• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Gasing
merupakan sejenis permainanyang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung.Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.Gasing dibuat daripadakayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian ataukundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada talinilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. biasanya 1meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.
Isi kandungan
[sunting] Jenis gasing
 
[sunting] Cara bermain gasing
Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yanglain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyaikemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.
[sunting] Melilit tali
Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jarikelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yangkemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecinciniaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantungkepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantungkepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanyadilakukan sendiri.Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain.Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin padahujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia keranadengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua talidi lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain mengesankelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat ataumenegak uri.
[sunting] Melilit gasing
Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulukemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan
 
menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililithendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labutidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akanmenyapu kanji di bahagian bahu gasing.Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersediauntuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali padagasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat.Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pulahendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dansejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasingakan borot dan membahayakan semua orang.
[sunting] Memusing gasing
Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang betulakan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusinganseperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuhmengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklahdipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilahtertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasagerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasingtiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilahrendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah.Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat.Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat.Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dandiangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan kearah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan.Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalamkeadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasingdiangkat paras bahu sebelum dilepaskan.
[sunting] Memangkah gasing
Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian danhayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat,tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.
 
] Pangkah totok 
Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudiangasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pulaialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakangasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.
 
] Pangkah hentak 
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...