1.PENGENALANPerkataan psikolinguistik itu terbentuk daripada gabungan dua disiplin ilmu, iaituPsikologi dan linguistik. Jadi, psikolinguistik ialah ilmu yang mengkaji aspek-aspek yangberkaitan dengan bahasa dan akal budi manusia.Dalam matapelajaran Pedagogi Bahasa Melayu ini, membicarakan mengenaibahasa yang diperjelas menggunakan teori-teori tertentu seperti dalam teori huraianbahasa Yang teori huraian bahasa terbahagi kepada empat aliran pemikiran teorihuraian bahasa iaitu Teori Tradisional (Panini) iaitu Kajian bahasa dibuat terhadapbentuk-bentuk tulisan. Teori Struktural (Bloomfield) bahasa merupakan Kajian tentangfonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem dan ayat, Teori TranformasiGeneratif (Chomsky) Bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus bahasa.dan TeoriFungsional (Halliday) Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasaketika seseorang berkomunikasi.Terdapat pelbagai teknik, kaedah, pendekatan, dan strategi untuk memperolehbahasa atau mengajarkan bahasa. Hal ini berlaku kerana wujudnya pelbagai teoripemerolehan bahasa. Teori pemerolehan bahasa ini terbahagi kepada empat iaitu teoripemerolehan bahasa aliran Behaviurisme yang diasaskan oleh Ivan Pavlov dandikembangkan oleh B.F.Skinner, E.L. Thondike dan B. Watson, teori pemerolehanbahasa aliran mentalis dipelopori oleh Piaget, Robert Glazer, John Anderson., teoripemerolehan bahasa aliran konstruktivisme, teori pemerolehan bahasa aliraninteraksionalis yang dipelopori oleh Halliday.Dalam menjalankan sesi pangajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terdapatempat cara yang dapat digunakan oleh seorang guru iaitu dengan menggunakanpendekatan, kaedah, strategi dan teknik dalam pembelajaran. Terdapat banyak carauntuk seorang guru mengguna pakai cara pembelajaran seperti yang disebutkan di atasuntuk di aplikasikan dalam pembelajaran dan mengaitkan cara pembelajaran denganteori-teori aliran bahasa seperti aliran behaviurisme, aliran kognitif, aliraninteraksionalis, dan aliran konstruktivisme.Penjelasan mengenai teori huraian bahasa, teori pemerolehan bahasa dan juga jenis pendekatan, strategi, kaedah dan teknik akan diperjelaskan secara terperinci lagidalam hasil tugasan disebelah.
Leave a Comment
is reading Pedagogi Bahasa Melayu Pismp Bm.
ima86
that's what i need.(",)
thanks.....really nice asgmnt =)
macam mana nak download nie?