/  3
 
Latar belakang
Congkak yang dipercayai berasal daripada duniaAfrikaatau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, buktitertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai olehPersatuan
 National Geographic
menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak  5000hingga7000 SMdi masa kiniJordan. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang- pedagang Arab.Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melakamemandangkan negeri ini merupakan  pusat perdagangan pada waktu dahulu.Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sanamelalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai
warri
atau
awari. Di Indonesia,congkak dikenali dengan nama
congklak 
 , di Filipina,
sungka
.
Pada zaman dahulu, golonganistanabermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang didalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web diinternet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budayadan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam talian.
[sunting] Asas permainan
Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihanmengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.Papan congkak berbentuk bangau menyudu.Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak  boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenalisebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'.Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm.[1] [2]
 
Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buahcongkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju kerumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yangkosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain.Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepasitu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yangterdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yangmenang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salahseorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabilakedua-dua pemain sudah bosan.Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubangsebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelahsendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".
[sunting] Peraturan permainan
Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:[2] [3]1.Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demisatu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dankampung lawan.2.Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosongdi kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh ataumati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengankampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepasmembuat satu pusingan.3.Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buahterakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh dikampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan bolehmemulakan permainan seterusnya hingga mati.4.Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran beradadipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.5.Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak bolehdiisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawanmengaku kalah.
[sunting] Perbezaan peraturan
Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan lubang dan buahseperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa perbezaan dari segi peraturan.Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...

Serra0rangeleft a comment

we can get this in wikipedia ._.