kawasan, ekonomi dan dinamik.Memandangkan pelancongan itu sendiri ditafsirkan berbeza-beza mengikut perspektif atau school of thought masing-masing, sehingga kini masih wujud pelbagai definisi pelancongan. Istilah pelancongan menurut WTO atau World Tourism Organizationmerujuk kepada, “Aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar daripada persekitaran asalnya dan menetap di situ tidak lebih daripada setahun bagitujuan rehat, perniagaan dan sebagainya.” Definisi WTO ini secara langsungmembawa kepada pengertian apa yang dimaksudkan sebagai pelanconganantarabangsa, pelancongan dalaman, pelancongan domestik dan pelancongankebangsaan (lihat Rajah 1.1). Pelancongan antarabangsa melibatkan dua aspek pelancongan iaitu:1. Melancong dalam negara: Merujuk kepada lawatan atau pengembaraan ke destinasituan rumah yang dibuat oleh individu yang berasal dari destinasi lain. Sebagai contoh,Malaysia sebagai tuan rumah menerima kunjungan daripada pelancong Eropah.Pelancong Eropah yang datang ke Malaysia dikenali sebagai pelancong dalam negara.2. Melancong luar negara: Merujuk kepada lawatan atau pengembaraan seseorangindividu ke destinasi selain dari tempat asal mereka. Contohnya, pelancong Malaysiayang melancong ke Australia dan New Zealand adalah pelancong luar negara.Pelancongan dalaman pula merujuk kepada lawatan atau pengembaraan seseorangindividu ke destinasi yang sama dalam kawasan destinasi asal mereka. Contohnya,rakyat negeri Kedah yang berasal dari Alor Setar membuat lawatan ke PulauLangkawi, juga terletak dalam negeri Kedah. Pelancongan domestik merujuk kepada pelancongan dalaman dan dalam negara. Contohnya, sebagai rakyat negeri Perak, kitamenerima kunjungan dan lawatan rakyat negeri Melaka. Pelancong Melaka itudikenali sebagai pelancong domestik.Oleh itu, pemasaran pelancongan yang perlu ditekan di sini adalah kemudahan penginapan dan tempat tarikan di negeri Perak. Manakala pelancongan kebangsaan pula merujuk kepada pelancongan dalaman dan luar negara. Sebagai contoh,kunjungan kita sebagai rakyat negeri Perak ke negeri Melaka. Pemasaran pelanconganyang perlu ditekan di sini adalah kemudahan pengangkutan dan agensi pengembaraan.Wujudnya pelbagai pemahaman dan pengertian pelancongan akhirnya membawakepada kekaburan definisi pelancongan itu sendiri. Malah, sehingga kini, masih ramaiyang cuba mengetengahkan definisi mengikut pandangan masing-masing.Suatu definisi lengkap yang sudah dan masih diguna pakai dalam memahami erti pelancongan sebenar dibariskan oleh McIntosh dan rakan-rakan (1995). Menurutmereka, “Pelancongan adalah suatu fenomena dan hubungan yang wujud akibatdaripada interaksi di antara pelancong, ahli perniagaan, kerajaan dan komuniti selakutuan rumah dalam proses menarik pelancong dan pelawat asing.” Secara tidak langsung, definisi ini menjelaskan pelancongan adalah lawatan atau pengembaraan kesuatu tempat lain dalam tempoh semalam, bertujuan berhibur, berehat, berniaga dansebagainya. Malah, definisi ini juga menekankan wujudnya empat elemen utamadalam pengertian pelancongan iaitu:1. Pelancong: Mereka yang keluar ke suatu destinasi lain bagi beberapa tujuan.
Add a Comment
Mus Musszhileft a comment
kam_ismaleft a comment
leonitedleft a comment
2008291424left a comment
deadbatleft a comment