyang

Salleh merupakan Datuk Undang Luak Jelebu yang pertama dengan memakaigelaran

Datok Mendelika Menteri Akhirul Zaman Sultan Jelebu. Gelaran itu dikurniakan oleh

Sultan

Johor iaitu Sultan Abdul Jalil semasa berlakunya peristiwa memutus tali ke Johor.

Walau bagaimanapun , Datok Moyang Salleh tidak dilantik menjadi dirinya sebagai

Sultan Jelebu dan beliau hanya Undang Luak Jelebu sahaja.Pada mulanya Jelebu

berada di bawah pemerintahan kerajaan Melayu Melaka .Tetapi apabila Sultan Melaka

berpindah ke Johor taat setia orang Jelebu beralih ke Johor. Cuma setelah berlakunya

peristiwa MOYANG SALLEH MEMUTUS TALI KE JOHOR barulah Jelebu bebas

daripada kekuasaan kesultanan Johor.

Sejarah pembentukan luak Johol

Sebelum kedatangan orang-orang Minangkabau di abad ke-17, Johol didiami

oleh Orang Asli yang diketuai oleh seorang Dato' Batin bernama Johol yang tinggal di

kampung Air Keroh ketika itu. Pada masa itu ,orang-


orang Minangkabau dari Sumatera sampai ke Johol melalui Johor dan Melaka. Orang

Minangkabau yang diketuai oleh Dato 'Batin Melengkar Alam yang telah belayar

menaiki sebuah "Jong" dari Minangkabau memasuki sungai Perak dan berpatah balik

lalu memasuki sungai Muar dan telah membuat sebuah penempatan bernama Sekudai.

Beliau meneruskan perjalananya ke hulu sungai lalu

berehat di bawah sebatang pohon yang rendang yang kini di kenali sebagai 'Merbau

Seratus. Setelah berehat sebentar di sana beliau meneruskan perjalanan di jong beliau

di dalam sebuah lubok yang kini di namakan Lubok Jong, seterusnya beliau telah

membuka sebuah kampung yang kini di namakan kampung Pasir Besar. Beliau telah di

jemput oleh Dato' Batin Johol ke kampungan Air Keroh untuk di lantik sebagai Ketua

Batin. Kedua-dua masyarakat ini hidup rukun dan pada satu ketika bersetuju melantik

seorang Penghulu Batin. Kuasa yang terletak pada Undang Luak Johol membolehkan

Johol, Gemencheh,Gemas, Jeram Padang dan Palong. Baginda Tan Mas Luak Johol,

YAM Dato' Muhammad bin Haji Abdullah merupakan Waris Johol(luak undang johol).

Proses penggantian Undang baru adalah secara automatik daripada Timbalan Undang-

Naik menjadi Undang sekiranya berlaku kemangkatan. Pengisytiharan akan dilakukan

mengikut Adat Luak Johol iaitu "Undang Mati, Undang Menanam". Undang Johol pada

masa ini ialah YTM Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan HAJI MOHD JAN

BIN ABDUL GHANI iaitu Undang yang ke-14.

Sejarah pembentukan luak Rembau

Menurut sejarah pembentukan Rembau , Rembau asalnya merupakan antara tempat

mendarat terawal orang-orang Minangkabau yang datang dari Sumatera. Adat Perpatih

telah dibawa masuk oleh orang Minangkabau. Semasa pemerintahan Kerajaan Melayu
Melaka dipercayai Rembau adalah sebahagian daripada jajahan Melaka. Orang-orang

Rembau pernah berperang dengan orang-orang Naning, Melaka pimpinan Haji Dol

Said.Yang DiPertuan Negeri Sembilan yang pertama iaitu ,Raja Melwar ditabalkan di

Kampung Astana Raja iaitu di Kampung Penajis.

Perbezaan antara luak

Walau bagaimanapun terdapat perbezaan antara satu luak dengan luak yang lain dari

segi struktur dan organisasi politik tetapi kesemua undang dipilih dan dilantik daripada

suku Biduanda Waris.Namun sistem giliran pusaka ini di kalangan Biduanda Waris

berbeza antara satu sama lain.Takhta Kerajaan Negeri Sembilan didukungi bersama-

sama oleh Undang Yang Empat tersebut apabila kedudukan Undang Yang Empat sama

pentingnya selaras dengan takhta kerajaan itu sendiri.Gelaran Undang Yang Empat ini

terdiri daripada Datuk Kelana Putera, Undang Luak Sungai Ujong; Datuk Lela

Maharaja, Undang Luak Rembau; Datuk Mendika Menteri Akhirul Zaman, Undang Luak

Jelebu;

Datuk Johan Lela Perkasa Sitiawan, Undang Luak Johol dan TunkuBesar Tampin.

Kesimpulan

KESIMPULAN Dari penerangan di atas nyatalah bahawa Negeri Sembilan merupakan

negeri Melayu yang berbeza dengan negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu kerana

sebilangan besar penduduknya mengamalkan Adat Perpatih. Daerah Rembau adalah

salah sebuah daerah yang terkuat mengamalkan sistem Adat Perpatih selain dari

daerah Kuala Pilah dan daerah-daerah lain. Hukum Adat Perpatih boleh didapati dalam

kata-kata adat, pepatih, petitih, sajak-sajak tradisi dan perbilangan adat. Adat ini

meliputi seluruh bidang undang-undang seperti pelantikan ketua-ketua adat, peraturan


perkahwinan dan perceraian, kedudukan suami dalam suku isterinya, susunan

masyarakat hukum adat, peraturan pembahagian harta benda, peraturan pewarisan,

soal-soal tanah dan sebagainya. Menurut Adat Perpatih, harta pusaka terbahagi kepada

dua jenis iaitu harta pusaka benar dan harta pusaka sendiri. Semua harta pusaka benar

diturunkan kepada anak-anak perempuan sahaja. Pemilik-pemilik perempuan adalah

pemegang amanah yang tertentu, iaitu berhak mengusahakan, mengambil faedah

daripadanya dan tempat saudara lelaki berlindung semasa bujang atau bercerai.

Manakala harta pusaka sendiri adalah segala jenis harta benda yang diwarisi oleh anak

daripada orang tuanya. Menurut konsep am Adat Perpatih mengenai pewarisan,

sistemnya adalah sistem pewarisan kolektif iaitu setiap ahli waris tidak mempunyai

hakmilik atas harta peninggalan atau harta pusaka tetapi hanya mempunyai hak pakai.

Secara kesimpulannya, Adat Perpatih memang merupakan satu perkara yang sinonim

dengan nisab ibunya. Dari segi sejarahnya, tanah juga dikaitkan dengan peraturan

nisab ibunya dalam memiliki sebahagian tanah adat di Negeri Sembilan dan khususnya

yang di pegang oleh masyarakat di daerah Rembau. Nyatalah di sini bahawa sistem

masyarakat Adat Perpatih adalah sistem yang dinamik dan kaya dengan peraturan

budaya dan sejarahnya yang terbilang berasal dari Minangkabau serta prinsip Adat

Perpatih juga mempunyai empat perkara yang dirangkumkan dalam pepatah adat iaitu

Baik di pakai dek muafakat, buruk di buang dek rundingan. Manakala empat perkara

asas tersebut ialah `Adat nan sebenar adat`, Adat yang beradat`, `Adat yang

diadatkan`, dan `Adat istiadat`.

Lampiran
Dewan Keadilan, Undang putuskan kedudukan Undang Luak Johol
MOHAMAD HASAN (dua dari kanan) dan Mat Ali Hassan (kanan) beramah mesra

dengan pesara dalam Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri

Sembilan Tahun 2015 di Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

SEREMBAN 28 Mac Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan akan membuat

keputusan rasmi mengenai kedudukan Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abd.

Ghani yang didakwa dipecat oleh lembaga pembesar adat di luak berkenaan semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai

kuasa mencampuri perkara berkaitan Undang atau adat yang diamalkan di keempat-

empat luak di negeri ini. Kerajaan negeri tidak terlibat dalam perkara berkaitan

Undang. Terdapat peruntukan khusus berkaitan Undang dalam Undang-Undang Tubuh

Kerajaan Negeri 1959, katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis

Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2015 di Dewan

Theatrette, Wisma Negeri di sini hari ini. Dewan Keadilan dan Undang dipengerusikan

oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan

Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Jelebu, Undang

Luak Rembau dan Undang Luak Johol adalah antara ahli Dewan berkenaan. Mohamad

diminta mengulas mengenai tindakan lembaga pembesar adat Undang Luak Johol yang

memecat Mohd. Jan, 76, atas 13 pertuduhan melanggar adat di luak berkenaan.

Berikutan itu, luak berkenaan telah menamakan timbalannya, Datuk Muhammad

Abdullah sebagai pengganti. Difahamkan surat pemecatan Mohd. Jan telah dihantar

kepada Tuanku Muhriz.

Mohd. Jan telah dilantik sebagai Undang Luak Johol ke-14 pada 2007 berikutan

kematian undang sebelum itu, Datuk Abdul Ali.Mohamad menarik perhatian, walaupun
kerajaan negeri tidak boleh campur tangan dalam perkara itu, satu siasatan akan

dijalankan terhadap dakwaan yang dihadapi oleh Mohd. Jan.Kami akan menjalankan

siasatan tetapi hanya Dewan Keadilan dan Undang yang mempunyai kuasa pemutus

dalam hal ini, ujarnya. Pada Ogos tahun lalu, Mohd. Jan pernah menarik perhatian

ramai apabila beliau mengurniakan darjah kebesaran termasuk gelaran Datuk kepada

beberapa individu pada satu majlis di kediaman rasminya. Ia kemudian mendorong

kerajaan negeri tampil menjelaskan bahawa ia tidak mengiktiraf pengurniaan tersebut

kerana tidak selaras dengan Perkara 26 Bab 7 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri

Sembilan 1959 berhubung dengan kehormatan dan kebesaran-kebesaran. Pada majlis

hari ini, Mohamad menyampaikan sijil penghargaan kepada 123 penjawat awam yang

telah mencapai umur bersara wajib 55 tahun pada tahun ini. Yang turut hadir

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mat Ali Hassan.

Undang-Undang luak Jelebu


Yang Teramat Mulia DATO' MENDIKA MENTERI AKHIRUL ZAMAN DATO' MUSA BIN

WAHAB dilahirkan pada 4 September 1937 di Kuala Klawang Jelebu Negeri

Sembilan.Beliau merupakan Undang Jelebu ke 15.Beliau berasal dari Suku Biduanda

Waris Berundang Perut Sarin.Beliau telah dilantik sebagai Undang Jelebu pada 4

Februari 1980 oleh Dato'Menteri Sah Mangku Alang Raja Sari,Pesaka Dato' Mendika

Menteri Akhirul Zaman.

Undang Undang Rembau


Yang Teramat Mulia DATO' LELA MAHARAJA DATO' HAJI MUHAMMAD SHARIF BIN

HAJI OTHMAN dilahirkan pada 14 Ogos 1941 di Kampung Waris Tebat,Chembong

Kecil,Rembau,Negeri Sembilan.Beliau telah dimashyurkan sebagai Undang Luak

Rembau ke 21 pada 21 November 1998. Sebelum itu beliau merupakan Orang Besar

Undang yang bergelar Dato' Shahbandar iaitu gelaran yang terkanan di antara empat

Orang Besar Undang.Beliau berketurunan Lela Maharaja Suku Biduanda,Waris Nan

Dua Carak(Perut Tebat).

Undang undang Johol


Yang Teramat Mulia DATO' JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA SETIAWAN DATO'

HAJI MOHD JAN BIN ABDUL GHANI dilahirkan pada 10 Ogos 1940 di Kampung

Ulu,Pekan Gemencheh,Negeri Sembilan.Pada 13 Mac 2007,beliau telah diisytiharkan

sebagai Undang Luak Johol ke 14 setelah Dato' Undang ke 13 meninggal

dunia.Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Dato' Jenang Saidin Bin Abd Aziz dan

disaksikan oleh ibu waris,wakil kerajaan negeri serta pegawai kerajaan.

Undang Luak Sungai Ujong.


Yang Teramat Mulia DATO' KLANA PETRA SRI JAYA DATO' MUBARAK BIN

DOHAK dilahirkan pada 11 November 1961 di Kampung Telaga Udang,Batu

9,Pantai,Negeri Sembilan.Beliau merupakan anak tunggal kepada Allahyarham Thahak

atau Dohak Bin Dato' Sutan Nara Haji Abu Samah dan Puan Lawiyah Binti Dato' Amar

Setia Alwi.Dilantik sebagai Undang Luak Sungai Ujong pada 29 Disember 1993.

You might also like