You are on page 1of 11

Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah

Mariani Md Nor, PhD


Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya

Pengenalan

Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang

memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan

apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin

akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi

kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu.

Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi

kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah,

tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak

wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanak-

kanak.

Carr, dalam teori nya menyatakan, main adalah penting kepada kanak-kanak kerana

main menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-

masing (Kraus, 1990). Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi

peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak-

kanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami

pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadap

adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa

tersebut.
Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi peluang kepada

kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat

membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar (Kraua, 1990).

Main Dalam Kurikulum

Dalam dunia pendidikan prasekolah, pendidikan dilaksanakan berdasarkan kurikulum

yang digunapakai. Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektif

kurikulum, main atau bermain itu bukanlah main yang bebas tanpa perancangan tetapi main

yang mempunyai unsur seperti:

i. main yang terancang

ii. main yang berstruktur

iii. main yang fleksibel

iv. memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif

Untuk itu dalam perancangan dan pelaksanaan bermain sambil belajar, main merupakan

perkara penting dalam merealisasikan aktiviti bermain dalam pendidikan prasekolah,

khususnya dalam membantu perkembangan kanak-kanak dan ianya tidak akan bermakna

tanpa perancangan yang teratur. Antara perancangan adalah pemilihan bahan main samada

bahan jenis menumpu atau mencapah. Banyak pendapat yang boleh menjadi panduan

kepada penggunaan bahan main. Antara yang telah disebut oleh Hughes (1999) yang

menyatakan

Divergent objects may guide children to numerous approaches, leading them to

appreciate the fact that problems may have multiple solutions.

Banyak kebaikan dalam penggunaan bahan mencapah dalam main. Antaranya ialah:

i. mengalakkan imaginasi

ii. memberi peluang kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba


iii. menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dan hubungan sosial

iv. membina keyakinan diri

v. berorientasikan proses bukan hasil,

dan lain-lain kebaikan terutama yang banyak melibatkan jenis bahan seperti bahan

kemahiran, bahan motor kasar, bahan manipulatif, bahan binaan, bahan peluahan kendiri

dan bahan semulajadi. Main bukan sahaja dianggap penting dewasa ini malah sejak dari

dahulu lagi. Tidak hairan jika dalam abad ke 21, main diambil sebagai salah satu dari

kaedah pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

Trend Ikutan Abad ke 21

Mengikut trend terkini dalam sistem pendidikan prasekolah, kanak-kanak telah menjadi

topik perbualan penting terutama jika isu pendidikan ditimbulkan. Isu kanak-kanak telah

menjadi fokus utama untuk segala pelakuan pihak-pihak yang tertentu baik ibu bapa

maupun pembuat dasar polisi, individu perseorangan dan badan tertentu. Trend sebegini

telah membawa kepada kedinamikan perancangan dan pengurusan bilik darjah prasekolah,

khususnya dalam konteks di Malaysia.

Kurikulum Kebangsaan Prasekolah sering dijadikan sebagai panduan untuk proses

pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Malangnya kurikulum yang menjadi garis

panduan unuk proses pembelajaran kanak-kanak tidak begitu nampak ketara

penggunaannya di prasekolah yang wujud di Malaysia kecuali di prasekolah Annex. Ini lah

yang menjadi isu kepada ketidakseragaman amalan pengajaran pembelajaran dan

kurikulum yang dipelajari oleh kanak-kanak di mana-mana prasekolah yang wujud. Maupun

wujud perbezaan ini, aktiviti bermain sentiasa dianggap sesuatu yang perlu wujud tidak

mengambil kira jenis tadika, bilangan guru berkelayakan dan lain-lain.


Dalam konteks di Malaysia, program pendidikan prasekolah merupakan program

tidak formal untuk murid berumur antara 4 hingga 6 tahun bertujuan untuk menyediakan

murid dengan kehidupan seharian dan juga persediaan menghadapi pendidikan formal

sekolah rendah. Kurikulum Prasekolah ini dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai

pendekatan terutama bermain sambil belajar di samping pendekatan bersepadu dan

bertema serta ICT. Garis panduan yang sedemikian di dalam kurikulum prasekolah

kebangsaan menampilkan satu persamaan iaitu penglibatan aktiviti menyeronokkan. Jelas

sekali pendekatan yang digunapakai menunjukkan keseriusan aktiviti bermain digunakan

oleh guru yang kadang kala dianggap sebagai aktiviti yang dianggap banyak membuang

masa kanak-kanak oleh sesetengah pihak.

Kepentingan bermain dalam dunia pendidikan kanak-kanak khususnya di

prasekolah memerlukan orang dewasa sebagai individu yang bertanggungjawab dalam

kehidupan belajar kanak-kanak. Salah satu peranan penting ialah mewujudkan persekitaran

yang penuh kasih sayang dan merangsang minda serta fizikal kanak-kanak. Oleh itu, adalah

penting bagi kita menggunakan kemahiran yang boleh membantu kanak-kanak untuk

melaksanakan tanggungjawab kita dengan lebih baik.

Seseorang kanak-kanak itu mula menyerap maklumat sejak dia dilahirkan (Maria

Montessori). Maklumat-maklumat ini sebahagian besarnya diperolehi daripada ibu bapa.

Oleh itu, ibu bapa bertanggunagjawab sepenuhnya dalam pembelajaran awal anak-anak

mereka, dan peranan mereka sebagai guru adalah penting. Penglibatan ibu bapa dalam

aktiviti bermain kanak-kanak boleh dihubungkaitkan dengan perkembangan intelek dan

emosi kanak-kanak ( Singer, 1973; Dun and Wooding, 1977). Suatu kajian berskala kecil

(Manaf, Norimah, Sharifah, Wong, 2007) yang telah dilakukan oleh sekumpulan pelajar

Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak di bawah penyeliaan penulis telah membuktikan

bahawa penglibatan positif ibu bapa dapat meningkatkan tahap kekreatifan minda kanak-
kanak. Begitu juga dalam kajian oleh Swadener and Hohnson (1989) yang telah

membuktikan pendapat yang sama.

Kepentingan Main Dalam Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Dalam bahagian ini, penulisan artikal hanya akan memberi penekanan terhadap

pentingnya bermain di prasekolah mengikut aspek perkembangan yang tertentu sahaja.

Terdapat banyak contoh untuk aktiviti bermain. Antara beberapa contoh aktiviti yang

boleh dianggap sebagai main atau bermain adalah main drama, menyanyi, berlakon dan

bercerita dan lain-lain contoh yang boleh dikategorikan di bawah definisi main. Drama yang

digunapakai sebagai salah satu aktiviti di prasekolah boleh membina konsep kendiri yang

positif kepada kanak-kanak dan memberikan kepada mereka pengalaman bahawa terdapat

jawapan yang betul atau salah seperti kata McCaslin (2000).

“Drama builds positive self-concepts in children as they participate in experiences

that have no right or wrong answers”

Drama juga dapat menilai dan menghormati identiti tersendiri kanak-kanak dan

ekspresi kreatif mereka. Disamping itu drama kreatif juga dapat menawarkan pembelajaran

secara kerjasama dan berpasukan melalui perkongsian pengalaman (Heller,1996). Verriour

(1994) pula menyatakan drama membolehkan kanak-kanak menghasilkan situasi abstrak

yang bermakna.

Selari dengan penemuan mengenai drama sebagai salah satu aktiviti bermain yang

banyak meninggalkan kesan positif, input aktiviti ini di dalam Kurikulum Prasekolah di bawah

Komponen Kreativiti dan Estetika menunjukkan bermain bukan sesuatu yang tidak penting.

Bukan juga sesuatu yang wujud untuk tujuan komersial. Malah merupakan satu aktiviti yang

banyak memerlukan penglibatan aktif sehingga boleh dinyatakan idea serta ekspresi diri
serta berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor disamping

memupuk nilai estetika.

Selain dari drama, berlakon merupakan salah satu lagi aktiviti bermain yang lazim

dipraktikkan oleh guru di tadika. Sebagai contoh kanak-kanak berlakon dan berimaginasi

bermain masak-masak seperti situasi yang sebenar dan dalam situasi sebegini, mengikut

Wilhelm & Edminston (1998)

In creative drama, children act “as if” their imagined world were an actual world and

represent familiar feelings, thoughts, and actions for themselves rather than memorizing a

script for an audience.

Terdapat banyak kajian terkini ke atas pentingnya bermain di kalangan kanak-kanak

tadika atau prasekolah ( Jensen,2000 ,2001; Shore, 1997; Christie, 2001; Frost, Wortham, &

2001). Kajian mereka menyatakan

play is a scaffold for development, a vehicle for increasing neural structures, and a

means by which all children practice skills they will need in later life.

Banyak lagi kepentingan main dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak

yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Bahagian berikut ini akan menerangkan

pentingnya bermain mengikut yang lebih spesifik berdasarkan perkembangan yang tertentu.

Perkembangan fizikal.

Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan

perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran

tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif

menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini

membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa

lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak
menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang

amat diperlukan (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune&

Zanes,2001: Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003).

Perkembangan sosial dan emosi

Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada

pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai contoh

kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang dalam

kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998)

menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak

untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat

mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk

meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain,

mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa.

Perkembangan Kognitif

Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran

kanak-kanak ( Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977) Mereka telah mengenalpasti

kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap ( McCune & Zanes, 2001:

Smilansky & Shefatya, 1990); kreativiri dan pemikiran divergent (Dansky, 1980 ; Holmes &

Geiger, 2002); pengambilan perspektif (perspective-taking) ( Burns & Brainerd,1979);

memori ( Jensen, 1999, 2000; Gardner,1993). Jelas menunjukkan bahawa proses

pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti

Gagne, Ausubel dan Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain.

Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa.

Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat

pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan yang penting dalam memberi

panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optima

kepada kanak-kanak.

Peranan Guru Dalam Menggalakkan Main

Morison ( 1995 ) menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu permainan di

pusat-pusat persekolahan, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta

persekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak.

Menurut Joan Packer Isenberg dan Mary Renck Jalongo (2003), sebagai langkah awal,

untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan lebih berkesan, guru-guru perlu

menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran seperti :

• Menyedari bahawa guru prasekolah akan dikelilingi oleh budaya yang pelbagai dan

kemahuan-kemahuan dari pelbagai kumpulan kanak-kanak.

• Menyedari bahawa mengurus bilik darjah akan memerlukan keupayaan untuk

melakukan pelbagai perkara serentak, membuat beribu keputusan serta merta setiap

hari dan berupaya menyesuaikan diri secepatnya dan menjadi fleksible kepada

perubahan.

• Memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman yang tidak

langsung dan menjadikan ianya berguna dan bermakna serta menyeronokkan

kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak yang mempunyai latar belakang

pendidikan yang agak kurang baik dan juga tidak dapat memenuhi keperluan asas

mereka.
• Mengetahui bahawa guru akan memasuki satu profesion yang kadang-kala

mempengaruhi emosi dalam bidang yang mencabar ini terutama dalam hubungan

interpersonal. Mereka mungkin merasa cepat letih terutama dari segi minda

terhadap pelbagai program yang direncana dan dilaksanakan serentak.

• Harus diingat bahawa guru yang terbaik adalah yang paling cepat belajar. Kecuali

guru itu seorang yang ‘belajar sepanjang hayat’, di mana sentiasa mengambil berat

terhadap kemajuan dan perkembangan profesionalisma dan menjadi seorang model

pelajar yang mana kanak-kanak akan contohi dan keberkesanan ini lambat laun

akan berkurangan.

Hala Tuju Main dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Main seperti yang telah dibincangkan di atas mempunyai peranan penting dalam

perkembangan kanak-kanak bukan sahaja dari aspek 3M tetapi juga dari aspek sahsiah dan

tingkahlaku seseorang individu kanak-kanak. Kurikulum prasekolah kebangsaan khususnya

sentiasa menggalakkan komunikasi dan imaginasi serta permainan yang dapat dan boleh

menarik minat dan menggembirakan kanak-kanak. Bagaimanapun apa yang berlaku ialah

walaupun kurikulum prasekolah kebangsaan sendiri mengalakkan permainan, kadang-

kadang terdapat tadika yang kurang memberi perhatian terhadap main.

Persoalannya adakah main tidak digunakan kerana ia membebankan kanak-kanak

dan guru? Atau adakah main yang digunakan sebagai ganjaran untuk kanak-kanak selepas

penat membuat aktiviti akademik lain di bilik darjah? Atau adakah main digunakan sebaik

mungkin di bilik darjah kerana mereka yang mengajar seharusnya peka kepada maksud

kaedah main sambil belajar? Adakah main hanya sebagai mitos teori idealist atau yang

memang sepatutnya digunapakai? Kesimpulannya tepuk dada tanya minda khususnya

untuk kesinambungan generasi celik akal baik di sekolah maupun di tempat lain.
Rujukan

Berk.L.E.& Winster, A. Eds (1995); Scaffolding Children’s Learning, Vygotskyand Early


Washington

George S. Morrison,(2001): Early Childhood Education Today 8th., new Jersey, Merill
Prentice Hall.

McCaslin, N (2000). Creative Drama in the classroom and Beyond. New York, Longman.

“Garis Panduan KurikulumPendidikan Prasekolah Malaysia (1993)” Kementerian Pendidikan


Malaysia, Kuala Lumpur.

Isenberg, J.P., & Jalongo, M. R. (2000). Creative expression and play in early children (3rd
ed.) Upper Saddle River, NJ: Merrill/Prentice Hall.

Hughes, F.P., Noppe, L.D., Noppe, I.C. (1988). I.C. Child Development. St. Paul, MN: West
Publishing Company.

Fromberg, D. P. (2002). Play and meaning in early childhood education. Boston: Allyn &
Bacon.

Kraus, R. (1990). Recreation and Leisure in Modern Society, Fourth Edition. New York, NY:
HarperCollins College.

Hughes, F. (1999). Children, play, and development (3rd ed.). Boston: Allyn & Bacon.

National Association for the Education of Young Children. "Guidelines for Appropriate
Curriculum Content and Assessment in Programmes Serving Children," Young
Children, March, 1991: 21-37.

Swadener, E.B. & Jonson, J.E. 91989). Play in diverse social contexts:Parent and teacher
roles. In M. Bloch &A. Pellegrini (Eds). Ecological contexts of children’s play. New
Cork. Ablex

Wilhelm, J., & Edminston, B. (1998). Imagining to learn: Inquiry, ethics, and integration
through drama. Portsmouth, NH: Heinemann.

Kumar, S., & Harizuka, S. (1998). Cooperative learning-based approach and development of
learning awareness and achievement in mathematics in elementary schools.
Psychological Reports, 82, 587-591. Langstaff, N., & Sproul, A. (1979). Exploring
with clay. Olney, MD: Association for Childhood Education International.

Lieberman, J. N. (1977). Playfulness: Its relationship to imagination and creativity. New York:
Academic Press.

Shore, R. (1997) Rethinking the Brain: New Insights into Early Development Summary from
Conference: Brain Development in Young Children: New Frontiers for Research,
Policy and Practice. Families and Work Institute, New York

Sylva, K., Bruner, J. S., & Genova, P. (1976). The role of play in the problem-solving of
children 3-5 years old. In J. Bruner, A. Jolly, & K. Sylva (Eds.), PlayÑIts role in
development and evolution. New York: Basic Books
Rubin, K. H., & Howe, N. (1986). Social play and perspective-taking. In G. Fein & M. Rivkin
(Eds.), The young child at play: Reviews of research (Vol. 4, pp. 113-125).
Washington, DC: National Association for the Education of Young Children.

You might also like