• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Bangunan Sultan Abdul Samad
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah,gelintar  Bangunan Sultan Abdul Samad yang dibina sekitar tahun 1893-1897.
Bangunan Sultan Abdul Samad
menjadi mercu tanda bandar rayaKuala Lumpur , ibu negaraMalaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena namaSultan Selangor  pada masa ia mula dibina 1894.Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack  diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era masyarakat yang merdeka.Bangunan ini diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara,Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysiadi bawah Akta 645.
[sunting] Nama asal
Pada peringkat awal, nama bangunan ini hanya dikenali sebagai Pejabat Baru Kerajaan (
 NewGovernment Offices
). Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1948, bangunan inidinamakan Sekretariat Persekutuan (Federal Secretariat).
 
Tahun 1974, semua pejabat Kerajaan Negeri Selangor dipindahkan ke Shah Alam. Pejabat kerajaan persekutuan Malaysia dipindahkan ke Jalan Duta,Damansara. Oleh itu nama bangunanini ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad sempena nama Sultan Selangor yangmemerintah dari 1857 - 1898. Nama ini kekal hingga sekarang.
[sunting] Lokasi
Bangunan Sultan Abdul Samad ini terletak di hadapanDataran MerdekadanKelab Diraja Selangor . Ia berdiri di Jalan Raja,Jalan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur , Malaysia.Jalan Raja dahulunya Gombak Road.Di dalam peta, bangunan ini terletak di pertemuan Sungai KelangdanSungai Gombak . Pelbagai  bangunan dibina di pertemuan dua sungai ini sepertiMasjid Jamek Kuala Lumpur , Stesen Kereta api Tanah Melayudan lain-lain. Di sinilah aktiviti perlombongan bijih timahbermula diKuala Lumpur , menjadi pemangkin kejayaan ekonomiTanah Melayuseterusnya negara Malaysia sekarang.
[sunting] Perasmian bangunan
Perletakan batu asas dilakukan oleh Gabenor   Negeri-negeri Selat,Sir Charles B.H. Mitchell K.C.M.G. pada 6 Oktober 1894 . Residen British di Selangor waktu itu ialah W.H Treacher C.M.C. Setelah siap sepenuhnya , bangunan ini di rasmikan oleh Residen Jeneral negeriSelangor, Sir Frank SwettenhamK.C.M.G. pada 4 April 1897.
[sunting] Tujuan pembinaan
Pentadbiran British di Selangor memerlukan ibu pejabat baru bagi mentadbir negeri . Sebelumini ibu negeri Selangor terletak diKlang dan agak jauh dari kawasan yang maju di Kuala Lumpur . Residen Jeneral British di Selangor pada waktu itu ialah Sir Frank Swettenham .SultanAbdul Samad memerintah negeri Selangor dari 1857 hingga 1898 setuju Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor .Antara pejabat yang akan ditempatkan di sini ialah Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik mesyuaratMajlis Negeri (Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board); PejabatKehakiman (Judicial Commissioner); Public Works Department (PWD); Audit danPerbendaharaan; Pejabat Tanah; Jabatan Galian dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D.District Office).
Fungsi bangunan ini ditukar beberapa kali. Bangunan ini pernah dijadikan Mahkamah Agung di bawah Kementerian Kehakiman. Oleh itu disediakan tempat letak kereta untuk hakim - hakimdan pegawai–pegawai mahkamah.
[sunting] Sejarah pembinaan
Kerja-kerja pembinaan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (PWD). Bangunan ini direkabentuk oleharkitek Inggeris bernama Arthur Charles Alfred Norman sekitar tahun 1893-1897. Norman menghabiskan masa di benuaAfrika dan mendapat ilham daripada masjid diIndiasepertiTaj Mahalyang membawa kepada ciri senibinaMoor dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad. Charles Edwin Spooner bertindak sebagai perancang dan Jurutera Negeri . PengarahPWD ialah R.A.J. Bidwell .A.B. Hubback menyediakan pelan dan lukisan rekabentuk.
 
Idea dan rekabentuk bermula seawal tahun 1889, setelah W. E. Maxwell mengambil alih tugassebagaiResiden British diSelangor . Kuala Lumpur sebagai ibu negeriSelangor hanya mempunyai bangunan-bangunan rumah kedai dan beberapa bangunan kerajaan yang tidak berapamenonjol. Maxwell telah membawa C. E. Spooner dari Ceylon sebagai State Engineer dan dibantu oleh Bellamy dan A.C. Norman sebagai arkitek.Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah bangunan yang berkonsep Inggeris Classical Rennaisance. Bidwell, seorang arkitek muda, adalah orang yang bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan style) sebagai tonggak reka bentuk  tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman selepas Spooner kurang berpuashati denganreka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A.C. Norman.Kos binaan setelah siap pada April 1897 ialah $152,824. Anggaran awal hanyalah$152,000.Tempoh masa pembinaan ialah 2 tahun 7 bulan. Sebuah kilang batu-batu di bina diBrickfieldbagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu.Batu-bata yang berkualiti berwarna merah dibawa dari India. Para pekerja terdiri daripada kaumIndia . Antara kontraktor kecil yang membawa batu-bata ini ialah Ghouse, yang berasal dariChittagong, India(sekarangBangladesh
 
).Batu-bata ini dibawa terus melalui SungaiKelangdanada sebuah pangkalan berhampiran Masjid Jamek sekarang.
[sunting] Seni reka bentuk 
Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 41.5meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi. Reka bentuk dan binaannya berbentuk “Soracenic’ berasaskan seni bina MoghuldanMoorish. Tingkap dan pintunya berbentuk  melengkung seperti masjid-masjid diCardova danMesir .
Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked sertalengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat daripada kayu dan batu bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan kubah-kubah bersalut tembaga. Kubah yangterletak di atas menara jam besar diapit oleh dua kubah kecil dengan tangga pilin menurun.Kubah tengah agak luar biasa kerana ia adalah paduan dua ciri tradisional kubah dan kios.
Menara Jam ini dijaga dan dibaiki dari semasa ke semasa kerana menjadi waktu standard diseluruh Malaysia. Menara Jam ini menyerupai Big Ben yang terdapat di kotaLondon. Arch yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan jarak antara duatiang yang berbeza-beza. Ianya diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam. Menara jam besar yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua menara kecil di sudut bangunan. Tangga pilindi menara kecil menghala ke arah menara seolah-olah melambangkan keagungan bangunan iniPemandangan dari udara, keseluruhan bangunan ini berbentuk F. Ia bangunan awam pertama ditapak berbentuk segi tiga di antara Jalan Raja dan Jalan Belanda (Jalan Mahkamah Persekutuan)yang melengkari ke arah barat sepanjangSungai Gombak danSungai Kelang serta gereja St Clarke dan Jalan Mahkamah Tinggi.Beberapa bangunan pentadbiran di India dibina menggunakan stail senibina Islam 'Moorish' atau'Mahometan Style' terutama bangunanTaj MahaldiAgra,India. Terdapat unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong (arch), kubah potong bawang (dome) dan struktur  berbentuk minaret yang kebiasaannya terdapat pada senibina Masjid. Nilai estetika ini menjadiikutan arkitek diIndia, Malaysia, Singapura,Brunei, Thailand dan negara komanwelyang lain.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...