1.Nama PermainanWau merupakan salah satu permainan tradisional yang agak popular pada masa kiniterutamanya di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung Malaysia. Wau dijadikan permainan untuk mengisi masa lapang tidak kira generasi muda mahupun generasi tua.Terdapat beberapa jenis atau nama lain bagi wau. Antaranya ialah wau burung, wau pari,wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan,wau sewah, wau barat dan yang paling digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.Terdapat berbeza-beza nama bagi wau mengikut negara iaitu rakyat Jepun menyebutTako, Afrika (Vlieers), Belgium (Plakwaaier), China (Fung Jung), Belanda (Vlieger),Britain (Kites), Perancis (Cerf Volant), Jerman (Drachen), Itali (Aquilone), Korea (Youn),Mexico (Papalote), Norway (Drage), Portugal (Pipas), Filipina (Saranggola), Russia(Letchijzmeij), Sepanyol (Cometas) dan Sweden (Drake) tapi maknanya tetap sama iaitulayang-layang atau wau.2.Latar Belakang2.1 Mengikut satu catatan, wau telah dihasilkan sejak dari tahun 711 Masihi lagi olehSang Jaya. Pada awalnya, wau dicipta sebagai lambang kebesaran sesuatu negara.Apabila sesebuah negara berjaya dalam peperangan, mereka akan meraikannya dengancara menerbangkan wau ke langit. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa wau berasal dari negara China sejak 3000 tahun yang lalu. Penduduk China menggunakanwau untuk menghantar makanan kepada penduduk yang terperangkap di bukit ataugunung semasa banjir.Wau juga dikaitkan dengan semangat padi. Wujud mitos yang mengatakan bahawa padazaman dahulu, terdapat sepasang suami isteri yang bertani dan tidak mempunyai anak.Suatu hari, mereka telah menjumpai seorang bayi perempuan dan dengan rasa gembira,mereka telah menjaga bayi tersebut. Apabila bayi tersebut taleh dewasa, bayi tersebutmenjadi seorang gadis yang amat cantik.Pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan oleh mereka yang mencemburui kejelitaangadis tersebut. Sehinggalah pada suatu hari, dia telah dipukul dan dihalau keluar oleh petani suami isteri. Sejak itu, tanaman mereka tidak menjadi dan setelah ditilik oleh ahlinujum, ahli nujum mencadangkan agar mereka menerbangkan wau berbentuk bulanuntuk mengembalikan semangat tersebut. Atas cadangan ahli nujum, tanaman merekakembali subur dan aktiviti mengembalikan semangat padi, berlarutan hingga ke hari ini.
Leave a Comment